Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Jumaat, 28 Januari 2011

Datuk K Menghiasi Liga M Musim Ini.

[Jurulatih baru Red Warriors, Datuk M.Karathu bersalam serta berkenalan dengan pemain-pemainnya sambil diperhatikan B.Sathianathan pada seisi perkenalan serta latihan ringan bersama Skuad TRW]


Selepas menyepi selama setahun daripada kancah bola sepak tempatan, bekas jurulatih Perak musim 2008-2009, Datuk M. Karathu kembali mewarnai saingan Liga Malaysia dengan melatih juara Piala Malaysia musim lalu Kelantan.

Kembalinya Karathu ke pangkuan Kelantan diibaratkan 'sirih pulang ke gagang' kerana beliau pernah melatih skuad yang terkenal dengan laungan 'gomo kelate gomo' itu pada 1993.

Menurut Karathu, kesediaannya kembali melatih Kelantan merupakan sesuatu yang cukup menggembirakan dirinya selepas hampir 18 tahun meninggalkan pasukan tersebut.

"Saya gembira dapat kembali semula melatih Kelantan, terima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terutamanya Tan Sri Annuar Musa kerana masih lagi mempercayai kemampuan saya untuk membimbing pasukan musim ini.

"Walaupun sudah lama meninggalkan Kelantan, namun sebaik sahaja kembali semula ke sini saya masih lagi terasa bahang membimbing pasukan sewaktu tahun 1993," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma KAFA, Kampung Chicha dekat sini, semalam.

Tambah Karathu, Kelantan merupakan pasukan yang diminatinya sejak 1993 sewaktu beliau menjadi jurulatih.

"Pasukan Kelantan sama seperti pasukan Brazil yang mempunyai keghairahan yang memuncak dalam bola sepak selain turut mempunyai pemain berbakat. Walaupun saya tidak tahu banyak mengenai pemain pasukan ini dan perlu mengambil sedikit masa, namun itu bukan masalah besar bagi saya untuk mengendalikan pasukan," ujarnya yang mengikat kontrak selama setahun dengan pasukan Kelantan.

Karathu sebelum ini berjaya membimbing skuad Seladang menjulang Piala FA pada 1990, selain membawa Kelantan melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala FA dan Malaysia pada 1993.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa iaitu menjadi ketua jurulatih pasukan Sri Lanka dan kelab Woodlands Wellington FC (Singapura).
Karathu memberitahu, beliau akan mendapatkan maklum balas daripada bekas jurulatih, B. Sathianathan selain dua pembantunya iaitu Hashim Mustapha dan Sideek Samsuddin bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan ini.

[M.Karathu sewaktu menjadi jurulatih Perak FA musim 2009]


"Saya kena mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti kelemahan pasukan kerana jadual perlawanan cukup padat dan termasuk juga bagaimana corak taktikal yang akan saya gunakan.

"Sasaran saya musim ini ialah memastikan Kelantan berada di tiga kelompok terbaik selain memburu dan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas," ujarnya yang memulakan tugas semalam.
Mengulas mengenai perlawanan pembukaan tirai bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu ini menentang Selangor, Karathu menanggap perlawanan tersebut merupakan ujian pertama buatnya.

"Ini ujian pertama saya. Saya belum tahu keadaan fizikal pasukan dan difahamkan Kelantan mengalami banyak kekalahan sepanjang perlawanan persahabatan, ini adalah sebahagian daripada proses membentuk sebuah pasukan baru ke arah yang lebih mantap.

"Untuk itu, Saya menuntut disiplin yang tinggi daripada semua pemain. Mereka juga perlu menunjukkan karakter serta kebolehan yang tinggi apabila bersama pasukan ini kerana kita akan bermain dalam satu liga yang kompetitif bermula Sabtu ini," katanya

Fahmi Bakal Diberi Tugas 'Getir' Berdepan Red Giants.

[Penjaga gol utama Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat]


Penjaga gol Terbaik Kebangsaan 2010 serta Pemain Muda Terbaik 2010, Khairul Fahmi Che Mat bakal berdepan tanggungjawab yang berat bagi membantu The Red Warriors berdepan Selangor dalam kancah Piala Sumbangsih.

Perlawanan 29 Januari ini jelas sekali bakal menguji keupayaan sebenar penjaga gol Kelantan itu setelah beliau mengakhiri musim 2010 dengan tiga kejayaan manis baik bersama The Red Warriors mahupun bersama Skuad Harimau Malaya. Kejayaan manis 2010 menyaksikan Khairul fahmi berjaya membawa Kelantan sebagai Naib Juara TM Liga Super 2010 dan Juara TM Piala Malaysia 2010.Paling manis, beliau diiktiraf sebagai Penjaga gol Terbaik Malaysia 2010 dan Pemain Muda Terbaik Malaysia 2010.

 Yang tidak mampu dilupakan beliau pastinya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Berbalik semula pasal Piala Sumbangsih 29 Januari ini, Khairul Fahmi pastinya ingin memulakan musim baru dengan nota kejayaan. Mungkin siri latihan dan persiapan pasukan TRW sedikit terganggu berikutan penggantungan B.Sathianathan. Namun begitu, pastinya Fahmi ingin berusaha membantu Datuk K (M.Karathu) untuk menjulang trofi yang sebelum ini dimiliki musuh tradisi mereka, Selangor.

Selain itu, beliau juga teruja tempoh hari apabila terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Manchester United ingin 'melamar'nya. Fahmi tidak menggangap itu satu perkara mustahil kerana beliau berpendapat bahawa setiap pemain yang bagus pasti mampu bermain dengan kelab yang bagus.

[Fahmi sebelum ini 'digosipkan' dengan manchester United]



GOMO KELATE GOMO!!KITO ANGKAT PIALO SUMBANGSIH 2011 DEH!!INSYAALLAH..PAKAT DOA LA BLAKO SEP-SEP PENYOKONG TRW SEKALIAN!!

Khamis, 27 Januari 2011

Lagu Semangat Musim 2011



Dengar dan hayatilah lagu ni..lagu ini mampu menjadi pembakar semangat kepada TRW menjelang Liga M pada 29 hb ini..GOMO KELATE GOMO!! THE RED WARRIORS JOGHO!!

Piala FA 2011 : T-Team 'Tuan Rumah' Di Kota Bharu.

Berita baik untuk penyokong bolasepak Kelantan!! Perlawanan pembukaan antara T-Team dengan Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung di Terengganu telah dipindah venue ke Stadium Sultan Mohamad ke4. Ini berikutan Stadium Sultan Nasiruddin Shah tidak mendapat kelulusan FAM semalam. FAM telah bertindak menggantung stadium itu selama 2 bulan kerana masalah padang dan beberapa masalah teknikal.

Berita ini pastinya menambahkan lagi kegembiraan penyokong Kelantan di samping berita pelantikan jurulatih baru yang diuar-uarkan oleh media.

Berikut adalah maklumat bagi perlawanan Piala FA 2011 :

Tarikh:18 Februari 2011(jumaat)
Waktu : 8.45 mlm
Tempat : STADIUM SULTAN MOHAMAD KE4,KOTA BHARU, KELANTAN

Ini bermakna Skuad T-Team akan turun sebagai 'tuan rumah' di stadium keramat The Red Warriors manakala Kelantan turun sebagai 'pelawat' di gelanggang sendiri..

Kelibat Indra,farhan dan azizi pasti jadi tumpuan para penyokong kelantan berikutan tindakan mereka 'lari' dari kelab gergasi pantai timur itu.


MARILAH PAKAT GI STADIUM!!PAKAT PENUH STADIUM!!JAGO DISIPLIN KITO!! MAIN BIAR BIJOK!!SOKONG BIAR BIJOK!!

GOMO THE RED WARRIORS GOMO!!

Selamat Datang Datuk M.Karathu!

Kelantan FA dan para penyokong pasti berasa lega apabila Datuk M.Karathu sudi menjadi ketua jurulatih bagi Skuad The Red Warriors musim 2011. Datuk M. Karathu bukan asing lagi bagi para peminat bolasepak di Kelantan kerana M. karathu pernah membimbing skuad Sang kijang itu sejak 1993 LAGI. Antara pemain Kelantan yang turut bersama beliau pada masa itu ialah Hashim Mustapha yang kini sebagai Penolong Jurulatih Kelantan dan Halim Napi.

Selain itu, M.Karathu juga dikatakan mampu menguasai dialek Kelantan serta sudah biasa dengan budaya rakyat di Kelantan. Sikap itulah yang menarik pihak pengurusan KAFA untuk menawarkan kontrak. Pemilihan jurulatih baru itu juga turut mendapat sokongan bekas jurulatih Kelantan, B.Sathianathan.

Datuk M.Karathu mungkin bakal bekerjasama dengan B.Sathianathan yang juga kini dilantik sebagai CEO Akademi The Red Warriors oleh KAFA bagi melatih lebih ramai bakat muda.

Datuk M.Karathu pernah membawa Kelantan ke Separuh Akhir Piala malaysia pada tahun 1993@1998( tahun xpasti) untuk bertemu Kedah, namun, Sang Kijang tewas 3-2 dalam pertembungan penuh bersejarah itu.

Ini menjadikan Datuk M.Karathu sebagai jurulatih berbangsa India yang ketiga untuk menerajui Kelantan Pada era 20-an setelah :

1.K.Rajagobal(bersama Kelantan di Liga Perdana)
2.B.Sathianathan(bersama Kelantan di Liga Super Dis 2009-Jan 2011)
3.Datuk M.Karathu (bersama Kelantan di Liga Super 26 Jan -2012)



GOMO KELATE GOMO!!!BILO MASOK PADE..KITO GOMO SENGOTI!!KITO GOMO SENGOTI!!

Rabu, 26 Januari 2011

S.Chanturu Sah Tidak Diturunkan!


Pemain yang 'lipas kudung' The Red Warriors, S.Chanturu mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang Selangor 4 hari lagi. Ini kerana beliau mengalami kecederaan yang memerlukan beliau merehat buat sementara waktu.

Hal ini pasti merisaukan kem Sang Kijang yang kini sudah kehilangan sentuhan Sathia yang digantung bermula 23 januari. Pengesahan S.Chanturu tidak akan beraksi disahkan sendiri oleh Kapten The Red Warriors, Mohd badri Radzi. Menurutnya, rakan-rakan tetap tenang meskipun terpaksa berlatih tanpa 'Abe Ya' di sisi mereka.

Sathia Keluar..Siapa Pengganti??


[Sathia kecewa dan duka dengan keputusan FAM]

KELANTAN TERUS DIANIAYA!! Itulah ungkapan yang mampu saya luahkan menjelang saingan Liga M akan membuka tirai 4 hari sahaja lagi. Kelantan terpaksa menelan kepahitan apabila terpaksa kehilangan B.Sathianathan akibat pergantungan oleh FAM. Jurulatih Kelantan itu terpaksa berehat panjang musim ni dan berkemungkinan akan meletak jawatan.

 Namun begitu, setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Annuar Musa,Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, B.Sathianathan diberi peluang untuk masih bekerja bersama The Red Warriors. Sathia akan memegang jawatan selaku CEO bagi Akademi Bolasepak Kijang Emas yang merupakan sebuah akademi induk akar umbi KAFA. Dengan cara itu, Sathia akan kekal dan mungkin akan menunggu sehingga tempoh pergantungan tamat.


[Pengganti 'kerusi panas' terus jadi tanda tanya]

Kelantan mungkin akan mengambil jurulatih lain bagi mengisi kekosongan ini dan pastinya jurulatih yang akan mengambil alih tugas Sathia bukanlah calang-calang jurulatih yang akan dicari. Menurut petikan KOSMO! yang juga mendapatkan pengesahan Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa jurulatih kelantan mungkin akan dilantik secepatnya kerana Hashim Mustapha dan Sideek Samsudin hanya mempunyai Lesen Kejurulatihan Kelas B.


[Hashim Mustapha hanya mempunyai lesen kejurulatihan Kelas B]


Oleh itu, desas desus mengatakan bekas jurulatih Kedah, Azrai Khor akan mengambil alih The Red Warriors. Namun begitu, setelah melihat kepada permasalahannya dengan FAM, KAFA semestinya tidak mahu lagi mengambil risiko.

[Azrai Khor antara nama besar bakal pengganti Sathia musim ini]

[M.Karathu pernah membawa Skuad Kelantan]

 Calon-calon lain pula ialah bekas jurulatih Perak yang juga bekas jurulatih Kelantan pada suatu ketika dahulu, M. Karathu.

Turut tercalon dalam senarai ini juga ialah bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang sebelum ini 'lari' ke Liga Myanmar setelah bersama Kelantan sebelum ini. Namun begitu, ramai penyokong The Red Warriors yang tidak gembira sekiranya Peter Butler kembali ke Kota Bharu.

[Peter James Butler pasti tidak disenangi penyokong Red Warriors]

Calon yang seterusnya tidak lain tidak bukan ialah Bojan Hodak. Beliau merupakan bekas jurulatih UPB My-Team. Strategi dan taktikalnya mungkin akan ditagih sang Kijang sekiranya benar beliaulah pengganti kerusi panas TRW.

[Bojan Hodak belum pasti mampu beri TRW kesempurnaan dalam masa singkat]


Janos Krecska pula merupakan bekas jurulatih KL Plus pada akhir musim. Taktikal beliaulah yang berjaya mengikat Kelantan di Kota Bharu sewaktu saingan Piala Malaysia/Liga Super(saya xpasti kejohanan mane) yang menyaksikan mereka seri 3-3 meskipun kelantan mendahului pada awalnya dengan jaringan 3-1.

[Janos Krecska pernah menjadi jurulatih Akademi Belia Arsenal]

KINI, SEGALA KEPUTUSAN ATASAN DI TANGAN K.A.F.A....SOKONGAN KEPADA PASUKAN PULA DI TANGAN PENYOKONG KELANTAN...KUASA VETO MENGHUKUM DI TANGAN F.A.M....
InsyaAllah, diharap masalah ini dapat diatasi segera....

kami penyokong yang simpati dengan 'kudis' yang mula dihidapi oleh pasukan kami..siapakah punya angkara pembawa 'kudis' ini??
  Renung-renungkanlah...

Isnin, 24 Januari 2011

FAM Benarkan Stadium Digunakan Pada Waktu Malam

Pertemuan Kelantan -Terengganu, Perak mahu JKPT periksa segera.


JUARA Piala Malaysia, Kelantan akan diberi kebenaran mengendalikan perlawanan waktu malam apabila menentang pasukan tetangga, Terengganu dalam saingan Liga Super pada 1 Februari ini.

Ini kerana pihak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sedang menyiapkan kerja pengubahsuaian lampu limpah dan padang mengikut syarat piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM bersetuju memberi kelonggaran supaya pihak Perbadanan Stadium Kelantan menyiapkan kerja pemasangan lampu limpah dan padang sebelum akhir bulan ini.
“Kita menjangkakan stadium itu dapat digunakan sebagai gelanggang permainan sebelah malam, apabila kerja menaik taraf lampu limpah dan padang permainan sebelum musim pertama Liga Malaysia bermula 1 Februari depan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara KAFA dengan DiGi sebagai penaja utama kejohanan bola sepak musim ini.

Pada majlis itu, Setiausaha Agung KAFA Mohd Nordin Awang mewakili KAFA, manakala Pengurus Besar Happy Wilayah Timur Roslan Rosli bagi pihak DiGi.

Sementara itu, Perak meminta Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM melakukan pemeriksaan segera terhadap lampu limpah di Stadium Perak yang sudah ditingkatkan pencahayaannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata kerja meningkatkan cahaya lampu sudah siap dilakukan dan sehubungan itu wajar bagi JKPT segera membuat pemeriksaan bagi meluluskan penggunaannya pada sebelah malam dalam kempen Liga Malaysia 2011 bermula Sabtu ini.
Stadium Perak bersama lima gelanggang Liga Super lain iaitu Sabah, Johor FC, Kelantan, Terengganu serta T-Team dan lapan pasukan Liga Perdana diarahkan bermain pada sebelah petang gara-gara lampu limpah masing-masing tidak menepati piawaian.

'Happy' Sah Penaja Utama The Red Warriors Musim 2011.

  
HEBAT DAN BERGAYA!!
SKUAD KELANTAN FA melengkapkan persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2011 dengan mengumumkan penaja-penaja yang akan bersama pasukan itu dengan syarikat jenama prabayar Happy sebagai rakan kongsi dan penaja utama dengan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, selain Happy, enam lagi penaja, Al-Hamra Group, TRW Station, Umbro, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading turut bersama-sama memberikan sumbangan dalam usaha mengukuhkan lagi dana The Red Warriors.

Menurutnya, dengan adanya penajaan ini terutama beberapa syarikat yang dipelopori anak jati Kelantan ini mampu menaikkan semangat pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.

"Saya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah keseluruhan penajaan ini tetapi ia cukup memberi suntikan baru kepada KAFA dan pasukan Kelantan yang pastinya berdepan cabaran hebat untuk musim baru bola sepak tempatan.

"Happy bukan sekadar penaja utama untuk pasukan Liga Super Kelantan tetapi sebagai rakan kongsi dalam program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan dengan penubuhan pusat, klinik dan karnival bola sepak serta liga bawah umur," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani dokumen penajaan oleh semua penaja selain memperkenalkan jersi Kelantan untuk musim 2011 bersama logo penaja di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu semalam.

GO MORE !!KELATE MORE!!

Kecederaan Pemain TRW Mula Merisaukan Persiapan Ke Shah Alam.



Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan telah ditempuhi oleh The Red Warriors, kini timbul pula masalah kecederaan pemain. Dikhabarkan bahawa S.Chanturu, Subramaniam dan seorang lagi pemain yang tidak dikenalpasti(mungkin K.Soley) telah mengalami kecederaan. Dengan kecederaan 3 tonggak ini pasti merencatkan strategi terbaik jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dalam misi merangkul Piala Sumbangsih yang kini tinggal beberapa hari sahaja lagi.


Azwan Roya dan Aziz Ismail pula masih belum mampu membiasakan diri dengan corak permainan TRW. Oleh itu, B.Sathianathan kini tidak mahu anak didiknya hanyut dengan krisis yang melanda Skuad Juara Piala Malaysia 2010 itu.


Kecederaan jelas menghalang seperti Subra untuk kembali mendapatkan rentak permainan. Dengan ketiadaan rakan karib musim lalu, Azizi Matt Rose, Subra pasti sukar untuk mencari keserasian bersama muka-muka baru.

GO MORE KELATE GOAL MORE!! KELATE JUARO SOKMO!!

Ahad, 23 Januari 2011

Kelantan Catat Kemenangan Bertemu Penang Di Tempat Lawan


Skuad Kelantan mula menampakkan ketajaman serangan namun, itu semua masih awal untuk mentafsirkan kematangan skuad TRW yang pada musim ini berwajah baru dengan kelibat beberapa anak jati yang kembali pulang untuk menyarung jersi Wira Merah.

Kelantan telah mencatatkan kejayaan terbesar dalam siri persahabatan di tempat lawan apabila TRW berjaya membelasah Pulau Pinang dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Kejayaan itu dibantu dengan aksi cemerlang Penjaga Gol Kebangsaan yang juga memegang posisi utama selaku penjaga gol terutama buat TRW iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Beberapa percubaan pemain tuan rumah berjaya dinafikan oleh beliau dengan penuh komitmen dan disiplin yang tinggi. Ketajaman penyudah pada posisi serangan jelas dilihat apabila Penyerang Terbaik Kebangsaan 2010 serta Pemain paling Bernilai 2010(MVP) iaitu NorShahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-6.

Selang beberapa minit,TRW berjaya menambah gol menerusi jaringan Kapten TRW, Badhri Radzi yang merembat kencang terus ke gawang gol pasukan tuan rumah. Tuan rumah jelas agak tertekan dengan gol yang dilakukan dan mereka sering berbalas serangan dengan skuad Kelantan.

Pada minit ke-60, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain TRW dikasari pemain pertahanan Pulau Pinang. Sepakan penalti diambil oleh Nizad Ayub dan terus menggegar jaring pasukan Pulau Pinang. Gol itu terus menyemarakkan semangat Sang Wira Merah untuk terus melakukan serangan melalui playmaker mereka, Badhri Radzi.

Berselang sembilan minit kemudian, Khairan Eroza menambah derita pasukan tuan rumah dengan gol keempat yang sekaligus menjatuhkan mentaliti para pemain Pulau Pinang.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada The Red Warriors dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan jelas sekali tampak gembira dengan keputusan positif itu setelah mereka menjalani siri persahabatan dengan penuh mencabar sejak kebelakangan ini.


APA-APA PUN, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENEWASKAN HARIMAU KUMBANG DI GELANGGANG LAWAN..'BILO MASOK PADE..KITO GOMO SENGOTI!!..'

GO MORE! THE RED WARRIORS GO MORE!

Jumaat, 21 Januari 2011

Skuad Red Warriors Tidak Boleh Terlalu Yakin Dengan Kejayaan julang Piala Datuk Shahidan Kassim.



Walaupun skuad Red Warriors berjaya menjulang sekali lagi Piala Muhibah(Piala Datuk Shahidan Kassim) yang dimenangi pada musim lalu, tidak bermakna mereka boleh cepat lalai dan optimis dengan pencapaian mereka itu. Hal ini demikian kerana Red Warriors perlu sedar bahawa skuad Perlis yang ditundukkan dalam kejohanan itu bukanlah pasukan yang terlalu kuat. Skuad Perlis musim ini hampir 80% adalah muka baru serta masih belum mencapai tahap keserasian seratus peratus.

B.Sathianathan kini terus diberi tugas yang berat dalam mencari kesebelasan terbaik bagi menggalas cabaran dalam saingan Liga M yang akan bermula 29 Januari ini. Skuad TRW akan memulakan kempen itu dengan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam. Meskipun TRW sedar bahawa musuh tradisi mereka, Selangor juga kehilangan beberapa tonggak utama seperti Hamsani Ahmad dan Liew Kit Kong, Skuad Kijang Emas itu perlu berwaspada kerana dalam permainan,apa-apa sahaja boleh berlaku.

Skuad Kelantan kini dilihat masih belum sempurna kerana hampir 60% pemain yang berada dalam Skuad TRW musim ini ialah terdiri daripada muka-muka baru yang belum mampu membiasakan diri bersama Sang Red Warriors.


Apa yang pasti, pujian perlu diberikan kepada Tan Sri Annuar Musa,Presiden KAFA kerana telah berjaya mencari bakat-bakat muda untuk diasuh oleh Coach Sathia bagi membentuk karier pemain bolasepak yang bertaraf bintang.

Kerisauan pastinya tertumpu kepada 3 pemain kelantan yang kini sudah mula tersenarai dalam Skuad Harimau Malaya iaitu Khairul Fahmi Che Mat(Apex), Shahrul Idlan Talaha(Mat Yo) dan S.Chanturu. Hal ini demikian kerana mereka semua itu mungkin akan beraksi bersama Skuad Kebangsaan pada bila-bila masa sahaja. Ini pasti menggusarkan kelantan terutamanya seandainya mereka menempuhi pasukan-pasukan handalan dalam saingan Liga M nanti. Namun begitu, Skuad TRW tidak bolehlah terlalu bergantung kepada trio kebangsaan sahaja dalam memburu kejuaraan musim ini.


APA-APA PUN, TERUSKAN KECEMERLANGAN SANG JUARA,WIRA MERAH!
GO MORE THE RED WARRIORS GO MORE!

Khamis, 20 Januari 2011

Mampukah Barisan Red Warriors musim Ini Menyaingi Barisan 'Emas' Musim 2010?

[Skuad Red Warriors Musim 2011]....

Player Penting :
  • Shahrul Idlan Talaha
  • Badhri Radzi
  • Khairul Fahmi
  • dan beberapa player lagi...xconfirm ag..

Player Baru :
  • Wan Rohaimi
  • Aziz Ismail
  • Azwan Roya
  • Nickholas Chan
  • Danial Fadly
  • K.Soley
  • Khalid jamlus
  • dan beberapa ag..

KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN MUSIM LEPAS, MEMANG JAUH LA SERASI DAN KUAT TEAM MUSIM LALU... TAPI....AWASSS.....RED WARRIORS 2011 AKAN MENGAMUK UNTUK MEMBURU 'MANGSA' DALAM MISI MEMPEROLEH HABUANNYA(GELARAN JUARA)...



Player Penting 2010 :
  • Shahrul Idlan talaha
  • Indra Putra Mahayuddin
  • NorFarhan Muhammad
  • Azizi Matt Rose
  • Khairul Fahmi Che Mat
  • Akmal Rizal
  • Hairuddin Omar
  • Badhri Radzi

Yang pastinya jelas Musim 2010 lebih menampakkan 'Star Players' bagi skuad Red Warriors yang seterunya menjulang negeri Kelantan ke persada Arena Bolasepak Malaysia..

Thanks To :
Player musim lepas..
  • Akmal Rizal(Perak)
  • Hairuddin Omar(negeri Sembilan)
  • Indra Putra Mahayuddin(T-Team)
  • NorFarhan Muhammad(T-Team)
  • Azizi Matt Rose(T-Team)
  • Che Hishamuddin(Bersara)
  • Sharudy Aziz(digugurkan)

Kawe Doakan agar The Red Warriors dapat Piala jugak tahun nih..

Kelantan Mula Menemui Rentak Terbaik.


                    [Piala Datuk Shahidan Kassim dijulang oleh Tan Sri Annuar Musa bersama 'Piya'.]


GO MORE RED WARRIORS GO MORE! Itulah slogan Juara Piala Malaysia musim lalu bagi melalui ranjau Liga M 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi..Skuad Kelantan dilihat semakin menemui sentuhan berbisa serta keserasian setelah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan. Setelah tewas kepada Kedah tempoh hari, Red Warriors tampil garang apabila pasukan itu beraksi dalam sebuah kejohanan yang melibatkan dua negeri iaitu Negeri Perlis dan Negeri Kelantan sendiri. Kejohanan itu digelar sebagai Piala Datuk Shahidan Kassim(Piala Muhibah) yang sudah menjadi kebiasaannya diadakan pada setiap tahun. Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta perpaduan antara dua negeri tersebut. Kejohanan Piala Muhibah itu persis kejohanan yang dilakukan oleh Selangor bersama Singapura yang dikenali sebagai Piala Sultan Selangor yang juga diadakan pada tiap-tiap tahun. Yang pastinya, misi kejohanan itu adalah sama iaitu perpaduan.

Kejayaan mencatatkan kemenangan 2 gol tanpa balas membolehkan Red Warriors mendapat suntikan moral setelah mereka mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan pada siri persahabatan sebelum ini. Mengikut pemerhatian saya, persiapan skuad Kelantan sudah mencapai 84% dan berkemungkinan skuad ini mampu membuktikan bahawa Juara Piala Malaysia Edisi 2010 itu tidak gentar untuk memulakan kempen Liga M dengan tenang dan penuh semangat berkobar-kobar.

Kelantan dikuatkan dengan beberapa pemain kebangsaan yang menyertai Piala AFF Suzuki 2010 seperti Khairul fahmi Che Mat(Apex) dan Shahrul Idlan Talaha(Mat Yo). Selain itu, S.Chanturu juga kembali bersama skuad setelah baru pulih daripada kecederaan sebelum ini.

B.Sathianathan kini dalam proses memberi 'terapi' kepada semua pemain TRW dalam misi merebut Piala Sumbangsih daripada Selangor musim ini..Menrut beliau, kemenangan pada perlawanan itu nanti pasti akan menentukan sama ada mereka mampu pergi jauh atau sebaliknya.

Selasa, 18 Januari 2011

sedihnyo raso...(dialek kelate neh)

Sedih la kawe sero nga sep2 kelate hok ado lonih...ni sume garo-garo 3 player hok xkene budi gi kelab lain. Sebagai anok kelate,kawe meme sedih la tengok team negeri kawe sediri keno behe demmo..sume penyokong kelate meme arap sangat2 skuad hok sedio ado ni wak la mollek..Tan Sri Annuar Musa letih doh nok mikir ko TRW nih..nasib baik la rezeki tahun ni banyok sikit..Abe Ya(Sathianathan) pun mace sakit otok doh nok mikir ko taktik nok wak biar sep2 kelate ni kuat mace tahun lepas..Abe Ya meme buleh wak kalu bo nok jadi kuat tapi gak meme xsekko la indra ,pahan nga azizie tubik gitu jah..sapo xmaroh..kalu kawe ni presiden FAM, lamo doh kawe tindok..mano buleh make duit gitu jah..meme kace lupo kan kulit la..tapi nok wak ghano...dio mugo manusio jugok..kawe terpakso la pende jah perasae maroh nih..tapi xpo..biar la tuhe hok balas nyo..kawe malah nok cari baloh jah..kawe xse la ore kato anok kelate ni bagko jahat..kelate sebenarnyo bagko beraning...beraning sengoti lah..

kawe ambik keputuse doh..mulai esok(18 januari 2011)kawe nok tulis blog nih campur nga dialek kelate.....biar la ore negeri lain xpehe gak..hok pastinyo kawe benar2 banggo jadi anok kelate...negeri serambi mekah pulok tu..biar la sapo pun pege negeri,asal rakyat hidup bahagio jah..

kepado hok sokong kawe sebelum ni samo ado di fesbok atau blog nih,kawe ucapke timo kaseh banyok2 la..kawe wak blog ni pun atas dasar minat benar ko bola..jak kecik lagi neh..

Isnin, 17 Januari 2011

Red Warriors Perlukan Masa Untuk Mantap.


KEHILANGAN mengejut tiga tonggak utama pada musim lalu masih dirasai juara Piala Malaysia 2010, Kelantan walaupun saingan Liga Super hanya berbaki dua minggu lagi untuk bermula.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui perkara itu dengan menjelaskan jurulatih skuad itu, B Sathianathan masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian yang mantap di kalangan beberapa pemain muda bagi menggalas tugas pada musim ini.

Terbaru, skuad The Red Warriors itu tewas 1-0 kepada Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar pada aksi persahabatan Sabtu lalu selain beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan sebelum ini.

“Walaupun sudah ada peningkatan, kesan yang ditinggalkan tiga pemain iitu masih dirasai,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kedai peralatan sukan, Al Jabbar Sports Dot Com, petang semalam.

Kafa kehilangan tiga pemain iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose yang bertindak menyertai T-Team musim ini walaupun dilapor masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Warriors itu yang seterusnya membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Kami akan menghantar afidavit hari ini bersama asas aduan dan dokumen seperti yang diminta FAM. Saya juga difahamkan pemain turut diberi peluang sama untuk memberikan alasan dan keputusan akhir hanya akan diketahui 26 Januari ini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Status Pemain,” katanya.
Menurut Annuar lagi, tuntutan Kafa adalah kerana merasakan perpindahan tiga pemain itu tidak mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya mahu kelab, pemain dan pegawai mempunyai satu perasaan bertanggungjawab dan beretika terhadap peraturan sekiranya ingin memajukan bola sepak tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang juga timbalan presiden FAM.

Terdahulu Annuar menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada Al Jabbar Sports Dot Com untuk skuad The Red Warriors pada musim ini.

“Penajaan ini pastinya akan menyuntik semangat kami untuk terus mencapai kejayaan,” katanya yang turut menjelaskan penaja utama skuad itu akan diumumkan pada Ahad ini dengan nilainya mencecah RM2 juta.

Liverpool Masih Buntu.


LIVERPOOL - Kenny Dalg- lish masih gagal menjelmakan kemenangan pertama buat Liverpool apabila anak buahnya hanya mampu seri 2-2 dengan jiran setempat, Everton pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield semalam.
Walaupun mendahului hasil permainan meyakinkan di babak pertama menerusi jaringan Raul Meire- les pada minit ke-29, Liverpool tiba-tiba dikejutkan dengan kebangkitan mendadak Everton di babak kedua.
Dengan hanya memerlukan tidak sampai seminit sebaik permainan bersambung untuk menyamakan kedudukan menerusi Sylvian Distin pada minit ke-46, Everton terus mendapat semangat baru apabila memperoleh gol kedua menerusi Jermaine Beckford (52).
Gol tersebut membuatkan Liverpool tersentak seketika sebelum berjaya mengikat semula kedudukan hasil sepakan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-68.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Everton, Tim Howard mengasari Maxi Rodriguez di dalam kotak penalti.
Ini merupakan keputusan seri pertama buat Dalglish sejak mengambil alih jawatan sebagai pengendali dari- pada Roy Hogdson minggu lalu.
Sebelum ini, Liverpool di bawah 'King Kenny' tewas dua kali. Pertama tewas 0-1 kepada Manchester United dalam saingan ketiga Piala FA dan 1-2 ketika berkunjung ke Blackpool, Rabu lalu.
Sementara itu, jaringan penyamaan masa kecederaan Asamoah Gyan membantu Sunderland mengikat Newcastle 1-1.

Newcastle mendahului Sunderland pada pertemuan di Stadium of Light itu menerusi jaringan Kevin Nolan pada minit ke-52.
Begitupun, Gyan muncul penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan berpunca daripada kesi- lapan penjaga gol Newcastle, Steve Harper untuk mengikat kedudukan 1-1.
Dalam satu lagi perlawanan, Birmingham dan Aston Villa sekadar seri 1-1. - Agensi

Ahad, 16 Januari 2011

Dalglish Minta Pemain Bertenang.

(Pertembungan Liverpool-Everton sering menjadi tumpuan)

LIVERPOOL: Kenny Dalglish (gambar) meminta Liverpool menganggap pertembungan jiran setempat Merseyside hari ini sebagai satu perlawanan biasa ketika beliau bersedia untuk disambut secara penuh emosi di Anfield.
Dalglish kembali memegang teraju sebagai pengurus di Anfield berikutan pemergian Roy Hodgson minggu lalu, hampir 19 tahun selepas kali terakhir beliau mengendalikan Liverpool.

Kemunculan semulanya di Anfield adalah menentang pencabar setempat Everton dalam perlawanan sejiran Merseyside buat kali ke-215.

Selain kembalinya Dalglish dan kemegahan peminat tempatan, kedua-dua pasukan juga terdesak untuk mencatat kemenangan bagi mengelakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
 
(Dalglish terus tercari-cari rentak kemenangan Liverpool Musim ini)

The Reds menghuni tangga ke-13 dengan hanya 25 mata, empat mata di atas zon penyingkiran dan ia adalah statistik yang membimbangkan Dalglish.

“Kemenangan pada perlawanan jiran setempat ini akan memberikan mereka, penyokong Liverpool dan setiap orang satu kegembiraan, tapi hanya memberikan kami tiga mata,” katanya.

Sang penyu Inginkan Kejuaraan Musim Ini.

(Skuad Sang Penyu 2011)

APABILA Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sentiasa sibuk menguruskan hal ehwal negeri masih berminat untuk berbicara tentang bola sepak, maka ia harus dianggap sebagai permintaan besar yang harus disempurnakan oleh skuad Terengganu.

Isyarat itu bukan setakat untuk mencipta kemenangan, tetapi lebih daripada itu.
Bola sepak melibatkan maruah dan imej negeri, jadi kejuaraan perlu dikecapi.
Jika tidak, mana mungkin Ahmad berani menjanjikan habuan lumayan kepada pemain-pemain Terengganu yang dipertanggungjawabkan menggalas cabaran negeri dari Pantai Timur itu.

Memang benar, Ahmad sentiasa memantau perkembangan pasukan Terengganu dari sudut yang lebih serius.
Dia mahu pasukan itu tampil dengan komitmen serta disiplin yang tinggi kerana ia jaminan untuk meraih kejayaan.

Ahmad sedar bahawa tanpa elemen tersebut, kejayaan tidak mampu dicapai.
Persoalannya, mampukah harapan itu direalisasikan oleh pemain?
Secara matematiknya, sudah 10 tahun Terengganu melalui kemarau.

Ia bermakna, sudah hampir 10 tahun juga rakyat Terengganu kempunan untuk melihat sekurang-kurangnya satu piala di arak di seluruh pelosok negeri itu.
Kali terakhir pesta bola sepak berlaku di negeri Terengganu adalah pada tahun 2001.
Ketika itu, skuad generasi emas dibarisi Sapian Wahid, Wan Rohaimi Wan Ismail dan Rosdi Talib dijulang megah selepas menewaskan Perak 2-1 di pentas final Piala Malaysia.
Sejak detik itu, gendang terus dipalu dan sorakan kian bersatu di setiap sudut stadium.
Namun penyudahnya, sang penyu tetap layu.


(Ashaari Shamsuddin antara tonggak penting Sang Penyu)

Sayang, revolusi yang cuba dibawa sejak 2001 itu untuk melihat Terengganu sekali lagi bergelar juara tidak kesampaian.
Selangor, kuasa No. 1 bola sepak Malaysia masih mendominasi carta.
Kelantan pula sudah mula mencipta nama.
Kini, menjelang aksi pembuka tirai Liga Super 2010 pada 29 Januari ini, seluruh kudrat pemain-pemain Terengganu dikerah mengikut percaturan jurulatih penuh pengalaman, Irfan Bakti.

Misi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan misi Irfan sendiri adalah untuk merealisasikan impian Menteri Besar.
"Tidak kira apa berlaku, kita perlu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini," tegas Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.
"Saya tidak nampak satu pun kekurangan dalam pasukan ini kerana saya melihat semua pemain memiliki kredibiliti dan semangat untuk menang."

Bagi Irfan, agenda utamanya adalah untuk memburu piala Liga Super.
Baginya, prestij yang ada pada Liga Super begitu diimpikan oleh setiap jurulatih dan kejayaan memenangi saingan itu sudah cukup untuk membuktikan kekuatan yang ada pada skuad kendaliannya itu.
"Kalau boleh, kita mahu menang semuanya, tetapi kita perlu realisitik. Secara peribadi, saya begitu mengimpikan untuk memenangi gelaran Liga Super.

"Liga Super bukan setakat liga paling berprestij di negara ini, tetapi kejayaan muncul juara Liga Super merupakan satu kejayaan besar. Ia memerlukan konsistensi sepanjang musim dan memerlukan persiapan paling maksimum," jelasnya.

Tetapi uniknya, Irfan seperti tidak berminat untuk menyandarkan persiapan pasukan dengan hanya menumpukan kepada pemain bertaraf bintang sahaja.
Sebaliknya, bekas pengendali yang pernah menabur bakti bersama kelab Indonesia, Persipura Jayapura ini lebih suka menilai anak buahnya sebagai sebuah pasukan yang bergerak seiringan.
"Kita tidak perlukan pemain bintang kerana saya cukup yakin dengan kemampuan pemain yang ada. Ia telah dibuktikan apabila kami mampu menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu selain mara sehingga ke pusingan separuh akhir Piala FA," tambah Irfan.

Sebagai percaturan awal, Irfan telah mendapatkan khidmat sembilan pemain baru untuk saingan musim ini termasuk tiga bekas pemain T-Team iaitu Abdul Hadi Yahya, Ismail Faruqi Asharir dan Mohd. Shahril Sa'ari.
Turut dibawa masuk ialah bekas bintang tengah KL Plus kelahiran Sarawak, Reeshafiq Alwi dan dua pertahanan Pahang, Hasmizan Kamaroddin serta Nik Zul Aziz Nawawi.
"Semua pemain yang dibawa masuk musim ini adalah pemain-pemain yang saya rasa mampu memberi impak kepada pasukan," ujarnya.


(Kapten Terengganu,Marzuki Yusof merupakan pemain yang berpengalaman)

Malah katanya, kombinasi pemain muda dan lama seperti kapten pasukan, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Abdul Manaf Mamat dan bintang Harimau Malaya, Ashari Shamsudin merupakan kombinasi bijak yang mampu menghadirkan kejayaan.
"Jujur saya katakan bahawa ini adalah antara skuad terbaik pernah saya peroleh. Kami mempunyai penjaga gol berpengalaman seperti Sharbinee Alawee, Marzuki sebagai pertahanan kental, Ashari yang bijak mengawal permainan serta Manaf yang mempunyai penyudah kemas," tambah Irfan.

Wenger Terus Cari Pemain 'Tambahan'.

LONDON - Arsene Wenger (gambar) hanya berminat mendapatkan pemain untuk jangka masa pendek pada musim perpindahan pemain bulan ini.
Tindakan tersebut adalah sebagai langkah untuk mengatasi krisis kecederaan yang dialami The Gunners ketika ini khususnya di bahagian pertahanan.

Buruan utama pengurus Arsenal itu ialah Gary Cahill, namun pengurus Bolton, Owen Coyle menegaskan dia tidak akan melepaskan pemain tersebut.
Keputusan Coyle itu memaksa Arsenal untuk kembali semula kepada usaha mendapatkan pertahanan West Ham, Matthew Upson.


Wenger mengakui dia hanya mahu seorang pertahanan yang berkualiti dengan tawaran kontrak jangka masa pendek.
Ditanya sama ada dia perlu membeli pemain baru untuk menyelesaikan masalahnya, Wenger berkata: "Perancangan saya hanyalah untuk jangka masa pendek.
"Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi. Jika pemain kami terus berdepan dengan kecederaan, ia akan memberi banyak masalah kepada pasukan." - Agensi

Safee Ikut Selangor.


BIARPUN hatinya meronta-ronta untuk menimba pengalaman pada liga bola sepak luar negara, penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali akur sekiranya pengurusan Selangor terus berkeras tidak mahu melepaskannya.

Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu berkata, dia berkemungkinan memilih untuk terus beraksi dengan Selangor sehingga tamat kontrak pada akhir tahun ini.
“Sekiranya perundingan rasmi ketiga-tiga kelab Liga Indonesia dengan pengurusan Selangor yang sedang ber langsung sekarang menemui kegagalan, saya harus menghormati perjanjian yang telah dibuat dengan Selangor.


“Namun selepas itu, saya akan terus berusaha untuk mengintai peluang semula bermain di luar negara kerana ingin belajar sesuatu yang baru,” luah Mohd. Safee.
Mohd. Safee ditemui ketika dirai oleh lebih 3,000 penduduk sekitar Tapah dalam majlis khas sempena kepulangannya ke kampung halaman anjuran Persatuan Bola Sepak Batang Padang
di Stadium Mini Tapah semalam.

Tiga kelab Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 27 tahun itu ialah Persib Bandung, Balik Papan dan Pelita Jaya.
Dalam pada itu, Mohd. Safee meluahkan keinginan untuk menabur bakti bermain untuk skuad Perak sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Selepas menimba pengalaman di luar negara, saya berniat untuk menyarung jersi Perak, negeri saya dibesarkan dan mendapat pendedahan awal bola sepak,” katanya.
Pada majlis sama, dia menerima ganjaran RM10,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Perak berikutan kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Turut menerima insentif tersebut ialah pemain pertahanan negara, Sabre Mat Abu, 23, dan Fadhli Shas, 19, yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000 sementara jurulatih penjaga gol negara, Fauzi Mukhlas pula meraih RM3,000.

Bagaimanapun, Fadhli tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A.
Terdahulu, Mohd. Safee, Sabre dan Fauzi diarak dengan menaiki sebuah kereta antik model Triumph TR4 dengan diiringi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi sejauh kira-kira enam kilometer dari rumah ibu bapa Mohd. Safee di Temoh, Tapah.

Stadium The Red Warriors Kini Dibaiki.


HASRAT peminat ‘tegar’ The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti.

Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim.


“Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.
“Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pekerja-pekerja yang terlibat sedang bertungkus lumus melakukan proses penambahbaikan termasuk kerja menanam semula rumput bagi memastikan stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan melibatkan pasukan Kelantan pada 1 Februari ini.

Katanya, selain daripada padang, kerja-kerja membaik pulih serta penambahbaikan lampu limpah stadium sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan tahap cahaya lampu menepati spesifikasi yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Insya Allah, dengan peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Perbadanan Stadium, kerja-kerja menaik taraf lampu sudah diluluskan dan statusnya adalah perlu dilakukan dengan segera dan kerja-kerja sedang dijalankan.

“Cuma masalah melibatkan kabel memerlukan masa yang lebih panjang, mungkin dalam dua atau tiga minggu. Namun, apa yang penting kita akan pastikan pencahayaan stadium mencapai tahap minimum 800 lux seperti kehendak FAM dan kemudiannya pihak stadium akan memastikan ia akan lebih baik iaitu melebihi 1000 lux,” ujarnya.

Sabtu, 15 Januari 2011

Lampu Limpah Akan Dibaikpulih Hujung Bulan Ini- Abdul Fattah





KOTA BHARU – Masalah lampu limpah Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dijangka selesai tidak lama lagi apabila pihak Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) kini sedang giat berusaha menaiktaraf lampu limpah di stadium tersebut sebelum sepak mula perlawanan sulung Liga Malaysia pada 29 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.


“Kerja-kerja untuk memperbaiki keadaan permukaan padang juga sedang giat dijalankan selepas ianya  rosak teruk akibat musim tengkujuh yang melanda penghujung tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

“Kelmarin saya sudah memanggil pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan kerja-kerja menaiktaraf lampu limpah dapat disiapkan segera sebelum perlawanan liga bermula penghujung bulan ini.

“Mengenai masalah padang, semalam saya sudah tengok, petang ini (petang semalam) juga saya akan pergi tengok sekali lagi masalah padang dan sebagainya. Insya Allah, sekiranya kerja-kerja menaiktaraf masalah tersebut dapat diselesaikan sebelum hujung bulan ini, saya percaya kita dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak FAM,” katanya.

Dalam pemeriksaan awal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM pada 20 Disember lalu, Stadium Sultan Muhammed IV,tersenarai antara beberapa gelanggang pertandingan yang tidak mendapatkan kelulusan awal untuk digunakan dalam perlawanan Liga Malaysia musim ini setelah tahap pencahayaannya tidak mencapai tahap minima 800 lux seperti yang ditetapkan.

Sementara itu, Abdul Fatah turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mengadakan satu majlis khas bagi mengagihkan wang bonus kemenangan Piala Malaysia sebanyak RM200,000 kepada para pemain skuad Kelantan musim lalu.
“Kita baru menerima surat daripada pihak Kafa dan saya sendiri telah bercakap dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dan kita akan buat satu majlis keraian sebelum perlawanan pertama Liga Malaysia pada 29 Januari ini,” katanya.

“Kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk memberikan insentif kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) sebanyak RM100,000 diatas kejayaan menjulang Piala Emas Raja-Raja kali ke-13 baru-baru ini.

“Kita sentiasa menyokong penuh usaha persatuan-persatuan bola sepak mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negeri ini dan disebabkan itu kita bersetuju memberikan insentif ini,” katanya.

Indra,Farhan,Azizi Yakin Benam Kelantan.

KAMI MAMPU JINAKKAN KELANTAN..
SKUAD T-Team tidak gentar bertemu juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dalam kempen Piala FA musim ini apabila yakin menundukkan lawan di gelanggang sendiri pada 19 Februari ini.Keyakinan itu disuntik dengan kehadiran ramai pemain hebat yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia memperkuatkan skuad T-Team musim ini. Tiga pemain utama Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose sudah meninggalkan skuad Red Warriors itu untuk mengikat kontrak bersama T-Team.


Berdasarkan pengalaman dan strategi bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, T-Team benar-benar optimis untuk memastikan Kelantan sebagai mangsa amukan pertama mereka dalam kancah Piala FA. Hal ini demikian kerana 3 pemain yang baru menyertai T-Team ialah watak penting The Red Warriors musim lalu yang membawa Kelantan ke persada kejuaraan. Dengan memiliki pertahanan terbaik kelantan musim lalu, Azizi Matt Rose, T-Team dilihat mampu mengekang asakan Sang Kijang berdasarkan persembahan yang kurang memberangsangkan The Red Warriors dalam beberapa siri persahabatan.


Indra Putra Mahyuddin semestinya akan menjadi watak penting dalam merencana hantaran-hantaran yang berkualiti bagi memudahkan jentera serangan melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke kubu pihak lawan. Pakar Sepakan percuma itu juga akan menggunakan segala peluang seandainya beilau mendapat peluang untuk melakukan sepakan percuma terus.

Penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad mungkin ingin memastikan kariernya terus bersinar dalam kancah Liga M setelah berjaya beraksi cemerlang sepanjang bersama Red Warriors. Sebagai jentera serangan T-Team musim ini, Farhan semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi pada pertemuan menentang Kelantan pada pembukaan Piala FA.

Namun begitu, mampukah mereka membantu T-Team menjulang sebuah piala musim ini? Bersediakah tiga bekas tonggak utama Kelantan untuk berentap bagi memburu kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kancah Piala FA 2011?

KITA TUNGGU DAN LIHAT......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...