Kota Bharu: Jangan sia-siakan peluang depan mata!
Itu amanat bekas kapten kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan kepada skuad Kelantan yang akan turun berarak menentang Johor Darul Takzim (DT) pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
“Peluang masih 50-50 dan dengan barisan pemain yang ada setiap pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan. Pasukan mana yang kurang lakukan kesilapan, pasukan itulah yang akan menjulang trofi kejuaraan.
TRW punyai kelebihan
“Daripada tiga piala yang kita menang musim lalu, satu piala (Liga Super) sudah hilang dan ini peluang terbaik untuk pasukan cuba kekalkan sekurang-kurangnya satu piala di Kelantan.
“Kedua-dua finalis diwakili pemain senior dan berpengalaman tetapi saya lihat Kelantan memiliki kelebihan kerana mereka sudah lama beraksi bersama sebagai satu pasukan berbanding Johor DT,” katanya.
Dia pernah mengetuai pasukan kebangsaan untuk tempoh tujuh tahun sejak 1998 hingga 2005 dan menjadi salah seorang tonggak ketika Kejohanan Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur pada 1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan