Memaparkan catatan dengan label Badri Radzi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badri Radzi. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2013

Tiada sehebat Badhri Radzi, The Marvel Captain


Piya muncul Pemain Terbaik Final Piala FA 2013
Tidak dapat dinafikan bahawa Badhri Radzi merupakan antara pemain tengah terbaik dalam kancah Liga Malaysia pada ketika ini. Dengan memiliki keupayaan merencanakan serangan serta mampu menjaringkan gol pada situasi bola mati, kapten The Red Warriors ini dilihat cukup berbahaya dan digeruni oleh mana-mana pasukan dalam arena bolasepak Malaysia.

Setakat ini, kapten The Red Warriors yang lebih dikenali sebagai Piya ini telah membuat lebih 200 penampilan dan beliau juga telah menjaringkan lebih 70 gol sepanjang 6 musim bersama The Red Warriors. Ternyata Piya sudah pasti mampu berbangga dengan rekod yang dimilikinya apabila beliau berjaya memimpin rakan sepasukan untuk memenangi Piala FA dua tahun berturut-turut walaupun pada awalnya Kelantan sedikit kecewa dengan kegagalan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu. 

Walau Piya semakin berusia, namun beliau semakin berbisa

Kini sudah pasti Piya sedang membuat persiapan bagi menghadapi kancah Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirainya selepas Syawal nanti. Walau bagaimanapun, Piya pada ketika lebih fokus untuk memulihkan kecergasan diri setelah sebelum ini beliau mengalami kecederaan hamstring. 

Piya yang kini mula menghampiri usia 31 tahun, tidak pernah memikirkan tentang persaraan memandangkan semua itu masih awal untuk difikirkan. Sebagai tonggak penting kepada The Red Warriors, sudah pasti Piya inginkan suatu yang terbaik kepada pasukan dan memacu pasukan ke arah kejuaraan yang berganda. 



Sabtu, 6 April 2013

The Red Warriors perlu atasi Sarawak


Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menuntut anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Sarawak menjelang pertemuan pusingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. 

Pengendali berusia 41 tahun dari Croatia itu berkata, mengikut prestasi semasa, The Red Warriors (TRW) ada kelebihan terutama apabila beraksi di tempat sendiri. 
“Mungkin orang menganggap kami akan menang mudah dalam perlawanan ini, namun kami tetap berwaspada dengan cabaran Sarawak esok (malam ini). 


Piya yakin menang besar 

“Saya harap semua pemain dapat mengekalkan prestasi semasa kerana perlu menang dengan jumlah jaringan besar sebagai bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua nanti. Mengikut rekod di tempat sendiri dan prestasi semasa, ternyata kami ada kelebihan,” katanya di Kota Bharu, semalam. 

Sementara itu, kapten TRW, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkata dia optimis pasukan mampu merakamkan kemenangan besar selepas apa disajikan dia dan rakan sepasukan ketika membelasah kelab Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam saingan Piala AFC, Selasa lalu. 

“Status pasukan Liga Super dan Liga Perdana tidak boleh dijadikan sandaran dalam perlawanan ini. Kami perlu menang untuk terus layak ke pusingan seterusnya dan mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu,” katanya

Isnin, 30 Mei 2011

Mampukah Badri Radzi Mengekalkan Prestasi Terbaiknya?

KELANTAN BERTUAH MEMILIKI PEMAIN TENGAH BERBAKAT.

Siapa tak kenal Badri Radzi atau lebih sinonim dengan nama 'Piya' dalam kalangan rakan sepasukan serta para penyokong setia The Red Warriors.
Peranan beliau dalam skuad Kelantan sememangnya sukar untuk dinafikan berdasarkan khidmatnya yang kini semakin ditagih pasukan menjelang pertemuan dengan musuh tradisi, Terengganu pada 6 Jun ini dalam saingan Liga Super dan pada 11 Jun untuk Final Piala FA yang turut menemukan dua pasukan gergasi pantai timur itu.

Gaya Badri Radzi semasa meraikan jaringannya dalam
pertemuan dengan Pahang yang menyaksikan Kelantan
menang 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Prestasi Piya dilihat agak cemerlang musim ini meskipun terdapat sedikit aksi kurang memberangsangkan pada pertengahan musim ini. Terbaru, Piya membantu Kelantan kembali ke persada Liga Super apabila kapten 'Wira Merah' itu menyumbat gol tunggal pada pertemuan dengan Pahang di Kota Bharu tempoh hari.
Ketiadaan Indra Putra musim ini ternyata tidak memberikan
masalah kepada Kelantan kerana Piya juga punya sikap kepimpinan yang tersendiri.

Setakat ini, Piya sudah beraksi sebanyak 20 kali daripada 23 perlawanan Liga Super setakat ini. Piya dianggap antara pemain tengah berbahaya Liga Super musim ini apabila pemain berumur 29 tahun itu kini meledak 10 gol sepanjang 20 perlawanan yang dilalui beliau. Jika dibandingkan dengan musim 2009 dan 2010, Piya hanya mampu meledak 6 gol untuk The Red Warriors. Mungkin ketiadaan Indra Putra musim ini telah memberikan beliau banyak pilihan untuk bermain di pelbagai sudut posisi yang sebelum ini didominasi oleh bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.

Badri kini sudah layak diangkat sebagai lagenda The Red Warriors
dengan kejayaannya membawa Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ke Kelantan.

Kejayaan membawa Piala Sumbangsih pada 29 januari lalu sememangnya sukar untuk dilupakan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors. Kelantan menang 2-0 hasil gol terakhir milik Piya yang pada waktu itu beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi. Beliau pastinya antara individu yang tidak akan melupakan kenangan manis tersebut.

Badri pencetus jaringan Kelantan di samping kelincahan matyo
pada pertemuan Piala FA di Shah Alam yang menyaksikan
Kelantan menang besar 5-1 keatas Selangor.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography


Kehandalan Piya sebagai perancang The Red Warriors terus diuji semasa pertembungan Piala FA separuh akhir di Shah Alam tempoh hari. Pada mulanya, tidak ada seorang pun yang menyangka Kelantan bakal menewaskan Selangor di Shah Alam dengan jumlah jaringan yang besar. Namun begitu, komitmen yang ditunjukkan kapten Kelantan itu dalam mengatur serangan demi serangan ternyata memberi tuah buat The Red Warriors.

Kebijaksanaan Piya di bahagian tengah banyak memerangkap
pergerakan pihak lawan terutamanya melalui hantaran cantik beliau.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography

Tugas terbaru Badri Radzi sekarang ialah memastikan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 yang kini hanya berbaki tiga perlawanan selain beliau juga bakal memimpin Kelantan pada aksi Final Piala FA 2011 yang akan berlangsung 11 Jun ini. Walau bagaimanapun, misi Badri sekarang pastinya terarah pada perlawanan 6 Jun ini untuk menentukan halatuju Kelantan sama ada mereka mampu menjulang Piala Liga Super musim ini atau sebaliknya.

DOAKAN SEMOGA THE RED WARRIORS DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN BADRI RADZI BERJAYA MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK BOLASEPAK NEGERI KELANTAN!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

p/s : Jangan lupa 6 Jun ini tau! kito gomo stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan lautan Merah ye..
Gomo kelate gomo....kitolah jogho Malaysia! InsyaAllah..

Khamis, 21 April 2011

Piya : Kemenangan buat peminat


Kapten Kelantan, Md Badhri Radzi atau Piya yang berjaya menghasilkan hatrik daripada lima gol ketika bertemu Perlis malam kelmarin menyifatkan kemenangan 5-1 yang diperoleh sebagai bukti Kelantan masih lagi berbisa.
“Semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan tidak tertekan membuatkan kami mempamer aksi cemerlang bagi membuktikan kepada peminat, Kelantan masih lagi berbisa.

“Kemenangan itu juga hadiah untuk peminat yang tidak jemu memberi sokongan,” katanya.

Kelantan tewas 4-0 kepada Perak sebelum seri 0-0 dengan Sabah pada dua perlawanan terakhir sebelum pertemuan menentang Perlis. Md Badhri berkata, Kelantan perlu terus mencipta kemenangan selain menghasilkan seberapa banyak gol untuk mengekalkan semangat pemain.

“Jaringan memang menjadi kunci utama untuk memastikan pemain terus bersemangat dan berusaha memenangi perlawanan seterusnya.

“Setiap pemain juga akan terus memberikan aksi terbaik demi memastikan Kelantan terus menyerlah,” katanya.



Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, taktik menggabungkan tonggak, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari serta Md Badhri pada perlawanan itu menyumbang kepada kemenangan mereka.

“Tiga tonggak itu memainkan peranan penting. Pada masa sama, kerjasama pemain lain turut membantu Kelantan menang,” katanya. Menurut Karathu, gol awal Norshahrul pada minit keenam dan 43 menaikkan semangat rakan sepasukan untuk terus mengasak kubu lawan.

“Kami memang memerlukan gol awal bagi menguasai perlawanan. Kami akan cuba meneruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya yang berharap pemain memberikan aksi terbaik ketika bertemu Perlis di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat ini.

Isnin, 18 April 2011

Badri Radzi Terus Bergelut Dengan Tahap Kecergasan



Dari satu perlawanan ke satu perlawanan Liga Super, Kapten The Red Warriors, Muhd Badri Radzi masih lagi bergelut dengan prestasinya yang tidak konsistennya dan ianya jelas memberi kesan kepada mutu persembahan skuad The Red Warriors.

 Ini kerana Badri merupakan satu-satunya pemain Kelantan yang cukup berpengalaman serta mempunyai kualiti hantaran bola yang cukup kemas.

Badri diturunkan buat kali pertama selepas sebelum beliau disisihkan akibat masalah kecergasan selama dua perlawanan. Namun kemasukan kapten Kelantan itu pada perlawanan menentang Sabah jelas sekali tidak memberi kesan positif  kepada Kelantan apabila pasukan Kelantan hanya seri tanpa jaringan dengan lawannya itu.

Meskipun dilihat beliau cukup cergas pada malam itu, namun ternyata mentaliti beliau dilihat agak belum pulih sejak kekalahan Kelantan kepada T-Team tempoh hari. Badri yang merupakan pemain terbaik Piala Malaysia 2010 masih gagal mempamerkan prestasi yang meyakinkan jurulatih The Red Warriors, Datuk M. Karathu serta puluhan ribu peminat setia The Red Warriors. Mungkin ramai yang tertanya-tanya di mana kehebatan Badri sebelum ini.. 

Ada juga yang memberi pandangan dan mengatakan bahawa mungkin usia kapten itu yang menjadikan beliau semakin merosot prestasi? Benarkah Begitu? Seandainya Badri kurang cergas sepenuhnya, ramai yang berpendapat bahawa Badri perlu diberi rehat secukupnya. Ini kerana  bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku seperti yang terjadi kepada penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak yang kini kembali berehat panjang selepas disahkan ACL baru-baru ini. Kecederaan itu berulang mungkin disebabkan beliau terlalu ingin cepat beraksi tanpa berehat mengikut nasihat doktor.

Memang wajar sekiranya Badri diberi rehat sedikit masa lagi agar beliau mampu mendapatkan semula keyakinan serta fitness beliau dengan lebih sempurna. Pada 13 Mei ini bakal menjadi medan perebutan tiket ke Final Piala FA dan Kelantan pastinya tidak ingin kecewa lagi setelah sebelum  ini dikecewakan Selangor pada Final Piala FA musim 2009. Oleh itu, sebagai 'senjata' utama Kelantan,  Badri diharap dapat bangkit segera daripada dibuai mimpi buruk sebelum ini agar skuad Kelantan musim ini mampu mencipta lebih banyak sejarah musim ini. :)

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...