Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Isnin, 28 Februari 2011

K.Soley Semakin Matang Beraksi Bersama The Red Warriors.


K.Soley kini semakin cemerlang beraksi sepanjang perjalanan fasa pertama Liga Super. Kelincahan beliau kini kembali menjadi gerun pihak lawan dan disegani kawan-kawan. Solehin yang mengikat kontrak dengan Kelantan pada akhir tahun lalu jelas sekali tidak berasa gentar mahupun malu sewaktu menyarung jersi Kelantan.

Penghormatan diberi oleh KAFA terhadap beliau dengan nombor 10 yang ditinggalkan oleh NorFarhan Muhammad kini telah disarung oleh Solehin. Ini bermakna beliau perlu terus mempamerkan aksi terpuji terutama pada aksi penting selasa ini.

Kelibat Solehin dalam kesebelasan utama Kelantan sememangnya mampu memberi impak yang besar seperti mana yang dipamerkan semasa menentang Selangor pada aksi Piala Sumbangsih januari lalu.

Pada aksi menentang Negeri Sembilan selasa ini jelas sekali memerlukan pemain berkualiti tinggi seperti beliau dalam misi pasukan mencari gol yang lebih awal serta selesa The Red Warriors.

Ahad, 27 Februari 2011

Serangan The Red Warriors Mula Hilang Sengat?


Pelbagai khabar angin mula kedengaran apabila prestasi Kelantan mula goyah setelah sebelum ini mereka menampilkan aksi yang cukup gah sehingga mampu menjulang Piala Sumbangsih ke Kota Bharu buat kali pertama dalam sejarah.

Perlawanan pada jumaat lalu jelas agak mengecewakan para peminat TRW apabila pasukan kesayangan mereka gagal membawa pulang tiga mata penuh dari Alor Setar.

Yang agak menyedihkan ialah kapten  TRW, Piya terlepas tiga peluang keemasan apabila beliau gagal menyudahkan kesempatan itu untuk diterjemah kepada gol.

Oleh itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa kapten TRW mempunyai masalah dengan penyerang utama TRW, NorShahrul Idlan Talaha. Menurut khabar angin itu lagi, kedua-dua pemain itu mempunyai salah faham antara satu sama lain.

Adakah khabar angin itu benar? entah la...apa-apa pun,hanya mereka berdua sahaja yang tahu kesahihannya..

SEP KITO JANGE PECOH!! GOMO KELATE GOMO!!

Jumaat, 18 Februari 2011

M.Karathu Punya Strategi Tersendiri -Piala FA 18/2

Setelah membawa Kelantan selaku juara Piala Sumbangsih 2011, Datuk M.Karathu kini dalam misi memastikan Kelantan mampu mencabar kejuaraan Piala FA musim ini. Kejayaan beliau mencatur formasi menyaksikan Kelantan kini berada di Kemuncak Takhta Liga Super dengan 10 mata daripada 4 perlawanan.

Menyedari rekod pertemuan musim lalu berpihak kepada Red Warriors dengan mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat lawan musim lalu, M.Karathu tidak mahu para pemain cepat mendabik dada dan memandang mudah kepada pihak lawan. Dengan memiliki 3 bekas tonggak Kelantan, M.Karathu percaya T-Team akan bermain habis-habisan di gelanggang sendiri bagi memastikan rekod musim lalu terpadam.

M.Karathu pastinya mempunyai satu taktikal yang lebih sesuai setelah sebelum ini menyaksikan The Red Warriors cekap sekali mempamerkan aksi corak permainan 'Total Football'. Corak itulah yang turut memerangkap The Red Giants di Shah Alam. Dengan mempunyai beberapa pemain muda yang berbakat besar sudah pasti M.Karathu tidak mempunyai alasan untuk mencari ramuan terbaik untuk dipersembahkan pada malam 18 februari ini.

Keserasian M.Karathu dengan para pemain benar-benar luar biasa kerana kedatangan beliau pada masa yang singkat mampu memantapkan TRW. Sokongan bekas jurulatih Kelantan, B.Sathianathan juga turut membantu M.Karathu untuk memperkasakan Skuad Kijang Emas...


GOMO KELATE GOMO!!!PIALO FA KITO PUNYO!!

Penyokong Red Warriors dijangka memenuhi Stadium Lawan-Piala FA 18/2.

Menjelang aksi pembukaan Piala FA Malaysia 2011, Kelantan kini perlu berdepan T-Team bagi meneruskan aksi yang seterusnya. Bermain di Terengganu sememangnya menampakkan kelebihan kepada T-Team yang terdiri daripada beberapa pemain bertaraf bintang.

Namun, jumlah penyokong merupakan perkara penting andai sesebuah pasukan inginkan kemenangan. Ini kerana sokongan mereka bakal memberi tonik tambahan kepada para pemain yang bermain di atas padang dengan gigih.

Kelantan dilihat punya kelebihan tersendiri apabila bakal menghadirkan lebih kurang 15,000 orang penyokong bagi memberi sokongan kepada TRW. Jumlah ini agak sedikit kerana kapasiti stadium Terengganu yang agak terhad dan pihak pengurusan tidak mahu perkara yang buruk terjadi.

Seandainya kemenangan berpihak kepada TRW, pastinya pemburuan Piala FA musim ini akan lebih lancar setelah Kelantan berjaya merampas Piala Sumbangsih daripada Selangor musim ini.

Para penyokong akan mempertingkatkan disiplin masing-masing tapi pihak penyokong lawan diharap tidak melontarkan sebarang provokasi terhadap penyokong kelantan sehingga mencetuskan pergaduhan.



GOMO KELATE GOMO!! THE RED WARRIORS HEBAT SOKMO!! KITO GOMO SENGOTI!!

Khamis, 17 Februari 2011

Kelantan Bersedia Berdepan Tiga tonggak Kelantan musim 2010 pada Piala FA.

Kami perlu menang!! Itulah laungan semangat yang kini disematkan pada setiap wira merah agar mereka mampu menumbangkan Kelab Terengganu,T-Team pada 18 Februari ini..

Dengan mencatatkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2011 sepanjang 4 perlawanan, Kelantan optimis untuk mencatatkan satu lagi rentak kemenangan selepas aksi terakhir mereka yang menyaksikan mereka menang 2-0 semasa menerima kunjungan Kuala lumpur di Kota Bharu.

Dengan mengamalkan corak permainan 'Total Football' seperti Barcelona dan Arsenal, Kelantan diharap mampu menambahkan duka T-Team yang sebelum ini dipalit dengan kekalahan serta seri dalam perlawanan Liga Super.

Tumpuan perlawanan ini pastinya terarah kepada 3 bekas tonggak utama TRW, Indra Putra mahyuddin, Azizi Matt Rose dan NorFarhan Muhammad apabila mereka menyarung jersi putih-hitam pada malam 18 februari ini.

Liga Super Sepi Tanpa RTM..RTM 'pembakar semangat' TRW.

Kemeriahan Liga Malaysia bermula suram musim ini apabila RTM tidak lagi menyiarkan perlawanan Liga malaysia secara langsung seperti mana yang sering diadakan sejak beberapa tahun lalu. Tiada lagi suara emas daripada Hafizal Hamad yang sebelum ni sering dikenali ramai dengan trademark "Terima kasih 3x" apabila ke udara serta muncul di kaca TV.

Selain itu, suara pengulas terbaik malaysia,Datuk Hasbullah Awang juga tidak lagi kedengaran sepanjang 4 perlawanan Liga Super yang berlangsung. Mungkinkah era kemeriahan bolasepak Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya?

Kini siaran LIVE hanya tedapat di siaran syarikat penyiaran swasta berbayar, ASTRO 801 ARENA. Ini hanya memberi kelebihan kepada pelanggan ASTRO. Bagi golongan yang tidak mampu melanggan ASTRO, mereka terpaksa berputih mata kerana mereka tidak lagi mampu menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di kaca TV..

Fikir-fikirkan lah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...