Sabtu, 6 April 2013

The Red Warriors perlu atasi Sarawak


Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menuntut anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Sarawak menjelang pertemuan pusingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. 

Pengendali berusia 41 tahun dari Croatia itu berkata, mengikut prestasi semasa, The Red Warriors (TRW) ada kelebihan terutama apabila beraksi di tempat sendiri. 
“Mungkin orang menganggap kami akan menang mudah dalam perlawanan ini, namun kami tetap berwaspada dengan cabaran Sarawak esok (malam ini). 


Piya yakin menang besar 

“Saya harap semua pemain dapat mengekalkan prestasi semasa kerana perlu menang dengan jumlah jaringan besar sebagai bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua nanti. Mengikut rekod di tempat sendiri dan prestasi semasa, ternyata kami ada kelebihan,” katanya di Kota Bharu, semalam. 

Sementara itu, kapten TRW, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkata dia optimis pasukan mampu merakamkan kemenangan besar selepas apa disajikan dia dan rakan sepasukan ketika membelasah kelab Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam saingan Piala AFC, Selasa lalu. 

“Status pasukan Liga Super dan Liga Perdana tidak boleh dijadikan sandaran dalam perlawanan ini. Kami perlu menang untuk terus layak ke pusingan seterusnya dan mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu,” katanya

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...