Ahad, 24 Oktober 2010

Kelantan Ke Final!!!

Kelantan akhirnya berjaya menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut apabila menundukkan Kedah dalam perlawanan penuh dengan aksi dan debaran. Dipenuhi kira-kira 30,000 orang penyokong fanatik, kelantan memulakan gerakan menyerang melalui percubaan NorShahrul Idlan Talaha. Namun begitu, helmi eliza bijak menafikan gerakan red warriors. Sepakan percuma yang diambil Indra Putra pula hanya ditepis mudah dengan sebelah tangan oleh helmi yang bijak membaca bola yang dirembat ke arahnya. Akhirnya, pada minit ke 80,NorShahrul Idlan Talaha muncul wira The Red Warriors apabila sepakan sudutnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza. Kelantan mara ke final dengan kemenangan 1-0.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Sathia mula bimbang dengan perlawanan malam ni.

Kelantan akan lawan Kedah tanpa azizi dan subra.

Pada malam ni akan menemukan dua jaguh terbaik dalam kancah piala Malaysia musim ini iaitu Kelantan dan Kedah. Masing-masing mempunyai misi tersendiri dalam menentukan siapakah yang layak ke Final Piala Malaysia yang akan dilangsungkan buat pertama kali di Stadium Shah Alam pada 23 november ini..Namun begitu, tugas kelantan nampak sukar apabila kehilangan dua tonggak pertahanan penting yang mengalami kecederaan sewaktu aksi pertama di Stadium Darul Aman.

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...