Memaparkan catatan dengan label Piala FA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala FA. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

Quarter Final FA Cup 2013 : Kelantan atau Sarawak?

 

|PIALA FA MALAYSIA 2013|
(SUKU AKHIR PERTAMA)

KELANTAN FA  VS  SARAWAK FA


Rekod pertemuan Kelantan dan Sarawak (2006-2008)
Rabu11/06/08Piala MalaysiaSarawak3 - 1Kelantan
Selasa16/05/06Liga PremierKelantan4 - 2Sarawak
Sabtu11/03/06Liga PremierKelantan0 - 0Sarawak
Ahad01/01/06Liga PremierSarawak3 - 1Kelantan



Rekod pertemuan Kelantan dan Sarawak (2008-2012)







Sabtu14/07/12Liga SuperKelantan3 - 1Sarawak

Sabtu07/04/12Liga SuperSarawak1 - 1Kelantan

Sabtu18/02/12Piala FAKelantan2 - 1Sarawak
Ahad18/09/11Piala MalaysiaKelantan4 - 0Sarawak
Selasa06/09/11Piala MalaysiaSarawak0 - 2Kelantan
Ahad06/07/08Piala MalaysiaKelantan3 - 2Sarawak



 
JadualKelantanSarawak
 JumlahHomeAwayJumlahHomeAway
Jumlah perlawanan10641046
Menang651220
Seri211211
Kalah202615
Jaringan211651376
Bolos136721516







Isnin, 16 Mei 2011

Sebelum Wisel Piala FA 2011

PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 2011
SEPARUH AKHIR KEDUA
16 MEI 2011 BERSAMAAN ISNIN

KELANTAN F.A VS SELANGOR F.A
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV,Kota Bharu, Kelantan.




KELANTAN F.A
  • Kelantan bakal kehilangan khidmat pertahanan tengah, Farisham Ismail dan Zairul Fitre yang kini sudah mengutip tiga kad kuning.
  • Kemungkinan besar Kelantan bakal menggantikan Aziz Ismail atau Wan Rohaimi di bahagian pertahanan sambil dibantu Subramaniam dan Rizal Fahmi Rosid.
  • Jika benar Aziz Ismail diturunkan pada malam ini, ianya pasti memberi satu penghormatan bagi dirinya memandangkan Aziz agak kurang diturunkan dalam perlawanan yang melibatkan perlawanan besar begini.
  • Posisi penjaga gol Kelantan pada malam ini masih menjadi tanda tanda namun ada ura-ura yang mengatakan Shahrizan bakal diturunkan bagi menggantikan Khairul Fahmi Che Mat yang kini sudah mengutip satu kad kuning.
  • Andai Khairul Fahmi mengutip satu lagi kad kuning pada malam ini, beliau sudah pasti harus melupakan hasrat untuk beraksi di pentas Final nanti.
  • Di barisan tengah, Kelantan dijangka menurunkan Shakir dan kapten pasukan, Badri Radzi untuk mengukuhkan cengkaman tengah.
  • Izuan Solahudin pula dikhabarkan akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh S.Chanturu yang mungkin akan direhatkan.
  • Penyerang Kelantan, Ramzul Zahini Adenan hampir pasti akan bergandingan dengan penyerang veteran Red Warriors, Mohd Khalid jamlus pada malam ini setelah beberapa pemain utama dijangka direhatkan jurulatih Kelantan.


SELANGOR
  • Aksi kurang konsisten penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar pastinya memaksa K.Devan menggantikan pemain itu dengan Iqbal Suhaimi untuk mengawal gawang Selangor.
  • Kejayaan mencuri satu gol pada pertemuan lalu pasti terus menaikkan semangat Amri Yahyah pada malam ini.
  • K.Devan mungkin bakal menggunakan taktikal menyerang pada perlawanan itu namun, mereka perlu waspada memandangkan Kelantan terkenal dengan corak permainan counter attack.
  • Jika anak buahnya tidak waspada, tidak mustahil tragedi 13 Mei akan menghantui Selangor sekali lagi.
  • Selangor mungkin akan memperkuatkan benteng pertahanan dengan memasukkan pemain pertahanan berpengalaman, Khairul Anwar Baharom yang sebelum ini jarang diturunkan.
  • Targetman mereka pada malam ini pastinya Fadli Shaari yang dilihat banyak menyumbangkan gol kepada Selangor dalam perlawanan sebelum ini.
STADIUM SHAH ALAM...KAMI AKAN DATANG BAWAK BALIK PIALA FA KE KOTA BHARU..


16 Jun 2011
Final Piala FA 2011
Di Stadium Shah Alam
Kapasiti 80,000 orang penyokong

GOMO KELATE GOMO...KELATE HEBAT SOKMO...
BOW LAWE STARO DEMO, GOMO KELATE GOMO..
SEMANGAT......ANOK KELATE...KENA BRINGAT....KO GULAWE..

LIVE dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV


Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Selangor bakal disiarkan secara langsung di ASTRO ARENA 801 pada malam ini tepat pada pukul 8.00 malam. Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada para peminat bolasepak tempatan untuk menyaksikan perlawanan 'el clasico' ini dengan lebih ekslusif yang mana ianya sememangnya tepat pada masanya.



Bagi penyokong setia Kelantan, mereka pastinya tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di Stadium dan para penyokong sanggup membelanjakan wang untuk membeli tiket. Dianggarkan jumlah penyokong Kelantan di Stadium bakal mencecah 3o,ooo orang sepertimana yang dicatat sebelum ini.



Yang menyaksikan perlawanan ini di rumah, mungkin jumlahnya mencapai rating hampir 1 juta penonton memandangkan rakyat Kelantan cukup ramai di seluruh negara.

Kami penyokong Kelantan, mendoakan agar The Red Warriors mara ke Final sekaligus bergelar Juara buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan..Aminn..


WE'RE RED....WE'RE WARRIORS!!
Mampukah Kelantan memenangi perlawanan pada malam ini? Adakah malam ini bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan bolasepak negeri Kelantan?

The Red Warriors Boleh Rileks Tapi Waspada

Mampukah Kelantan terus mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu?


Sepanjang tiga pertemuan antara The Red Warriors dengan The Red Giants musim ini, Kelantan dilihat lebih gah dengan merakamkan rekod menang bersih ketiga-tiga perlawanan itu. Dalam dua aksi Liga Super sebelum ini, Kelantan ternyata masih kebal tanpa bolos sepanjang pertemuan di Shah Alam dan di Kota Bharu. Saingan Piala FA kali ini menyaksikan kejutan apabila Kelantan berjaya membenam Selangor di gelanggang lawan dengan bergaya setelah memperoleh jaringan 5 gol berbalas satu.

Walaubagaimanapun, aksi sebelum ini pastinya ingin dilupakan oleh pemain The Red Warriors kerana mereka ingin fokus sepenuhnya untuk perlawanan penting malam ini.

Bekalan selesa 5 gol di Shah Alam hanya satu kelebihan namun, para pemain Kelantan akan bermain bermati-matian pada malam ini agar mereka mampu membuktikan kepada ribuan penyokong setia The Red Warriors bahawa mereka kini semakin unggul sebagai kuasa baru Bolasepak Malaysia.


Pergerakan pantas dan hantaran bola yang tepat ternyata menjadi
kunci kejayaan kepada pasukan The Red Warriors musim ini.

Kemenangan 5-1 tempoh hari sememangnya menggemparkan seluruh negara apabila Kelantan yang diramal sukar di Shah Alam, agak tenang beraksi di hadapan kira-kira 25,ooo penyokong fanatik The Red Warriors. Suasana di Stadium Shah Alam seolah-olah mereka berada di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Paluan Gendang dan Sorakan 'Gomo Kelate Gomo' mewarnai suasana Stadium apabila tiap kali pasukan Kelantan turun beraksi.

Kecemerlangan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat semasa menentang Selangor di Shah Alam tempoh hari juga seharusnya mendapat pujian para penyokong. Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung, beliau berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi lawan namun masa tambahan 2 minit terakhir menyaksikan dirinya tertewas jua hasil jaringan kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah.


Ramzul muncul wira The Red Warriors dengan meledakkan dua gol.

Kebijaksanaan Rojo (Ramzul Zahini Adenan) menghidu peluang sememangnya sukar untuk dinafikan lagi. Ini kerana beliau bijak memanfaatkan peluang hasil kesilapan penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar untuk meledak dua gol sekaligus menaikkan semangat The Red Warriors untuk memburu lebih banyak gol selepas itu.

Tidak lupa juga perancang The Red Warriors yang merangkap kapten pasukan, Mohd Badri Radzi yang turut beraksi cemerlang sepanjang tempoh 92 minit perlawanan. Kebijaksanaan beliau mengumpan bola kepada rakan sememangnya tidak mampu untuk diperkatakan.
Badri Radzi mungkin akan beraksi dengan lebih baik selepas
berjaya memimpin pasukan menang besar di Shah Alam tempoh hari.

Badri yang cukup terkenal dengan sentuhan set piece 'magik' hampir-hampir memberikan gol untuk Kelantan namun sepakannya hanya mampu singgah di palang gol. Walau bagaimanapun, Badri berjaya menebus kehampaan apabila beliau berjaya menjaringkan satu gol untuk memastikan Kelantan pulang ke Kota Bharu dengan bekalan selesa.

Sabtu, 14 Mei 2011

Kelantan Ratah Selangor Di Shah Alam

SEPARUH AKHIR PIALA FA 2011 PERTAMA



MENAKJUBKAN DAN BERGAYA! Itulah yang mampu diperkatakan setelah Kelantan berjaya menjinakkan Selangor di Stadium Shah Alam semalam. Gol Kelantan dijaringkan oleh Ramzul Zahini, Badri Radzi, Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha untuk memberikan bekalan selesa buat The Red Warriors di Kota Bharu kelak.

Jelas sekali perjalanan jauh kira-kira 2o,ooo penyokong setia Kelantan cukup berbaloi dengan kejayaan pasukan kesayangan mereka yang cukup tenang beraksi malam tadi. Sokongan padu penyokong setia Kelantan yang diiringi gendang sememangnya banyak membantu pasukan Kelantan dalam membakar semangat para pemain di atas padang.

Kehadiran penyokong Kelantan dianggarkan kira-kira 2o,ooo itu jelas sekali menyentap semangat Red Giants dan para penyokongnya yang dianggarkan seramai 15,ooo sahaja..

Inilah 'lautan Merah' yang membanjiri 'gelanggang
keramat' Selangor semalam.


Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu pula dimahu dirinya dipuja dengan kemenangan itu sebaliknya mengatakan bahawa para pemainnya yang harus mendapat pujian daripada peminat.. "Jangan Puji saya, Pujilah Pemain saya.."

Peluang Kelantan untuk mara ke Final buat kali kedua sejak 2009 kini semakin cerah dan para penyokong Kelantan kini sudah mula memasang cita-cita untuk melihat Kapten mereka, Mohd Badri Radzi menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan..


Sokongan padu penyokong seperti inilah yang banyak
menaikkan semangat pemain Kelantan di padang.


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyokong bolasepak Kelantan kerana hadir memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan walaupun beraksi jauh di Shah Alam..

Kepada pemain Selangor, 'kita' jumpa 16 Mei di Kota Bharu.. :)

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...