KELANTAN BERTUAH MEMILIKI PEMAIN TENGAH BERBAKAT.
Siapa tak kenal Badri Radzi atau lebih sinonim dengan nama 'Piya' dalam kalangan rakan sepasukan serta para penyokong setia The Red Warriors.
Peranan beliau dalam skuad Kelantan sememangnya sukar untuk dinafikan berdasarkan khidmatnya yang kini semakin ditagih pasukan menjelang pertemuan dengan musuh tradisi, Terengganu pada 6 Jun ini dalam saingan Liga Super dan pada 11 Jun untuk Final Piala FA yang turut menemukan dua pasukan gergasi pantai timur itu.
Prestasi Piya dilihat agak cemerlang musim ini meskipun terdapat sedikit aksi kurang memberangsangkan pada pertengahan musim ini. Terbaru, Piya membantu Kelantan kembali ke persada Liga Super apabila kapten 'Wira Merah' itu menyumbat gol tunggal pada pertemuan dengan Pahang di Kota Bharu tempoh hari.
Setakat ini, Piya sudah beraksi sebanyak 20 kali daripada 23 perlawanan Liga Super setakat ini. Piya dianggap antara pemain tengah berbahaya Liga Super musim ini apabila pemain berumur 29 tahun itu kini meledak 10 gol sepanjang 20 perlawanan yang dilalui beliau. Jika dibandingkan dengan musim 2009 dan 2010, Piya hanya mampu meledak 6 gol untuk The Red Warriors. Mungkin ketiadaan Indra Putra musim ini telah memberikan beliau banyak pilihan untuk bermain di pelbagai sudut posisi yang sebelum ini didominasi oleh bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.
Kejayaan membawa Piala Sumbangsih pada 29 januari lalu sememangnya sukar untuk dilupakan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors. Kelantan menang 2-0 hasil gol terakhir milik Piya yang pada waktu itu beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi. Beliau pastinya antara individu yang tidak akan melupakan kenangan manis tersebut.
Kehandalan Piya sebagai perancang The Red Warriors terus diuji semasa pertembungan Piala FA separuh akhir di Shah Alam tempoh hari. Pada mulanya, tidak ada seorang pun yang menyangka Kelantan bakal menewaskan Selangor di Shah Alam dengan jumlah jaringan yang besar. Namun begitu, komitmen yang ditunjukkan kapten Kelantan itu dalam mengatur serangan demi serangan ternyata memberi tuah buat The Red Warriors.
Tugas terbaru Badri Radzi sekarang ialah memastikan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 yang kini hanya berbaki tiga perlawanan selain beliau juga bakal memimpin Kelantan pada aksi Final Piala FA 2011 yang akan berlangsung 11 Jun ini. Walau bagaimanapun, misi Badri sekarang pastinya terarah pada perlawanan 6 Jun ini untuk menentukan halatuju Kelantan sama ada mereka mampu menjulang Piala Liga Super musim ini atau sebaliknya.
DOAKAN SEMOGA THE RED WARRIORS DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN BADRI RADZI BERJAYA MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK BOLASEPAK NEGERI KELANTAN!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!
p/s : Jangan lupa 6 Jun ini tau! kito gomo stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan lautan Merah ye..
Gomo kelate gomo....kitolah jogho Malaysia! InsyaAllah..

Gaya Badri Radzi semasa meraikan jaringannya dalam
pertemuan dengan Pahang yang menyaksikan Kelantan
menang 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography
Prestasi Piya dilihat agak cemerlang musim ini meskipun terdapat sedikit aksi kurang memberangsangkan pada pertengahan musim ini. Terbaru, Piya membantu Kelantan kembali ke persada Liga Super apabila kapten 'Wira Merah' itu menyumbat gol tunggal pada pertemuan dengan Pahang di Kota Bharu tempoh hari.
Ketiadaan Indra Putra musim ini ternyata tidak memberikan
masalah kepada Kelantan kerana Piya juga punya sikap kepimpinan yang tersendiri.
Setakat ini, Piya sudah beraksi sebanyak 20 kali daripada 23 perlawanan Liga Super setakat ini. Piya dianggap antara pemain tengah berbahaya Liga Super musim ini apabila pemain berumur 29 tahun itu kini meledak 10 gol sepanjang 20 perlawanan yang dilalui beliau. Jika dibandingkan dengan musim 2009 dan 2010, Piya hanya mampu meledak 6 gol untuk The Red Warriors. Mungkin ketiadaan Indra Putra musim ini telah memberikan beliau banyak pilihan untuk bermain di pelbagai sudut posisi yang sebelum ini didominasi oleh bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.
Badri kini sudah layak diangkat sebagai lagenda The Red Warriors
dengan kejayaannya membawa Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ke Kelantan.
Kejayaan membawa Piala Sumbangsih pada 29 januari lalu sememangnya sukar untuk dilupakan oleh ribuan penyokong setia The Red Warriors. Kelantan menang 2-0 hasil gol terakhir milik Piya yang pada waktu itu beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi. Beliau pastinya antara individu yang tidak akan melupakan kenangan manis tersebut.
Badri pencetus jaringan Kelantan di samping kelincahan matyo
pada pertemuan Piala FA di Shah Alam yang menyaksikan
Kelantan menang besar 5-1 keatas Selangor.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography
Kehandalan Piya sebagai perancang The Red Warriors terus diuji semasa pertembungan Piala FA separuh akhir di Shah Alam tempoh hari. Pada mulanya, tidak ada seorang pun yang menyangka Kelantan bakal menewaskan Selangor di Shah Alam dengan jumlah jaringan yang besar. Namun begitu, komitmen yang ditunjukkan kapten Kelantan itu dalam mengatur serangan demi serangan ternyata memberi tuah buat The Red Warriors.
Kebijaksanaan Piya di bahagian tengah banyak memerangkap
pergerakan pihak lawan terutamanya melalui hantaran cantik beliau.
credit pic: http://www.facebook.com/userunphotography
Tugas terbaru Badri Radzi sekarang ialah memastikan Kelantan menjuarai Liga Super 2011 yang kini hanya berbaki tiga perlawanan selain beliau juga bakal memimpin Kelantan pada aksi Final Piala FA 2011 yang akan berlangsung 11 Jun ini. Walau bagaimanapun, misi Badri sekarang pastinya terarah pada perlawanan 6 Jun ini untuk menentukan halatuju Kelantan sama ada mereka mampu menjulang Piala Liga Super musim ini atau sebaliknya.
DOAKAN SEMOGA THE RED WARRIORS DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN BADRI RADZI BERJAYA MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK BOLASEPAK NEGERI KELANTAN!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!
p/s : Jangan lupa 6 Jun ini tau! kito gomo stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan lautan Merah ye..
Gomo kelate gomo....kitolah jogho Malaysia! InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan