Memaparkan catatan dengan label Liga Super Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liga Super Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 6 April 2013

The Red Warriors perlu atasi Sarawak


Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menuntut anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Sarawak menjelang pertemuan pusingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. 

Pengendali berusia 41 tahun dari Croatia itu berkata, mengikut prestasi semasa, The Red Warriors (TRW) ada kelebihan terutama apabila beraksi di tempat sendiri. 
“Mungkin orang menganggap kami akan menang mudah dalam perlawanan ini, namun kami tetap berwaspada dengan cabaran Sarawak esok (malam ini). 


Piya yakin menang besar 

“Saya harap semua pemain dapat mengekalkan prestasi semasa kerana perlu menang dengan jumlah jaringan besar sebagai bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua nanti. Mengikut rekod di tempat sendiri dan prestasi semasa, ternyata kami ada kelebihan,” katanya di Kota Bharu, semalam. 

Sementara itu, kapten TRW, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkata dia optimis pasukan mampu merakamkan kemenangan besar selepas apa disajikan dia dan rakan sepasukan ketika membelasah kelab Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam saingan Piala AFC, Selasa lalu. 

“Status pasukan Liga Super dan Liga Perdana tidak boleh dijadikan sandaran dalam perlawanan ini. Kami perlu menang untuk terus layak ke pusingan seterusnya dan mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu,” katanya

Selasa, 7 Februari 2012

Liga Super Malaysia 2012 : 8 Februari 2012



 
KUALA LUMPUR VS KEDAH FA
Stadium KLFA, Kuala Lumpur.
4.45 petang



TERENGGANU VS PKNS FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu.
4.45 petang



SABAH FA VS KELANTAN FA
Stadium Likas, Kota Kinabalu.
8.15 malam



SELANGOR VS SINGAPORE LIONSXII
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
8.45 malam



NEGERI SEMBILAN VS T-TEAM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8.45 malam



PERAK FA VS SARAWAK FA
Stadium Ipoh, Perak.
8.45 malam



JOHOR FC VS FELDA UNITED
Stadium J-Corp Pasir Gudang, Johor Bahru.
8.45 malam

Jumaat, 3 Jun 2011

Pertarungan Tiga pasukan Elit Liga Super 2011


*Kelantan kehilangan Apex, Subra, Farisham dan Zairul pada aksi bertemu Terengganu 6 jun ini.
*Terengganu pula bakal kehilangan perancang utama, Ashaari Shamsuddin pada aksi bertemu Kelantan.
*Selangor dilihat punya kelebihan memandangkan mereka hanya perlu melepasi tiga pasukan yang dianggap mudah musim ini.
*Pertembungan Terengganu-Kelantan dianggap perlawanan Pra-Final Piala FA ..

Ahad, 29 Mei 2011

Baki Saingan Liga Super 2011(Kelantan)




LIGA SUPER 2011
===========
Pusingan Kedua  08:45 Harimau Muda A-2: 2- Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan -1 : 2- T.Team
Pusingan Kedua  08:45 Felda United 1- : 3- Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan - 1: 0- Pahang
Pusingan Kedua  08:45 Terengganu - : - Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Sabah - : - Kelantan
Pusingan Kedua  08:45 Kelantan - : - Perak

6 Jun : Penentu Kelantan Atau Terengganu Sebagai Juara LSM 2011

PERSAINGAN TIGA PENJURU SEMAKIN RANCAK
TERENGGANU-KELANTAN-SELANGOR

Saingan tiga penjuru dalam kancah Liga Super musim 2011 kembali sengit apabila Kelantan dan Selangor berjaya mengumpul tiga mata di halaman sendiri pada aksi semalam untuk memberi cabaran kepada Terengganu.

Terengganu dilihat antara pasukan pilihan menjuarai
Liga Super musim ini selain Kelantan dan Selangor.

Terengganu yang sebelum ini gah dengan kemenangan 5-0 keatas Pahang terpaksa menelan kepahitan apabila mereka dikejutkan oleh Kedah dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan pemain pelawat, Baddrol Bakhtiar pada minit ke42 perlawanan. Lebih malang lagi, Terengganu dipaksa turun ke tangga kedua Liga Super setelah Kelantan kembali mencatatkan kemenangan pada perlawanan mereka di Kota Bharu. Ternyata kemenangan 1-0 sudah memadai buat anak didik Datuk M.Karathu untuk terus memimpin Liga Super.

Ini sekaligus menyaksikan pertabalan Juara Liga Super 2011 masih terbuka dan pastinya tanggal 6 Jun bakal menjadi penentu selaku Juara Liga 'bayangan' buat Terengganu dan Kelantan yang masih berbaki 2 perlawanan selepas itu. Namun begitu, kelebihan dilihat milik Terengganu memandangkan mereka bakal menemui T-Team pada perlawanan selepas itu. Sebagai pasukan abang, Terengganu pastinya bakal diberi jalan mudah oleh T-Team untuk mengumpul tiga mata berharga sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Super 2011.

Kelantan perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada
jika The Red Warriors ingin berhajat untuk menjulang Piala Liga Super
musim ini ke Kota Bharu.

Bagi Kelantan, ranjau yang berliku bakal dihadapi memandangkan mereka bakal berdepan Perak(di Kota Bharu) dan Sabah(di Likas) pada perlawanan terakhir mereka. Kelantan mengakui bahawa mereka perlu menang dalam aksi 6 Jun ini seterusnya memberikan sedikit gimik untuk pentas Final Piala FA pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, dengan tertewasnya Terengganu di tangan Kedah sebenarnya  memberi dorongan kepada Kelantan untuk mencontohi tahap disiplin pemain Kedah sewaktu berdepan dengan Sang Penyu di Kuala Terengganu nanti.

Jika Kelantan dan Terengganu tersilap langkah,
Selangor pasti akan merampas status Juara Liga
musim ini.

Selain Terengganu dan Kelantan yang dilihat ghairah berebut-rebut kedudukan selaku pendahulu Liga Super, Juara bertahan, Selangor juga kini semakin menghambat kedudukan dua gergasi pantai timur itu. Kemenangan 2-0 keatas Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan anak didik K.Devan masih mempunyai harapan cerah untuk mencabar kejuaraan musim ini dengan mereka hanya dibezakan dua mata dengan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, jika Kelantan dan Terengganu leka dalam perlawanan terakhir mereka, tidak mustahil Selangor akan menjadi 'duri dalam daging' dan sekaligus memutih matakan dua pasukan gergasi pantai timur itu.  Ini  kerana Selangor hanya bakal berdepan dengan lawan mudah pada aksi terakhir mereka iaitu Felda United, Perlis dan Perak. 

SEMOGA KELANTAN MENJADI JUARA LIGA SUPER MUSIM INI...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

Sabtu, 28 Mei 2011

Kelantan Kembali Di Puncak Liga Super

EDISI  LIGA SUPER 28 APRIL 2011


KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2011


  • Kelantan kembali ke tangga pertama Liga setelah mencatatkan kemenangan tipis 1-0 keatas Pahang menerusi jaringan tunggal kapten pasukan, Badri Radzi pada minit ke-8.
  • Kedah mengejutkan Terengganu di tempat lawan apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol tunggal perlawanan pada  minit ke-42 untuk kemenangan tipis 1-0.
  • Selangor kembali menghidupkan peluang untuk bersaing merebut gelaran Juara Liga Super 2011 apabila The Red Giants menang selesa 2-0 keatas Negeri Sembilan di Shah Alam.
  • Perak pula mencatat kemenangan 2-0 keatas T-Team untuk memastikan skuad Seladang terus berada di tangga keempat terbaik Liga Super.

Sabtu, 21 Mei 2011

The Red Warriors Perlu Menang 5 Drpd 6 Last Match


"Kelantan perlu menang 5 daripada 6 game jika kita nak jadi champion musim ini."
Datuk M.Karathu mahu pemain Kelantan kekalkan prestasi terbaik
mereka sehingga akhir musim dan seterusnya menjulang pasukan
Kelantan sebagai pasukan sang Juara musim 2011.

Itulah kata terakhir Datuk M.Karathu pada malam jumaat lalu yang menyaksikan anak didiknya kembali merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super daripada Selangor. Ternyata Kemenangan 3-1 The Red Warriors di Kuala Lumpur tempoh hari melonjak pasukan itu di tangga pertama dengan kelebihan satu mata mengatasi Selangor.

kredit picture to: J photography

Meskipun keletihan setelah all out dalam aksi separuh akhir Piala FA dengan Selangor sebelum ini, Datuk M. Karathu tetap memuji persembahan para pemain Kelantan yang tidak berhenti-henti melakukan asakan ke kubu Felda United. Menurutnya, beberapa pemain Kelantan sudah mula mempunyai confident level yang cukup baik dan pasti memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan sewaktu bertemu dengan pasukan yang baru promoted seperti Felda United.

Para pemain Kelantan perlu bekerja keras dalam baki enam
perlawanan terakhir Liga Super jika inginkan kejuaraan musim ini.

Dengan Liga Super musim 2011 hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi, Kelantan dilihat mempunyai peluang dan ruang untuk bergelar Juara Liga Super buat julung kalinya sejak hampir 40 tahun dalam arena bolasepak Malaysia.

Tiga aksi yang berlangsung di gelanggang lawan ialah :
Kelantan menentang Harimau Muda A  22 Mei 2011
Kelantan menentang Terengganu   25 Mei 2011
Kelantan menentang Sabah    5 Julai 2011

Tiga aksi yang berlangsung di Kota Bharu :
Kelantan menentang Pahang   14 Jun 2011
Kelantan menentang T-Team   21 Jun 2011
Kelantan menentang Perak      30 Julai 2011


Selasa, 10 Mei 2011

Prebiu Liga Super 2011 : Edisi Derbyside Kijang-Rusa

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
10 Mei 2011



Perlawanan ke 19 Liga Super 2011 kali ini bakal menemukan dua musuh tradisi yang sebelum ini mempunyai sejarah yang tersendiri sepertimana yang sedia maklum.. Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan penting pada malam ini apabila skuad Jang itu akan dikunjungi Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan yang turun dengan misi mempertahankan posisi selaku pencabar utama kejuaraan Liga Super musim ini.


Kelebihan Negeri Sembilan
  • Negeri Sembilan mempunyai tonggak berpengalaman seperti Syukor Adan dan Aidil Zafuan di bahagian pertahanan.
  • Percaturan dan kebijaksanaan Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah pastinya cukup ditagih seperti mereka menundukkan Perak 3-1 di Paroi sebelum ini.
  • Rata-rata pemain kesebelasan utama Negeri Sembilan terdiri daripada golongan muda : Shahurain Abu Samah, Halim Zainal dan Fakri Sharani.

Shahurain dan Halim antara pemain muda Negeri
Sembilan yang perlu diberi perhatian yang serius oleh
barisan pertahanan The Red Warriors malam ini.

Kelemahan Negeri Sembilan
  • Barisan pertahanan terlalu bergantung kepada Aidil Zafuan setiap kali diasak pihak lawan.
  • Barisan perancang tengah sedikit pincang kerana kekurangan pemain tengah berkaliber setelah Rizal Zambri Yahya berhijrah ke Johor FC.
  • Jentera serangan Negeri Sembilan terlalu mengharapkan pemain veteran, Hairuddin Omar menjaringkan gol.

Ketajaman penyudah bekas tonggak Kelantan,
Hairuddin Omar bakal diuji pada pertembungan
penuh dramatik di Stadium SAR Paroi malam ini.


Kelebihan Kelantan
  • Mempunyai beberapa pemain yang lariannya cukup pantas seperti S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
  • Kebangkitan prestasi kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi dilihat mampu memberi kekuatan di bahagian tengah Kelantan.
  • Khairul Fahmi Che Mat masih cemerlang mengawal gawang Kelantan sepanjang 5 perlawanan terakhir sebelum ini.
  • Khalid Jamlus mula menemui sentuhan terbaiknya musim ini.

Kelemahan Kelantan
  • Barisan pertahanan Kelantan yang diketuai Rizal Fahmi Rosid dilihat agak goyah terutama sekali semasa Kelantan beraksi di tempat lawan.
  • Kelantan terlalu mengharapkan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha untuk memecah kebuntuan pasukan.
  • Penyerang kadangkala terlalu gopoh untuk menyudahkan peluang yang terhidang di depan gol.

Norshahrul Idlan Talahan pasti
akan dikawal ketat oleh barisan
pertahanan Negeri Sembilan malam ini.


Rekod Pertemuan Negeri Sembilan dengan Kelantan (2009-2011)

7 April 2009      -> Kelantan 0-1 Negeri Sembilan
18 April 2009    -> Negeri Sembilan 1-2 Kelantan
2 Mei 2009       -> Negeri Sembilan 2-0 Kelantan
7 November 2009 ->Kelantan 1-3 Negeri Sembilan
17 April 2010    ->Negeri Sembilan 1-3 Kelantan
6 Julai 2010      ->Kelantan 1-0 Negeri Sembilan
14 September 2010-> Kelantan 0-1 Negeri Sembilan
3 Oktober 2010  -> Negeri Sembilan 2-2 Kelantan
30 Oktober 2010->Kelantan 2-1 Negeri Sembilan
1 Mac 2011       -> Kelantan 3-0 Negeri Sembilan


STATISTIK NEGERI SEMBILAN DAN KELANTAN

KELANTAN F.A ...> 5 Kali MENANG (3 di Kota Bharu, 2 di Paroi)

NEGERI SEMBILAN F.A ...> 4 Kali MENANG (3 di Kota Bharu, 1 di Paroi)

keputusan seri : 1 Kali (di Paroi)
jumlah pertemuan : 10 Kali ( 5 di Kota Bharu, 5 di Paroi)


................................................................................................

Siapakah Bakal Memenangi pertembungan derbyside kali ke-11 ini? Negeri Sembilan atau Kelantan?


Mampukah Kelantan merakamkan kemenangan ke-6 daripada 11 pertemuan? Hanya pemain di atas padang yang akan menentukan sama ada Kelantan ingin membawa tiga mata penuh atau sebaliknya....



Perlawanan NEGERI SEMBILAN dengan KELANTAN disiarkan secara LIVE di Astro Arena 801 pada malam ini....

Gomo Kelate Gomo!

Sabtu, 7 Mei 2011

Khalid, Chanturu Muncul Wira Red Warriors Benam Kedah


kredit picture to: J Photography
Khalid Jamlus dan S. Chanturu telah buktikan keupayaan
sebenar mereka di padang setelah masing-masing meledak
gol untuk membantu Kelantan menang 2-0 keatas Kedah.


Khalid Jamlus dan S. Chanturu yang sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong kerana prestasinya yang kurang memuaskan kini sudah mampu menarik nafas lega. Jaringan dua pemain hitam manis itu sekaligus menutup segala tohmahan yang sebelum ini dilemparkan terhadap beliau berdua.




kredit picture to : J Photography
Inilah barisan kesebelasan utama Kelantan yang diturunkan pada aksi malam tadi

Perlawanan antara Kelantan dengan Kedah sememangnya sering berlangsung dengan penuh dramatik dan memberi impak bukan sahaja kepada pemain di padang malah turut memberi debaran kepada para peminat bolasepak tanahair. Pertemuan kali ke-10 untuk dua Gergasi Bolasepak Malaysia itu pastinya bakal menentukan halatuju masing-masing sama ada mereka terus cemerlang ataupun sebaliknya.




kredit picture to : J photography
Skuad kesebelasan Kedah juga menunjukkan prestasi yang cukup
membanggakan di samping mereka kerap kali mencemaskan
kubu pertahanan Kelantan yang diterajui Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan The Red Warriors keatas Kedah malam tadi memastikan Kelantan masih lagi gah dengan mencatatkan rekod kemenangan enam kali berturut-turut sejak akhir ini. Jaringan gol melalui sumbangan pemain kontroversi, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke58 dan satu gol daripada S. Chanturu pada minit ke75 sudah cukup untuk memberi jaminan kepada Kelantan berada di persada Liga Super Malaysia setakat ini.


Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dengan Kedah sejak tahun 2009 :

29/9/09 >>Kelantan 1-0 Kedah
10/10/09 >>Kedah 1-0 Kelantan
19/1/10 >>Kelantan 0-1 Kedah
16/2/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
20/2/10 >>Kelantan 1-1 Kedah
25/5/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
20/10/10 >>Kedah 0-0 Kelantan
23/10/10 >>Kelantan 1-0 Kedah
25/2/11 >>Kedah 1-1 Kelantan
6/5/11 >>Kelantan 2-0 Kedah

Sepanjang 10 pertemuan antara kedua-dua pasukan, Kelantan kini dilihat semakin mendominasi rekod kemenangan dengan mencatat tiga kemenangan iaitu ketiga-tiga kemenangan dicatat di Kota Bharu manakala Kedah pula hanya mencatat dua kemenangan hasil satu kemenangan di Alor Setar dan satu di Kota Bharu. Lima lagi baki perlawanan menyaksikan Kelantan dan Kedah hanya mampu mencatatkan keputusan seri baik di Kota Bharu mahupun di Alor Setar.


kredit picture to: J Photography
Khalid Jamlus masih mempunyai ketajaman penyudah
yang tiada bandingannya pada usianya.


Namun kemenangan Kelantan kali ini lebih manis apabila Mohd Khalid Jamlus dipilih selaku pemain terbaik perlawanan. Pemain yang sudah dimamah usia itu sememangnya mempamerkan aksi sebenar seperti mana yang ditunjukkan pada musim 2009.
kredit picture to: Userun photography
Khalid Jamlus menjaringkan gol pertamanya musim ini dengan penuh gaya tersendiri

Bagi S. Chanturu, gol sumbangan beliau malam tadi bakal dijadikan sebagai azimat untuk terus meledak seperti rakan sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha yang kini menempah nama selaku penjaring terbanyak Liga Super.
kredit picture to: Userun photography
Kepantasan Chanturu melarikan bola ke kubu pihak lawan
merupakan antara kelebihan yang dimiliki Kelantan musim ini.


Kejayaan memungut tiga mata penting pada malam tadi ternyata bakal membakar semangat para pemain untuk bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 10 mei ini. Dengan kerjasama ASTRO ARENA, perlawanan Negeri Sembilan dengan Kelantan bakal disiarkan secara langsung pada 10 Mei 2011 pukul 8.45 malam di saluran 801.

Rabu, 27 April 2011

The Red Warriors Sapu Bersih Perlawanan 'El Clasico'

Kredit picture to: [Userun Useoff]
Janringan Norshahrul Idlan sudah cukup untuk memberikan
tiga mata berharga buat anak didik Datuk M. Karathu semalam.
 
Dramatik dan menarik! Itulah yang mampu diperkatakan tentang aksi semalam yang menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia, Kelantan dan Selangor.
 
kredit picture to:[Userun Useoff]
Inilah kesebelasan The Red Warriors pada perlawanan 'el clasico' yang
menyaksikan Kelantan lebih bernasib baik
 
Jelas sekali Kelantan lebih bernasib baik apabila berjaya menewaskan The Red Giants dengan kemenangan tipis 1-0. Ini bermakna The Red Warriors menyapu bersih pertemuan 'El Clasico' mereka dalam saingan Liga Super musim ini.
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Selangor juga menurunkan barisan kesebelasan yang cukup terbaik
yang menyaksikan mereka menurunkan kapten skuad kebangsaan,
Mohd Syafiq Rahim di samping Mohd Amri Yahyah
 
Ini kemenangan keempat The Red Warriors terhadap Selangor selepas kedua-dua pasukan sudah bertemu 11 kali.

kredit picture to: [Userun Useoff]
Pertemuan Kelantan-Selangor antara pertemuan yang cukup
lagenda dan penuh dengan kelas klasiknya yang tersendiri
dalam arena bolasepak Malaysia

Sebelum itu, sekalung tahniah diucapkan kepada puluhan ribu penyokong The Red Warriors kerana berjaya mengelakkan diri daripada membeli tiket daripada 'ulat tiket' yang dilihat cukup aktif semalam.. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyokong Selangor FA yang terdiri daripada Ultras yang sudi bertandang ke Kota Bharu..
Berbalik kepada aksi semalam, ternyata kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad keV memberi semangat baru kepada para pemain selain para penyokong juga turut bangga dengan kesudian baginda mencemar duli.
 
Kredit picture to: [Userun Useoff]
Nombor jersi yang dipakai Al-Sultan Kelantan membawa tuah
apabila Kelantan memperoleh jaringan pada minit ke5 perlawanan
 
 Berbekalkan sorakan padu kira-kira 30,000 penyokong setia The Red Warriors dan kehadiran Al Sultan Kelantan, Pahlawan Merah dilihat cukup tenang dan berjaya menyerap asakan pasukan pelawat yang diketuai kapten berpengalaman, Mohd Amri Yahyah.

Perlawanan malam tadi menyaksikan perlawanan peribadi antara dua kapten, Badri Radzi dan Amri Yahyah yang berkesudahan kapten pasukan tuan rumah lebih menyerlah berbanding kapten selangor itu
 
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kelibat dua kapten ini sememang memberi impak besar dalam
permainan yang penuh dramatik malam tadi.
Ternyata kapten The Red Warriors dilihat lebih cemerlang berbanding Amri Yahyah apabila Badri Radzi bijak melakukan hantaran tepat kepada penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha sebelum pemain itu mudah melakukan tandukan yang cantik untuk menewaskan penjaga gol The Red Giants, Saiful Amar Sudar pada minit ke4.
 
Kredit picture to: [userun useoff]
Gandingan kemas Danial Fadly dan S. Chanturu sering kali memaksa
pemain Selangor turun bertahan di kawasan sendiri
 
Berdasarkan statistik perlawanan, jelas sekali The Red Warriors lebih menguasai bola dan kerap mencipta peluang terbaik menerusi penggempur utama, Norshahrul Idlan Talaha.
 
Selangor yang diberi suntikan semangat oleh kira-kira 30 orang Ultras Selangor dilihat cuba memecah kebuntuan menerusi Kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah namun dinafikan kemas oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan.
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kehadiran penyokong Selangor ternyata menyerikan lagi
suasana perlawanan
 
Badri Radzi antara watak penting dalam menggerakkan serangan Kelantan namun, sayangnya apabila pergerakan beliau kerap 'dikunci' oleh pertahanan Selangor, Razman Roslan.
 
Kelantan bernasib baik apabila cubaan Amri Yahyah berjaya dinafikan tiang gol pada permulaan babak kedua.

 
Beberapa pertukaran pemain dilakukan pada babak kedua dengan menyaksikan Kelantan menurunkan Khalid Jamlus, Nizad Ayub,Khairan Ezuan Razali dan Izuan Solahuddin bagi mengimbangi perlawanan yang dilihat semakin memuncak dengan serangan bertali arus The Red Giants.

Selangor mempunyai beberapa peluang keemasan apabila mereka memperoleh banyak sepakan percuma namun, pengambil sepakan tersebut cukup mengecewakan para penyokong setia Selangor.
 
Kini Kelantan terus menghimpit Selangor dan Terengganu yang kini berada di tangga pertama dan kedua. Tahniah kepada Semua penyokong Red Warriors dan Selangor kerana memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan masing-masing.
 
Kredit picture to: Kelantan The Red Warriors 2011
Penyokong Kelantan dan selangor sebenarnya tidak
bersama asalkan mereka saling hormat-menghormati
antara satu sama lain
 
Semangat perpaduan yang cukup tinggi semalam antara penyokong Kelantan dan Selangor memang patut dicontohi kerana janganlah kerana bolasepak, kita berpecah belah..
 

kredit picture to: [userun useoff]
Penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar tertewas setelah
tandukan cantik Norshahrul Idlan gagal diselamatkan beliau.



Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...