Selasa, 31 Mei 2011

Pentingkah Pemain Import Untuk Kelantan?

Musim 2012 bakal diserikan dengan kelibat pemain import dan pastinya ia satu petanda positif kepada bolasepak di negara ini. Jika anda masih ingat, terdapat beberapa nama besar yang pernah beraksi bersama Kelantan pada musim 2008. Antaranya ialah Jan Necas, Mouhamadou Moustapha, Andrew Amakuro, Enock Bentil dan beberapa orang lagi yang banyak memberi impak kepada kebangkitan bolasepak di negeri Kelantan sehinggalah Kelantan muncul sebagai pasukan yang digeruni kini.




Jika anda menyaksikan video ini, jelas sekali menunjukkan betapa Kelantan sememangnya cukup mantap beraksi bersama pemain import yang berkualiti. Mouhamadou telah membuktikan bahawa beliau mampu mengubah nasib bolasepak Kelantan dengan aksi-aksi beliau yang cukup hebat dan cemerlang!
Jan Necas pula beraksi cemerlang di posisi pertahanan dan berjaya menyerap asakan pemain lawan.

Persoalannya, wajarkah mereka kembali bersama The Red Warriors setelah sekian lama menyepi?

Meskipun tidak beraksi, Jan Necas kerap kali menghabiskan
masa lapang di Kelantan untuk menyaksikan pasukan kesayangannya beraksi.

  • Jan Necas, 34 tahun, pemain kelahiran Republik Czech pernah beraksi bersama pasukan Kelantan pada tahun 2008 dibawah kendalian jurulatih Norizan Bakar ketika itu. Gara-gara larangan penggunaan pemain import yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada penghujung musim 2008, memaksa Jan Necas mengangkat kaki meninggalkan pasukan Kelantan walaupun beliau sebenarnya begitu begitu sayang bermain dengan pasukan Kelantan ini.

p/s :Renung-renungkanlah...

Isnin, 30 Mei 2011

Mampukah Badri Radzi Mengekalkan Prestasi Terbaiknya?

KELANTAN BERTUAH MEMILIKI PEMAIN TENGAH BERBAKAT.

Siapa tak kenal Badri Radzi atau lebih sinonim dengan nama 'Piya' dalam kalangan rakan sepasukan serta para penyokong setia The Red Warriors.
Peranan beliau dalam skuad Kelantan sememangnya sukar untuk dinafikan berdasarkan khidmatnya yang kini semakin ditagih pasukan menjelang pertemuan dengan musuh tradisi, Terengganu pada 6 Jun ini dalam saingan Liga Super dan pada 11 Jun untuk Final Piala FA yang turut menemukan dua pasukan gergasi pantai timur itu.

Gaya Badri Radzi semasa meraikan jaringannya dalam
pertemuan dengan Pahang yang menyaksikan Kelantan
menang 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Prestasi Piya dilihat agak cemerlang musim ini meskipun terdapat sedikit aksi kurang memberangsangkan pada pertengahan musim ini. Terbaru, Piya membantu Kelantan kembali ke persada Liga Super apabila kapten 'Wira Merah' itu menyumbat gol tunggal pada pertemuan dengan Pahang di Kota Bharu tempoh hari.
Ketiadaan Indra Putra musim ini ternyata tidak memberikan
masalah kepada Kelantan kerana Piya juga punya sikap kepimpinan yang tersendiri.

Setakat ini, Piya sudah beraksi sebanyak 20 kali daripada 23 perlawanan Liga Super setakat ini. Piya dianggap antara pemain tengah berbahaya Liga Super musim ini apabila pemain berumur 29 tahun itu kini meledak 10 gol sepanjang 20 perlawanan yang dilalui beliau. Jika dibandingkan dengan musim 2009 dan 2010, Piya hanya mampu meledak 6 gol untuk The Red Warriors. Mungkin ketiadaan Indra Putra musim ini telah memberikan beliau banyak pilihan untuk bermain di pelbagai sudut posisi yang sebelum ini didominasi oleh bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Badri kini sudah layak diangkat sebagai lagenda The Red Warriors
dengan kejayaannya membawa Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ke Kelantan.

Kejayaan membawa Piala Sumbangsih pada 29 januari lalu sememangnya sukar untuk dilupakan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors. Kelantan menang 2-0 hasil gol terakhir milik Piya yang pada waktu itu beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi. Beliau pastinya antara individu yang tidak akan melupakan kenangan manis tersebut.

Badri pencetus jaringan Kelantan di samping kelincahan matyo
pada pertemuan Piala FA di Shah Alam yang menyaksikan
Kelantan menang besar 5-1 keatas Selangor.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography


Kehandalan Piya sebagai perancang The Red Warriors terus diuji semasa pertembungan Piala FA separuh akhir di Shah Alam tempoh hari. Pada mulanya, tidak ada seorang pun yang menyangka Kelantan bakal menewaskan Selangor di Shah Alam dengan jumlah jaringan yang besar. Namun begitu, komitmen yang ditunjukkan kapten Kelantan itu dalam mengatur serangan demi serangan ternyata memberi tuah buat The Red Warriors.

Kebijaksanaan Piya di bahagian tengah banyak memerangkap
pergerakan pihak lawan terutamanya melalui hantaran cantik beliau.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Tugas terbaru Badri Radzi sekarang ialah memastikan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 yang kini hanya berbaki tiga perlawanan selain beliau juga bakal memimpin Kelantan pada aksi Final Piala FA 2011 yang akan berlangsung 11 Jun ini. Walau bagaimanapun, misi Badri sekarang pastinya terarah pada perlawanan 6 Jun ini untuk menentukan halatuju Kelantan sama ada mereka mampu menjulang Piala Liga Super musim ini atau sebaliknya.

DOAKAN SEMOGA THE RED WARRIORS DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN BADRI RADZI BERJAYA MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK BOLASEPAK NEGERI KELANTAN!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

p/s : Jangan lupa 6 Jun ini tau! kito gomo stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan lautan Merah ye..
Gomo kelate gomo....kitolah jogho Malaysia! InsyaAllah..

K. Soley Bakal Meninggalkan Kelantan Musim Depan?



K.Soley atau nama penuhnya Kanasian Solehin Abdullah kini mula dikaitkan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Kelantan musim depan. Jika dilihat pada penampilan K.Solehin dalam saingan Liga Super musim ini, beliau hanya beraksi sebanyak 15 kali yang menyaksikan beliau berada dalam kesebelasan utama sebanyak 11 kali. Selebihnya, K.Solehin hanya turun selaku pemain gantian dan berada di bangku simpanan.

Kelincahan K.Solehin sudah mula
dipertikaikan oleh banyak pihak.

Dengan hanya meledakkan satu gol dalam saingan Liga Super setakat ini,  jelas sekali menampakkan kebuntuan K.Solehin mencipta jaringan untuk Kelantan selain beberapa aksi yang kurang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau.

Penyokong setia The Red Warriors masih mengingati kekalahan Kelantan kepada T-Team di Kota Bharu yang menyaksikan rekod tanpa kalah di Kota Bharu akhirnya lebur dengan kekalahan 2-1 di tangan T-Team.
K.Solehin yang diberi kepercayaan untuk merencana serangan bersama kapten, Badri Radzi masih gagal menggugat kekebalan gawang gol pasukan T-Team. Gerakan dan hantaran K.Solehin juga kadang-kala cukup mengecewakan kira-kira 20,000 penyokong setia Kelantan yang memenuhi stadium.

Prestasi K.Soley masih belum menyakinkan jurulatih
untuk diberi kepercayaan dalam perlawanan penting.
Credit : http://www.facebook.com/userunphotography

Solehin yang sedang bergelut dengan prestasi kini mula dikaitkan dengan pasukan lamanya, Kedah dan Perlis yang kini amat memerlukan pemain midfield yang berpengalaman dan berkaliber. Namun begitu, ternyata Solehin tidak mampu mempamerkan aksi sebenar beliau sepanjang bersama Kelantan memandangkan beliau sering dibayangi oleh rakan-rakan yang juga merupakan pemain midfield yang berbakat.

K.Solehin antara tonggak yang menjulang
Piala Sumbangsih 2011 ke Kota Bharu.

Jika pengurusan Kelantan benar-benar membawa muka-muka baru musim depan, pemain seperti K.Solehin pasti antara calon yang bakal meninggalkan The Red Warriors setelah menyertainya pada akhir musim 2010.

Ahad, 29 Mei 2011

Baki Saingan Liga Super 2011(Kelantan)




LIGA SUPER 2011
===========
Pusingan Kedua  08:45 Harimau Muda A-2: 2- Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan -1 : 2- T.Team
Pusingan Kedua  08:45 Felda United 1- : 3- Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan - 1: 0- Pahang
Pusingan Kedua  08:45 Terengganu - : - Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Sabah - : - Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan - : - Perak

Piala FA 2011 (Update)

PIALA FA
 MALAYSIA 2011

Final Piala FA 2011


KELANTAN vs TERENGGANU
Pada 11 Jun 2011
di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pakat penuhkan stadium deh....biar merah memenuhi kapasiti stadium Nasional....Ingat, kita anok kelate mesti boleh!! Gomo kelate gomo!!

6 Jun : Penentu Kelantan Atau Terengganu Sebagai Juara LSM 2011

PERSAINGAN TIGA PENJURU SEMAKIN RANCAK
TERENGGANU-KELANTAN-SELANGOR

Saingan tiga penjuru dalam kancah Liga Super musim 2011 kembali sengit apabila Kelantan dan Selangor berjaya mengumpul tiga mata di halaman sendiri pada aksi semalam untuk memberi cabaran kepada Terengganu.

Terengganu dilihat antara pasukan pilihan menjuarai
Liga Super musim ini selain Kelantan dan Selangor.

Terengganu yang sebelum ini gah dengan kemenangan 5-0 keatas Pahang terpaksa menelan kepahitan apabila mereka dikejutkan oleh Kedah dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan pemain pelawat, Baddrol Bakhtiar pada minit ke42 perlawanan. Lebih malang lagi, Terengganu dipaksa turun ke tangga kedua Liga Super setelah Kelantan kembali mencatatkan kemenangan pada perlawanan mereka di Kota Bharu. Ternyata kemenangan 1-0 sudah memadai buat anak didik Datuk M.Karathu untuk terus memimpin Liga Super.

Ini sekaligus menyaksikan pertabalan Juara Liga Super 2011 masih terbuka dan pastinya tanggal 6 Jun bakal menjadi penentu selaku Juara Liga 'bayangan' buat Terengganu dan Kelantan yang masih berbaki 2 perlawanan selepas itu. Namun begitu, kelebihan dilihat milik Terengganu memandangkan mereka bakal menemui T-Team pada perlawanan selepas itu. Sebagai pasukan abang, Terengganu pastinya bakal diberi jalan mudah oleh T-Team untuk mengumpul tiga mata berharga sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Super 2011.

Kelantan perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada
jika The Red Warriors ingin berhajat untuk menjulang Piala Liga Super
musim ini ke Kota Bharu.

Bagi Kelantan, ranjau yang berliku bakal dihadapi memandangkan mereka bakal berdepan Perak(di Kota Bharu) dan Sabah(di Likas) pada perlawanan terakhir mereka. Kelantan mengakui bahawa mereka perlu menang dalam aksi 6 Jun ini seterusnya memberikan sedikit gimik untuk pentas Final Piala FA pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, dengan tertewasnya Terengganu di tangan Kedah sebenarnya  memberi dorongan kepada Kelantan untuk mencontohi tahap disiplin pemain Kedah sewaktu berdepan dengan Sang Penyu di Kuala Terengganu nanti.

Jika Kelantan dan Terengganu tersilap langkah,
Selangor pasti akan merampas status Juara Liga
musim ini.

Selain Terengganu dan Kelantan yang dilihat ghairah berebut-rebut kedudukan selaku pendahulu Liga Super, Juara bertahan, Selangor juga kini semakin menghambat kedudukan dua gergasi pantai timur itu. Kemenangan 2-0 keatas Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan anak didik K.Devan masih mempunyai harapan cerah untuk mencabar kejuaraan musim ini dengan mereka hanya dibezakan dua mata dengan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, jika Kelantan dan Terengganu leka dalam perlawanan terakhir mereka, tidak mustahil Selangor akan menjadi 'duri dalam daging' dan sekaligus memutih matakan dua pasukan gergasi pantai timur itu.  Ini  kerana Selangor hanya bakal berdepan dengan lawan mudah pada aksi terakhir mereka iaitu Felda United, Perlis dan Perak. 

SEMOGA KELANTAN MENJADI JUARA LIGA SUPER MUSIM INI...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

Sabtu, 28 Mei 2011

Kelantan Kembali Di Puncak Liga Super

EDISI  LIGA SUPER 28 APRIL 2011


KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011


  • Kelantan kembali ke tangga pertama Liga setelah mencatatkan kemenangan tipis 1-0 keatas Pahang menerusi jaringan tunggal kapten pasukan, Badri Radzi pada minit ke-8.
  • Kedah mengejutkan Terengganu di tempat lawan apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol tunggal perlawanan pada  minit ke-42 untuk kemenangan tipis 1-0.
  • Selangor kembali menghidupkan peluang untuk bersaing merebut gelaran Juara Liga Super 2011 apabila The Red Giants menang selesa 2-0 keatas Negeri Sembilan di Shah Alam.
  • Perak pula mencatat kemenangan 2-0 keatas T-Team untuk memastikan skuad Seladang terus berada di tangga keempat terbaik Liga Super.

Kelantan, Pahang Mahu Memadam Duka

PREVIEW LIGA SUPER 2011
28 Mei 2011
Kelantan Lawan Pahang
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu, Kelantan.

Malam ini bakal berlangsung satu lagi aksi di Kota Bharu namun lawan Kelantan kali ini ialah pasukan Pahang yang sebelum ini dibelasah oleh Terengganu 5-0 di Kuala Terengganu. Di kem Kelantan pula menyaksikan Kelantan terpaksa menelan kepahitan apabila rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri berjaya dipadamkan oleh musuh tradisi, Terengganu T-Team 2-1  di Kota Bharu. Oleh itu, perlawanan pada malam ini semestinya akan disajikan dengan persembahan menarik dua pasukan jiran pantai timur ini.

Hanya kemenangan mampu menghidupkan kembali
harapan Kelantan untuk menjulang Liga Super musim ini.

Jika dilihat pada rekod pertemuan sebelum ini, Kelantan dilihat antara pilihan yang mampu mencatat kemenangan namun, dalam bolasepak, apa-apa pun boleh berlaku seandainya para pemain lalai mempertahankan gawang mereka daripada dibocori  lawan.
Kelantan telah ditewaskan oleh Pahang 2-0 pada
pertemuan pertama mereka musim ini.

Rekod Pertemuan Kelantan-Pahang Sejak 2009 :

17 Februari 2009  Pahang 1-5 Kelantan
4 Julai 2009          Kelantan 3-2 Pahang
4 Mei 2010          Kelantan 2-1 Pahang
8 Mei 2010          Pahang 3-3 Kelantan
12 Mac 2011       Pahang 2-0 Kelantan
Ketiadaan Daudsu di bahagian pertahanan sememangnya
bakal mengundang padah kepada kem Kelantan.

Daudsu mungkin kembali diturunkan setelah beliau tidak beraksi pada pertemuan dengan T-Team sebelum ini. Ternyata ketiadaan beliau dalam  pasukan Kelantan sedikit merencatkan prestasi skuad Kelantan yang sebelum ini agak baik di posisi pertahanan.

Menyedari kelibat R.Surendran, Munir Amran dan Azamuddin Akil bakal merencana serangan Pahang pada malam ini, pasukan Kelantan terutama di posisi pertahanan yang dikemudi oleh Rizal Fahmi perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal agar kekalahan sebelum ini tidak berulang lagi.
R.Surendran antara penyerang yang cukup disegani
dan mempunyai skill yang tinggi pernah bersama Pahang.

Kelantan pula masih menaruh harapan kepada penggempur utama, Norshahrul Idlan Talaha untuk merobek gawang Pahang pada malam ini. Namun begitu, ada yang beranggapan sebaiknya Norshahrul digandingkan dengan Khalid Jamlus memandangkan kedua-dua pemain itu mempunyai persefahaman yang cukup utuh sepertimana yang ditunjukkan pada Piala FA separuh akhir.
Para Penyokong The Red Warriors berharap Norshahrul
mampu menemui sentuhan  magiknya sekaligus membantu
Kelantan mencatat kemenangan keatas Pahang.

Apa-apa pun, bersamalah kita berdoa semoga pasukan Kelantan berjaya mencatatkan kemenangan keatas Pahang pada malam ini walaupun dengan kemenangan satu gol. Semoga para pemain Kelantan mempamerkan aksi terpuji dan tidak sesekali mudah menyerah kalah dalam 'pertempuran' penting ini.

Gomo Kelate Gomo!! Kelate Hebat Sokmo!

Jumaat, 27 Mei 2011

Sekilas Dari THEREDWARRIORS.COM

KELANTAN JUARA BERGANDA ?
Impian Kelantan dinobatkan juara berganda masih lagi cerah dan berpijak pada bumi b_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_217758_1808428063414_1621347098_1733563_6616942_n.jpgyang nyata sekiranya semua pendokong dan penyokong The Red Warriors kembali perkukuhkan semangat dan tekad mereka melihat sebuah pasukan kembali gah beraksi. Kekalahan keempat Kelantan tidak akan melunturkan semangat pemain The Red Warriors untuk menampilkan aksi yang lebih bertenaga dalam empat baki perlawanan yang masih ada.
Peminat The Red Warriors harus bersatu menepis segala hujahan dan kritikan yang boleh melemahkan moral para pemain seperti mengaitkan pemain dengan rasuah, kejuaraan sedang diatur dan sebagainya. Kembalikan semangat sang juara dalam jiwa nurani semua peminat The Red Warriors , pantang The Red Warriors mengaku kalah sebelum tiupan wisel terakhir perlawanan ke 26 mahupun final Piala FA. Kekalahan memang perit untuk diterima tetapi ianya umpama penawar sebelum segala penyakit merebak.
b_250_200_16777215_0_http___sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc4_hs1357.snc4_162910_1676142156349_1621347098_1522031_1787384_n.jpgYakinlah Kelantan akan kembali mencipta kejutan. Dengan keyakinan dan doa semua peminat The Red Warriors tidak mustahil sejarah baru akan tercipta lagi dalam sejarah bolasepak Kelantan. Jika pada awal musim lalu fokus utama Tan Sri Annuar Musa meletakkan pasukan dalam kelompok empat pasukan teratas liga dan layak ke separuh akhir Piala FA di terima dengan tenang oleh seluruh penyokong memandangkan persiapan Kelantan terganggu kerana perpindahan mengejut pemain tetapi kini semua impian dan harapan sudah melepasi jangkaan awal.
Kini Kelantan sedang merebut dua kejuaraan serentak pada bulan jun ini, peluang masih terbuka dan tidak perlu ada yang sinis dengan keupayaan pemain Kelantan kerana kekalahan rabu lalu. Penyokong Kelantan harus berbangga bolasepak Malaysia masih bernafas kencang kerana adanya penyokong dan pemain hebat seperti Kelantan tanpa Kelantan malapnya bolasepak Malaysia.

Tidak dapat di gambarkan sebuah pasukan juara seperti Selangor yang kini  masih lagi menghuni tangga ketiga liga dan masih ada harapan merebutb_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_225815_226653880682697_100000142617610_1098954_3008370_n.jpg kejuaraan sudah di pandang sepi penyokong pasukan sendiri dengan kehadiran tidak mencecah 300 orang pada perlawanan menentang Harimau Muda A rabu lalu. Adakah ini yang perlu dijadikan contoh kepada seluruh penyokong The Red Warriors? sokong ketika menang atau ketika perlawanan besar sahaja atau melibatkan Kelantan sahaja.
Sokongan yang utuh dan kesetiaan semua penyokong Kelantan ketika menang, seri mahupun kalah amat dihargai serta sangat diperlukan. Ayuh bangkitlah skuad The Red Warriors dari kekecewaan, lupakan kekalahan tekadkan kembali kemenangan untuk perlawanan akan datang. Gelora banjir baju merah kini sudah bermula, ayuh kita gegarkan stadium kita, stadium Likas Sabah dan stadium Bukit Jalil dengan deruan suara GOMO KELATE GOMO.........AYUH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS BANGKIT....... PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM BERTEMPUR.........DOA DAN SOLAT YANG MERUPAKAN SENJATA UTAMA KITA JANGAN DILUPA.......

The Red Warriors Akan Menyerap Pemain Bintang Musim 2012


Mouhamadou Moustapha merupakan antara pemain import
yang banyak memberi impak pada pasukan Kelantan
pada saingan Liga Premier musim 2008.

Setelah mengharungi hampir separuh saingan Liga Malaysia musim ini dengan tanpa kelibat pemain bintang, Kelantan tidak keberatan untuk menyerapkan beberapa muka baru pada musim 2012 dengan pemain-pemain bertaraf bintang. Yang pasti, pemain bintang tersebut bukanlah pemain yang pernah mewakili Kelantan dan tidak mustahil jika KAFA membuat keputusan untuk mengambil khidmat pemain import dari negara Sepanyol dan Argentina. 

Ini berikutan terdapat pemain kelahiran Sepanyol yang bercita-cita untuk beraksi bersama Kelantan FA dan individu tersebut telah menghantar luahannya itu kepada Kelantan FA. Kini pihak pengurusan KAFA hanya perlu mempertimbangkan agar pemain import yang bakal menyarung jersi keramat kijang emas itu adalah pemain yang benar-benar berkualiti dan profesional.

Tonggak musim ini kini sedang dalam proses menyambung kontrak dengan Kelantan dan pastinya akan mengekalkan beberapa pemain musim ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2012 nanti.

Mohd Safiq Rahim juga turut dikhabarkan bakal
menyarung jersi Kelantan musim depan.

Sebelum ini, Kelantan pernah membawa masuk tiga pemain bintang ke Kelantan iaitu Akmal Rizal, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahyuddin. Namun begitu, impak mereka kepada pasukan Kelantan tidak kekal lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk berhijrah ke  pasukan lain atas sebab tertentu.
Indra Putra antara pemain bintang yang pernah 
membantu Kelantan musim 2009-2010.

Penulis sempat mendapat kepastian tentang masa depan pasukan Kelantan melalui Facebook  Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri.

Berikut adalah pernyataan beliau :

"Doakan The Red Warriors makin tahun makin mantap..Kita perkasakan pasukan kita dengan cara kita Dan sesuai  dengan keterbatasan KAFA.. KITA BOLEH.. Syukur semua pemain utama kita sudah menyambung kontrak hingga musim depan..Kita punya asas yang kukuh untuk musim 2012 yang hebat..InsyaAllah kita akan mendapatkan khidmat 5 atau 6 pemain bintang yang akan menjadikan The Red Warriors SECOND TO NONE!!  Now we have no stars but we have warriors.. Next year, we will have STAR WARRIORS."

Diharap pemain yang sedia ada yang pemain yang akan diserapkan  bersama Kelantan akan terus memperkasakan bolasepak di Kelantan tanpa terlibat dengan sebarang gejala negatif seperti Rasuah dan pengambilan bahan terlarang.

Rabu, 25 Mei 2011

Kelantan atau T-Team?

KELANTAN VS TERENGGANU T-TEAM
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Malam ini para penyokong bolasepak pantai timur pasti bakal menumpukan perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan T-Team di Kota Bharu selain perlawanan antara Terengganu dengan Pahang yang dilangsungkan di Kuala Terengganu.

Pasukan Kelantan sememangnya tidak ada pilihan lain selain daripada mereka perlu mencatatkan kemenangan keatas T-Team malam ini. Kehadiran kira-kira 20,000 orang penyokong setia Kelantan pasti memberikan semangat yang utuh dalam diri setiap 'Wira Merah'.

Tumpuan pastinya akan terarah kepada dua tonggak penting iaitu Indra Putra Mahyuddin (T-Team) dan Badri Radzi (Kelantan). Bagi Kelantan, mereka ingin menghapuskan kekalahan 4-3 di Kuala Terengganu sebelum ini sekaligus memahat sejarah baru untuk The Red Warriors mendahului carta Liga Super musim 2011. Di kem T-Team pula, mereka pastinya ingin mengekalkan momentum kejayaan sepertimana yang ditunjukkan sewaktu mereka menundukkan Selangor dua kali musim ini.

Namun begitu, jika dilihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan, ternyata masing-masing mempunyai kekuatan yang seimbang dan hanya kesilapan bakal membawa padah.

6 Mac 2010  T-Team 0-1 Kelantan
3 Ogos 2010  Kelantan 0-0 T-Team
18 Februari 2011  T-Team 1-1 Kelantan
5 April 2011  T-Team 4-3 Kelantan

p/s : masing-masing mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Bagi jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu, beliau sangat berharap Kelantan mampu bangkit setelah sebelum ini mereka dihampakan oleh Harimau Muda A di Shah Alam. Tambah beliau lagi, hanya keazaman dan disiplin yang tinggi bakal menentukan sama ada anak didiknya layak bergelar pemenang pada malam ini.


Matyo bakal menggalas tanggungjawab besar pada malam ini.

Kelantan pastinya bakal mengharapkan ayam tambatannya, Norshahrul Idlan Talaha untuk merobek gawang kebal T-Team yang dikemudi oleh Syamsuri Mustafa. Pada pertembungan antara kedua-dua pasukan yang lalu, Matyo tidak mampu bertindak dengan baik setelah beliau kerap dibayangi oleh pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose yang bijak mengawasi setiap pergerakan Matyo.


Kelantan perlu lebih waspada terutama gerakan NorFarhan
yang sering memperdayakan penjaga gol lawan.

Bagi T-Team, ketajaman sentuhan penyerang mereka, NorFarhan Muhammad pastinya ingin ditagih lagi setelah pemain itu berjaya membantu pasukannya menewaskan Selangor di Kuala Terengganu tempoh hari. Yang pasti, kehadiran Farhan bakal dinanti-nantikan para penyokong Kelantan yang mungkin menyambut pemain itu dengan 'meriah'..

Sabtu, 21 Mei 2011

Farhan Bakal Kembali Bersama Kelantan?


Norfarhan Muhammad antara penyerang berbisa yang pernah dimiliki
Kelantan sebelum ini serta merupakan penjaring sulung gol pada Final Piala FA 2009.

Setelah pelbagai masalah yang timbul dalam pasukan bolasepak berstatus kelab, Terengganu T-Team kini dikhabarkan bakal dibubarkan.. Mungkin prestasi hambar mereka pada saingan Liga Super musim ini mula mendatangkan rasa kurang puas hati peminat dan pihak pengurusan kelab itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, khabar angin terus bertiup kencang sehingga terbias di negeri Kelantan. Kononnya bekas penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad bakal kembali ke pangkuan The Red Warriors musim depan.


Kini NorFarhan sebahagian daripada kekuatan T-Team.

Spekulasi mengenai pemain yang pernah menjarung jersi nombor 10 The Red Warriors itu ternyata kurang disenangi oleh para penyokong The Red Warriors.. Namun ada yang bersependapat bahawa pihak pengurusan perlu memberi peluang kepada NorFarhan Muhammad untuk kembali ke Kelantan seperti penyertaan semula Khalid Jamlus bersama pasukan Kelantan.


NorFarhan juga menjadi wira Kelantan apabila meledak
hatrik pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009.

Apa-apa pun, kelibat NorFarhan Muhammad bakal dinanti-nantikan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors pada pertemuan antara T-Team dengan Kelantan di Kota Bharu pada 21 Jun ini. Selain Farhan, beliau juga turut ditemani bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin dan Azizi Mat Rose.


The Red Warriors Perlu Menang 5 Drpd 6 Last Match


"Kelantan perlu menang 5 daripada 6 game jika kita nak jadi champion musim ini."
Datuk M.Karathu mahu pemain Kelantan kekalkan prestasi terbaik
mereka sehingga akhir musim dan seterusnya menjulang pasukan
Kelantan sebagai pasukan sang Juara musim 2011.

Itulah kata terakhir Datuk M.Karathu pada malam jumaat lalu yang menyaksikan anak didiknya kembali merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super daripada Selangor. Ternyata Kemenangan 3-1 The Red Warriors di Kuala Lumpur tempoh hari melonjak pasukan itu di tangga pertama dengan kelebihan satu mata mengatasi Selangor.

kredit picture to: J photography

Meskipun keletihan setelah all out dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan Selangor sebelum ini, Datuk M. Karathu tetap memuji persembahan para pemain Kelantan yang tidak berhenti-henti melakukan asakan ke kubu Felda United. Menurutnya, beberapa pemain Kelantan sudah mula mempunyai confident level yang cukup baik dan pasti memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan sewaktu bertemu dengan pasukan yang baru promoted seperti Felda United.

Para pemain Kelantan perlu bekerja keras dalam baki enam
perlawanan terakhir Liga Super jika inginkan kejuaraan musim ini.

Dengan Liga Super musim 2011 hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi, Kelantan dilihat mempunyai peluang dan ruang untuk bergelar Juara Liga Super buat julung kalinya sejak hampir 40 tahun dalam arena bolasepak Malaysia.

Tiga aksi yang berlangsung di gelanggang lawan ialah :
Kelantan menentang Harimau Muda A  22 Mei 2011
Kelantan menentang Terengganu   25 Mei 2011
Kelantan menentang Sabah    5 Julai 2011

Tiga aksi yang berlangsung di Kota Bharu :
Kelantan menentang Pahang   14 Jun 2011
Kelantan menentang T-Team   21 Jun 2011
Kelantan menentang Perak      30 Julai 2011


Stadium Berkapasiti 40,000 bakal dibina

THE RED WARRIORS BAKAL BERAKSI DI STADIUM BERTARAF BINTANG..


Inilah lakaran stadium yang bakal dibina khas untuk bolasepak.. Kapasitinya 40,000
pasti mampu untuk menampung ribuan penyokong setia The Red Warriors yang datang
setiap kali pasukan kegemaran mereka turun beraksi.

Seluruh rakyat negeri Kelantan khususnya penyokong setia bolasepak amat berterima kasih dengan usaha kerajaan negeri yang membuat keputusan untuk membina sebuah stadium baru di negeri itu. Namun, lokasinya dikhabarkan bakal dipilih di sekitar Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.

Meskipun ramai yang mula tidak setuju dengan pemilihan tempat itu, namun admin rasa penyokong janganlah terlalu ikut perasaan dan kasihan lah jugak kepada penyokong dari Gua Musang yang kerap kali berulang-alik setiap kali melihat The Red Warriors beraksi di Kota Bharu..

Berikut merupakan bukti bahawa Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh ingin membina stadium baru :

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.  Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.
Sekian. "

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M
*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

Isnin, 16 Mei 2011

Sebelum Wisel Piala FA 2011

PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 2011
SEPARUH AKHIR KEDUA
16 MEI 2011 BERSAMAAN ISNIN

KELANTAN F.A VS SELANGOR F.A
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu, Kelantan.




KELANTAN F.A
  • Kelantan bakal kehilangan khidmat pertahanan tengah, Farisham Ismail dan Zairul Fitre yang kini sudah mengutip tiga kad kuning.
  • Kemungkinan besar Kelantan bakal menggantikan Aziz Ismail atau Wan Rohaimi di bahagian pertahanan sambil dibantu Subramaniam dan Rizal Fahmi Rosid.
  • Jika benar Aziz Ismail diturunkan pada malam ini, ianya pasti memberi satu penghormatan bagi dirinya memandangkan Aziz agak kurang diturunkan dalam perlawanan yang melibatkan perlawanan besar begini.
  • Posisi penjaga gol Kelantan pada malam ini masih menjadi tanda tanda namun ada ura-ura yang mengatakan Shahrizan bakal diturunkan bagi menggantikan Khairul Fahmi Che Mat yang kini sudah mengutip satu kad kuning.
  • Andai Khairul Fahmi mengutip satu lagi kad kuning pada malam ini, beliau sudah pasti harus melupakan hasrat untuk beraksi di pentas Final nanti.
  • Di barisan tengah, Kelantan dijangka menurunkan Shakir dan kapten pasukan, Badri Radzi untuk mengukuhkan cengkaman tengah.
  • Izuan Solahudin pula dikhabarkan akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh S.Chanturu yang mungkin akan direhatkan.
  • Penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adenan hampir pasti akan bergandingan dengan penyerang veteran Red Warriors, Mohd Khalid jamlus pada malam ini setelah beberapa pemain utama dijangka direhatkan jurulatih Kelantan.


SELANGOR
  • Aksi kurang konsisten penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar pastinya memaksa K.Devan menggantikan pemain itu dengan Iqbal Suhaimi untuk mengawal gawang Selangor.
  • Kejayaan mencuri satu gol pada pertemuan lalu pasti terus menaikkan semangat Amri Yahyah pada malam ini.
  • K.Devan mungkin bakal menggunakan taktikal menyerang pada perlawanan itu namun, mereka perlu waspada memandangkan Kelantan terkenal dengan corak permainan counter attack.
  • Jika anak buahnya tidak waspada, tidak mustahil tragedi 13 Mei akan menghantui Selangor sekali lagi.
  • Selangor mungkin akan memperkuatkan benteng pertahanan dengan memasukkan pemain pertahanan berpengalaman, Khairul Anwar Baharom yang sebelum ini jarang diturunkan.
  • Targetman mereka pada malam ini pastinya Fadli Shaari yang dilihat banyak menyumbangkan gol kepada Selangor dalam perlawanan sebelum ini.
STADIUM SHAH ALAM...KAMI AKAN DATANG BAWAK BALIK PIALA FA KE KOTA BHARU..


16 Jun 2011
Final Piala FA 2011
Di Stadium Shah Alam
Kapasiti 80,000 orang penyokong

GOMO KELATE GOMO...KELATE HEBAT SOKMO...
BOW LAWE STARO DEMO, GOMO KELATE GOMO..
SEMANGAT......ANOK KELATE...KENA BRINGAT....KO GULAWE..

LIVE dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV


Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Selangor bakal disiarkan secara langsung di ASTRO ARENA 801 pada malam ini tepat pada pukul 8.00 malam. Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada para peminat bolasepak tempatan untuk menyaksikan perlawanan 'el clasico' ini dengan lebih ekslusif yang mana ianya sememangnya tepat pada masanya.



Bagi penyokong setia Kelantan, mereka pastinya tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di Stadium dan para penyokong sanggup membelanjakan wang untuk membeli tiket. Dianggarkan jumlah penyokong Kelantan di Stadium bakal mencecah 3o,ooo orang sepertimana yang dicatat sebelum ini.



Yang menyaksikan perlawanan ini di rumah, mungkin jumlahnya mencapai rating hampir 1 juta penonton memandangkan rakyat Kelantan cukup ramai di seluruh negara.

Kami penyokong Kelantan, mendoakan agar The Red Warriors mara ke Final sekaligus bergelar Juara buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan..Aminn..


WE'RE RED....WE'RE WARRIORS!!
Mampukah Kelantan memenangi perlawanan pada malam ini? Adakah malam ini bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan bolasepak negeri Kelantan?

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...