Khamis, 31 Mac 2011

Boss Kelantan Punya Strategi Tersendiri.


KOTA BHARU- Boss Kelantan, Datuk M. Karathu kini sudah mempunyai taktikal yang terbaik dalam memastikan The Red Warriors terus melaungkan cabaran kepada pasukan-pasukan lain dalam kancah Liga Super yang akan bermula dengan Kelantan melayan kunjungan Harimau Muda A di Kota Bharu.

Menyedari anak didik Kim Swee akan turun beraksi dengan beberapa pemain yang berpengalaman terutama dalam aksi kelayakan sukan Olimpik, anak buah Datuk MK pastinya perlu lebih berhati-hati kerana jika tersilap langkah, segala kemungkinan akanberlaku.

Datuk MK jelas sekali sedar bahawa Kelantan mengalami krisis di bahagian benteng pertahanan sejak akhir ini. Ini dapat dilihat kerana sebelum ini Kelantan tewas 2-0 kepada pahang dan seri 2-2 dengan Felda United. Namun begitu,peningkatan mula dilihat pada pada perlawanan terakhir yang mana pemain pertahanan mula lebih fokus dan waspada dengan gerak geri pihak lawan.

Datuk MK sememangnya mengharapkan kemenangan di samping mendapat sokongan daripada Kapten pasukan, Piya. Menurut Datuk MK, kejayaan pasukan The Red Warriors musim ini adalah hasil keserasian para pemain dan sokongan hebat daripada majoriti 30,000 penyokong The Red Warriors yang sanggup hadir memberi sokongan walaupun kadang kala terpaksa berhujan.

Untuk aksi menentang Harimau Muda A, Datuk MK tidak menolak kemungkinan untuk menukar formasi sebelum ini kepada formasi 4-5-1. Perubahan taktikal bergantung sepenuhnya kepada keadaan pemain sama ada mereka boleh turun beraksi atau terpaksa rehat kerana mengalami kecederaan.

S.Chanturu dan Azwan Roya bakal menjadi antara 'meriam' The Red Warriors dalam memastikan Kelantan tidak ketandusan peluang untuk mencipta gol. Kecemerlangan Azwan Roya akhir-akhir ini sememangnya perlu diberi perhatian oleh pihak lawan andainya mereka tidak ingin menggigit jari.

Rizal Fahmi Rozid pula pastinya tidak sabar untuk beraksi kerana sebelum ini beliau mendapat pujian daripada jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal setelah mempamerkan persembahan yang terbaik sepanjang aksi Liga Super dan Piala FA musim ini.

Gandingan Berbahaya The Red Warriors Diperlukan Semula.


KOTA BHARU-Kelantan pastinya amat mengharapkan keserasian gandingan muda yang selama ini telah banyak membantu skuad The Red Warriors dalam beberapa perlawanan. Matyo seringkali mengatur serangan bersama rakan baiknya Ramzul dan Nizad untuk memperdayakan kubu pertahanan pihak lawan.

Kematangan yang mula dipamerkan oleh Nizad dalam beberapa perlawanan Liga dan Piala FA perlu diberi pujian oleh para penyokong TRW. Hal ini demikian kerana beliau kerap kali diberi peluang untuk beraksi bersama skuad Trw berbanding musim-musim lalu. Kepercayaan yang diberikan oleh Datuk M.Karathu jelas sekali memberi satu keyakinan kepada Nizad untuk berada pada prestasi yang sebenar. Nizad menjaringkan 1 gol pada aksi terakhirnya iaitu sewaktu menewaskan Felda United dalam aksi Piala FA Suku Akhir.

Seandainya diberi peluang, Nizad pastinya akan menggegarkan jaring lawan pada aksi menentang Harimau Muda A nanti. Semestinya gandingan Nizad ,Ramzul dan Matyo kini mendapat pujian semua pihak.

Kecederaan yang dialami Ramzul pula langsung tidak menjejaskan semangat beliau untuk terus berjuang memastikan Kelantan berada pada posisi terbaik. Persefahaman yang baik sebelum ini mula menampakkan hasil dan pastinya para penyokong amat menagih aksi daripada beliau.

Matyo pula mula mendapat perhatian semua pemain pertahanan lawan setelah kerap kali menjadi peledak di samping mencipta banyak peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol. Aksi cemerlang pada perlawanan terakhir iaitu Piala FA sewaktu menentang Felda United akan dijadikan panduan sebagai kayu pengukur kejayaan bagi menentang Harimau Muda A nanti.

Rabu, 30 Mac 2011

Admin Untuk FANATIK BOLA THE RED WARRIORS Kini Diperlukan!

WEBSITE 'FANATIK BOLA THE RED WARRIORS' KINI SEDANG MENCARI PENGGANTI BARU UNTUK MENGENDALIKAN WEB ITU.SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI ADMIN LAMAN WEB 'FANATIK BOLA THE RED WARRIORS' PERLULAH MENEPATI BEBERAPA SYARAT YANG DITETAPKAN..

SYARAT-SYARATNYA IALAH :
1. CALON MESTI MEMPUNYAI KEMAHIRAN DALAM MENGENDALIKAN BLOG.

2. CALON MAMPU MENGEMASKINI BLOG SETIAP HARI

3. CALON DAPAT MEMBUAT ULASAN YANG TERBAIK TERUTAMA SEKALI PADA PERLAWANAN YANG PENTING SEPERTI PIALA FA DAN PIALA MALAYSIA.

4. CALON MESTILAH SPORTING.

5.CALON MESTILAH MEMPUNYAI AKAUN FACEBOOK SENDIRI UNTUK MEMUDAHKAN INTERAKSI BERSAMA FANS BOLASEPAK.



TARIKH PENYERTAAN AKAN TAMAT PADA 7 APRIL 2011
SEBARANG BANTUAN BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN SAYA DI FACEBOOK DENGAN KATA KUNCI "PENYOKONG FANATIK KIJANG EMAS"


SEMOGA ANDA BERJAYA!

SILA HANTARKAN BUTIRAN ANDA SEPERTI NAMA, NAMA FACEBOOK KE EMAIL SAYA UNTUK PERTIMBANGAN PEMILIHAN SEBAGAI ADMIN WEB YANG BARU IAITU KE :
penyokongfanatikkijangemas@gmail.com

T.Q

Azwan Roya Makin Mengancam!


KOTA BHARU- Azwan Roya kini semakin digeruni lawan setelah beliau kerap kali menjadi duri dalam daging pihak lawan setiap kali diberi peluang untuk beliau beraksi. Anak Kelahiran Tok Bali ini kini setanding dengan kehebatan NorShahrul IdlanTalaha kerana kedua-dua pemain ini mempunyai rembatan yang agak kencang sehingga menyukarkan pihak lawan untuk bertahan.

Gandingan Azwan bersama Matyo dilihat semakin serasi dalam beberapa perlawanan terakhir terutama sekali sewaktu aksi Separuh Akhir Piala FA. Beliau meledak 1 gol sewaktu Kelantan mengalahkan Felda United 3-0 dalam aksi timbal balik kedua Piala FA.

Meskipun selesa berada dalam kesebelasa utama The Red Warriors, Azwan kadangkala agak agak terkilan kerana beliau masih belum 'dilamar'oleh jurulatih skuad kebangsaan, K.Rajagobal. Azwan sememangnya sangat teringin untuk memakai jersi 'Harimau Malaya' yang kini sudah dipakai oleh Apex,Matyo,Chanturu dan Rizal Fahmi. Melihat rakan baiknya yang juga pertahanan The Red Warriors, Rizal Fahmi dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan, Azwan semakin yakin bahawa peluang untuknya menjadi pemain skuad kebangsaan akan tercapai.

Perkara yang lebih penting pada ketika ini ialah beliau perlu membantu rakan-rakan bagi memastikan 3 mata penuh mampu dimiliki pada aksi jumaat ini. Beliau pastinya akan menggunakan segala kelebihan yang ada pada dirinya bagi memastikan The Red Warriors terus melaungkan cabaran kepada pihak lawan.

Menentang Harimau Muda A Ujian Sebenar Khairul Fahmi.


KOTA BHARU- Mampukah Khairul Fahmi mengekalkan prestasi cemerlangnya sewaktu membantu skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan lalu di Singapura? Itulah persoalan yang kini timbul dalam fikiran para peminat bola sepak khusunya di Negeri Kelantan.

Aksi terakhir Liga Super menyaksikan beliau telah memboloskan 2 gol iaitu semasa pertemuan derby pantai timur dengan Pahang di Darul Makmur. Apex sememangnya kecewa pada aksi tersebut kerana gagal membantu TRW membawa pulang 3 mata ke Kota Bharu. Namun begitu, barisan pertahanan sepatutnya dipersalahkan kerana gagal melindungi Apex yang kerap kali diasak oleh pihak lawan.

Jumaat ini pastinya bakal teruji kewibawaan penjaga gol muda kebangsaan sama ada beliau mampu menyerap asakan lawan atau sebaliknya. Yang pastinya K.Rajagobal pasti akan menghadirkan diri pada aksi tersebut untuk melihat sejauhmanakah persembahan penjaga gol kebangsaan dan aksi pemain muda kendalian Kim Swee.

Berbalik kepada Apex, Apex pastinya masih segar dengan kejayaan membawa Kelantan mara ke Separuh Akhir Piala FA setelah menewaskan Felda United 3-0 pada aksi timbal balik kedua.

Kelantan Perlu Terus Bangkit.


KOTA BHARU- Para pemain The Red Warriors perlu bangkit segera andainya ingin menjulang trofi Liga Super 2011 ke Negeri Kelantan. Hal ini demikian kerana mereka berkedudukan agak baik dalam liga pada ketika ini. Sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pasti lawan yang kuat seperti Selangor dan Perak mampu memintas Kelantan yang hanya mempunyai kelebihan jaringan.

Kekalahan kepada pahang pada aksi terakhir liga menyaksikan Kelantan agak leka sehingga memberi peluang kepada lawan meledakkan 2 gol tanpa balas. Segala kelemahan perlu diperbaiki segera seandainya ingin mengutip 3 mata penuh pada aksi Jumaat ini sewaktu melayan kunjungan Harimau Muda A ke Kota Bharu.

Rekod pertemuan jelas sekali berpihak kepada Harimau Muda A memandangkan mereka telah mengalahkan The Red Warriors pada aksi persahabatan disember lalu dengan kemenangan 4-1 di Kuala Lumpur. Kelantan terutamanya di bahagian serangan perlu lebih fokus kepada mencetak gol pasukan Harimau Muda A iaitu Izaq Farris Ramlan dan Wan Zaharul Nizam.

Di posisi serangan Kelantan pula, Matyo dan Azwan Roya perlu lebih 'liar' serta kerap berlegar di kawasan kotak penalti lawan andainya ingin mendapatkan gol. Tanggungjawab mengatur serangan pastinya terletak sepenuhnya di bahu Badri Radzi yang juga selaku Kapten pasukan Kelantan di samping mendapat bantuan Solehin dan Shakir.

Posisi Penjaga gol dilihat agak kurang membimbangkan memandangkan Apex sudah semakin yakin setelah beliau kerap kali membantu skuad kebangsaan dalam aksi penting. Namun begitu, sekiranya tiada bantuan daripada Rizal Fahmi dan Farisham, Apex pastinya akan lebih panik sepertimana yang telah berlaku di Darul makmur tempoh hari..


GOMO KELATE GOMO!! HARAP MENANG SOKMO!!

Aksi Kelantan Akan Disiarkan LIVE Sebanyak Tiga Perlawanan Lagi.

Jumaat, 4 Mac 2011

Piala FA 2011: AKSI SUKU AKHIR.

Johor FC Mula Merasai Bahang Kebangkitan Red Warriors- Piala FA

TEKANAN kian terasa buat jurulatih Johor FC, Azuan Zain yang berdepan tugas rumit menentang Kelantan pada saingan Piala FA pusingan kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.
Tekanan sememangnya tidak mampu diketepikan bekas pertahanan Johor itu apatah lagi selepas dipalit dengan kekalahan memalukan ketika tumpas 3-0 pada saingan Liga Super sekali gus menggambarkan betapa skuad bergelar Lebah tampak masih lesu.

Azuan juga perlu memikirkan strategi ampuh untuk melayan kunjungan skuad bergelar ‘The Red Warriors’ yang turut menyimpan misi layak ke suku akhir selain mahu mengekalkan rekod tanpa kalah.

“Saya mungkin perlu melupakan khidmat dua tonggak, Shahrizal Saad dan Eddy Helmi Manan yang cedera ketika pertembungan menentang Terengganu, baru-baru ini selain posisi penjaga gol juga akan ditukar.

“Mohd Anis Faron mungkin direhatkan dan penjaga gol kedua, Mohd Fazli Paat disenarai dalam kesebelasan tapi saya perlu berbincang dengan jurulatih penjaga gol, Yusri Abdul Aziz sebelum membuat keputusan.

“Benteng pertahanan juga akan dirombak selepas Mat Saiful Mohamad turut cedera dan Abdul Rahman Zabul bakal mengisi kekosongan benteng tengah bergandingan bersama Mohd Hamzani Omar,” katanya.

Bagi mengukuhkan posisi tengah yang nyata longlai tanpa kehadiran Mohd Khairul Ismail yang belum pulih dari kecederaan, Azuan menaruh sandaran Azizan Baba bergandingan bersama kapten Rezal Zambery Yahya.

Kegagalan barisan serangan menterjemah setiap percubaan dengan jaringan turut merunsingkan Azuan yang berharap pemainnya lebih komited dan tidak melepaskan peluang terhidang untuk memastikan kemenangan memihak Johor FC.

“Tidak timbul masalah pada barisan serangan tetapi pemain seakan malu menjaringkan gol menjadi punca Johor FC gagal mencipta jaringan dan saya harap perkara itu tidak lagi berulang dalam pertembungan kalah mati malam esok (malam ini),” kata Azuan.

Red Warriors Tidak Rela Berputih Mata - Piala FA




AKSI konsisten yang dipamerkan anak-anak buah Datuk M. Karathu dalam setiap perlawanan menghadirkan bayangan bahawa Kelantan tampak bersedia untuk mencabar gelaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kredibiliti Kelantan selaku pendahulu Liga Super pastinya mahu diteruskan oleh barisan pemainnya apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang bertemu Johor FC pada perlawanan pusingan kedua Piala FA malam ini.

Berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga ke-12 dalam carta liga serta berdasarkan aksi semasa, The Red Warriors dijangka tidak berdepan laluan sukar untuk menjinakkan Johor FC seperti yang dilakukan pada perlawanan liga Februari lalu.


Beraksi dalam saingan kalah mati ini, kedua-dua pasukan baik Kelan- tan mahupun Johor FC, tidak boleh mendabik dada mengatakan pasukan mereka mampu melangkah mudah ke pusingan seterusnya.
Jika formasi di atas kertas menjadi ukuran, ia tampak memihak kepada Kelantan.

Namun, dari segi matematiknya cukup mudah, pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh, maka pasukan tersebut akan dinobatkan sebagai pemenang seterusnya mara ke peringkat suku akhir.

Begitupun, kemampuan anak didik Azuan Zain perlu diberikan perhatian, kemampuan mengikat juara bertahan Liga Super Selangor dan Felda United serta mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri tidak boleh dipandang enteng oleh Kelantan.


Meskipun dibelasah teruk oleh Terengganu 3-0 pada perlawanan Selasa lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Lebah pasti akan turun bermati-matian untuk memusnahkan impian Kelantan mara ke pusi- ngan seterusnya.

Seandainya menang pada perlawanan malam ini, ia merupakan tonik buat skuad bimbingan Azuan untuk melakar lebih banyak keja- yaan selepas ini.

Bagi Karathu, perlawanan malam ini cukup penting buat pasu- kannya jika mahu layak ke pusi- ngan suku akhir.

Meskipun turun tanpa kelibat penyerang lincah, Muhammad Ram- zul Zahini Adenan yang mengalami kecederaan ketika membenam Negeri Sembilan Selasa lalu, beliau berkata, ketiadaan pemain itu tidak merencatkan perancangannya untuk mengharungi perlawanan malam ini.

“Kita bermain seperti biasa, mungkin dengan formasi 4-5-1 dengan Norshahrul Idlan (Talaha) seperti biasa diberi tugas sebagai penggempur. Danial Fadzly (Abdullah) dan S. Chanturu pula berperanan sebagai pembantunya.

“Saya tidak memandang mudah pertemuan dengan Johor FC malam ini.
“Perlawanan ini berbeza sama sekali dengan perlawanan liga, kita berada dalam situasi kalah mati dan pemain harus bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal sekira- nya berlanjutan ke masa tambahan ataupun penentuan sepakan penalti,” katanya.

Tambahnya, apa yang penting, pemain harus memberi sepenuh perhatian sepanjang perlawanan itu kelak.
“Sudah pasti kita akan lebih berhati-hati kerana Johor FC tidak mahu kecundang lagi setelah mereka tewas 0-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super baru-baru ini.

“Kita ke Johor Bahru dengan satu matlamat iaitu mencipta kemenangan. Sekiranya pemain membawa karakter iaitu bermain untuk menang serta mempunyai kekuatan mental ke arah tersebut, saya percaya pasukan kita mampu melangkah ke pusingan suku akhir,” ujarnya.

Taktikal Bertemu Johor FC??

..UNDIAN PIALA FA 2011..

RAMALAN RED WARRIORS --PIALA FA 2011

pICTURE KREDIT TO :http://kelatefc.blogspot.com

MARI PAKAT GOMO JOHOR FC PULOK DEH..


PERLAWANAN PUSINGAN KE2 DENGAN FORMAT BARU 2011 BAKAL MENYAKSIKAN PASUKAN HARUS BERAKSI SECARA BERMATI-MATIAN DALAM MENERUSKAN KEMARAAN KE PUSINGAN SETERUSNYA IAITU PUSINGAN PERTAMA DAN PUSINGAN KEDUA AKAN DIADAKAN SECARATIDAK TIMBAL BALIK.

ROAD TO SECOND ROUND FOR TRW IN FA CUP 2011 :
*KELANTAN MENANG MELALUI PENENTUAN SEPAKAN PENALTI (6-5)
SETELAH TERIKAT 1-1 PADA WAKTU 120 MINIT.
*KINI KELANTAN SEKALI LAGI PERLU BERTANDANG DI TEMPAT LAWAN(JOHOR FC)

DOAKAN SEMOGA RED WARRIORS BERJAYA!!
AMINN....

Liga Malaysia 2011: Kedudukan Terbaru Liga SUPER..

Khamis, 3 Mac 2011

Gol Terbaik The Red Warriors Setakat Ini.[video kredit toMzdin]

s

Menjelang Piala FA Pusingan Ke-2 Red Warriors.

SAMA-SAMA KITA BERIKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN THE RED WARRIORS YANG AKANBERTANDANG KE JOHOR BAGI MENERUSKAN SAINGAN DALAM KANCAH PIALAFA MUSIM 2011. MUSIM 2010 HANYA MENYAKSIKAN KELANTAN MARA SEHINGGA PUSINGAN SUKU AKHIR SETELAH DISINGKIRKAN OLEH MUSUH TRADISI,KEDAH DENGAN AGREGAT 1-1 NAMUN KEDAH LAYAK DENGAN KELEBIHAN JARINGAN DI TEMPAT LAWAN.

NAMUN PIALA FA TAHUN INI SEMESTINYA AGAK BERLAINAN DENGAN MUSIM LALU APABILA THE RED WARRIORS MUSIM 2011DIBARISI OLEH BEBERAPA MUKA BARU SEPERTI AZWAN ROYA, WAN ROHAIMI, DANIAL DAN BEBERAPA TONGGAK LAIN.

SELEPAS KELANTAN MASIH SEGAR DENGAN KEMENANGAN KE ATAS NEGERI SEMBILAN 3-0 PADA PERLAWANAN KEENAM LIGA SUPER,THE RED WARRIORS DIJANGKA MAMPU MELEPASI HALANGAN JOHOR FC.

PARA PENYOKONG DIHARAP MAMPUMEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA TRW..

KELANTAN bangga Tumbangkan 'REAL MADRID' Malaysia Di Laman Sendiri.

KOTA BHARU - Kejayaan Red Warriors menumbangkan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf bintang, Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin, menggembirakan ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.

Karathu memuji barisan pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan dan menunjukkan disiplin tinggi, terutama barisan pertahanan sehingga berjaya mematahkan setiap serangan lawan.

Menurutnya, Kelantan kini mempunyai sasaran lebih jelas, iaitu mahu terus mencipta kemenangan untuk kekal selesa di puncak liga.

"Kita dapat lihat pemain berjaya melakukannya pada perlawanan malam tadi (kelmarin).
"Sasaran kami untuk meningkat pada setiap perlawanan dan menjadi pasukan yang sangat kompetitif. Biarpun pasukan Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain berkaliber namun, kita berjaya melakukannya dengan baik.

"Pujian juga harus diberikan kepada kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang cukup disiplin. Mereka bekerja dan terus bekerja selain bantuan yang diberikan oleh pemain lain dalam mengekang asakan pasukan lawan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bekas jurulatih Perak itu mengakui aksi pantas pada separuh masa pertama, memberi tekanan kepada barisan pemainnya selepas kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Menyedari tekanan tersebut, beliau membuat percaturan berani dengan menggunakan khidmat dua pemain lincah iaitu Nurul Azuwan Roya dan S. Chanturu, untuk mencipta gerakan ke kubu lawan.

"Separuh masa pertama, kita cuba bawa masuk bola melalui kawasan tengah dan itu menyebabkan kita kerap kehilangan bola kerana Negeri Sembilan memiliki pemain yang cukup baik, kemudian kita menyerang menggunakan pemain sayap dan nampaknya ia berhasil," ujarnya.

KELANTAN Kuasa Baru Bolasepak Malaysia Era Baru.

KELANTAN berada pada kelas tersendiri apabila membenam cabaran Negeri Sembilan 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Apa yang nyata, ia adalah suatu yang cukup sempurna untuk diraikan seluruh kem Kelantan ketika pencabar utama, Perak hanya sekadar berkongsi mata selepas mencatat keputusan seri dengan Harimau Muda A sekali gus membolehkan The Red Warriors mendahului kedudukan liga dengan kelebihan dua mata.

Skuad yang dibimbing jurulatih Datuk M. Karathu itu bingkas daripada aksi hambar pada babak pertama perlawanan dengan mempamerkan permainan yang cukup bertenaga sehingga memaksa bahagian pertahanan Negeri Sembilan terpaksa bekerja keras.

Menurut Karathu, keyakinan anak-anak buahnya berada pada tahap yang cukup baik selepas keluar daripada bilik persalinan untuk aksi babak kedua selain komitmen serta disiplin yang ditunjukkan terutama di benteng pertahanan.

"Apabila pemain tidak meragui keyakinan yang ada pada mereka, sasaran akan menjadi jelas. Nyata mereka (pemain) mahukan kemenangan dan itu yang dilakukan pada perlawanan malam tadi (kelmarin).
"Sasaran kami adalah untuk sentiasa menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan.

"Kami mahu menjadi pasukan yang kompetitif dan sentiasa bersedia memberi saingan," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, babak pertama perlawanan menyaksikan Kelantan dan Negeri Sembilan bergilir-gilir melakukan serangan menyebabkan keseluruhan permainan yang dipamerkan agak pantas sehingga menyebabkan tekanan terhadap pemain agak tinggi.

Jelasnya, separuh masa kedua beliau menukar sedikit taktikal pasukan dengan menggunakan Nurul Azuan Roya dan S Chanturu yang berada di bahagian sayap untuk melancarkan gerakan.

"Separuh masa pertama kita cuba bawa masuk bola melalui kawasan tengah dan itu menyebabkan kita kerap kehilangan bola kerana Negeri Sembilan memiliki pemain yang cukup baik. Kemudian kita menyerang menggunakan pemain sayap dan perubahan tersebut berhasil.

"Pujian juga harus saya berikan kepada kesemua pemain terutama di bahagian pertahanan yang cukup kental mengekang asakan lawan. Semua pemain telah memainkan peranan dengan baik," katanya.

Red Warriors Terus Diperkasa Secara ARMY.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus maju selangkah ke hadapan dengan menubuhkan Akademi Red Warriors Al-Hambra (ARMY) dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan bola sepak di negeri tersebut.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, akademi tersebut akan diuruskan oleh bekas ketua jurulatih The Red Warriors musim lalu, B. Sathianathan yang akan bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) ARMY.Menurut beliau, buat permulaan Sathianathan ditugaskan untuk menyediakan perancangan bagi mewujudkan satu akademi bola sepak yang baik.

"Bulan ini, kita akan menyiapkan satu manual yang merupakan kurikulum kepada akademi tersebut. Manual ini akan di cetak dan bukukan, kerana kita mahu semua jurulatih mesti mengikut kurikulum yang jelas seperti ditetapkan oleh pihak akademi.

"Kita tidak mahu jurulatih mengikut kepandaian masing-masing. Jadi, tugas pertama Sathianathan ialah untuk menyiapkan modul, keduanya memilih jurulatih daripada kalangan bekas-bekas pemain Kelantan dan kita mahukan seramai 12 orang untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci kereta Proton Inspira kepada CEO ARMY, B. Sathianathan di The Red Warriors Station, Kota Bharu semalam.

Annuar memberitahu untuk permulaan seramai 240 peserta akan diambil menyertai akademi tersebut dan mereka akan bermula selewat-lewatnya sebelum April depan.

Katanya, sebanyak enam pusat latihan akan dibuka di seluruh Kelantan iaitu di Tumpat-Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang-Kuala Krai dan dua di Kota Bharu.

"Kesemua peserta akan dikenakan syarat-syarat kemasukan tertentu dan kita sedang menyediakan apakah bentuk kriteria serta undang-undang untuk peserta di enam akademi tersebut.

"Selepas sesi latihan dijalankan kita akan bentuk 12 pasukan iaitu enam di peringkat umur 12 dan 13 manakala enam lagi di peringkat 15 dan 16 tahun. Setiap pasukan akan didedahkan dalam satu kejohanan sesama mereka bagi menguji kebolehan masing-masing," ujarnya.

Tambahnya, peserta akademi tersebut akan diberikan latihan merangkumi aspek teknikal, kecergasan dan sebagainya mengikut garis panduan dan kurikulum sebenar permaianan bola sepak.

Rabu, 2 Mac 2011

MAT YO TERUS 'MENGGANAS' MUSIM INI..



Mat Yo atau nama penuhnya NorShahrul Idlan Talaha telah menemui sentuhan jaringan 'magiknya' sehingga meletakkan dirinya kini selaku penjaring gol terbanyak setakat 6 perlawanan Liga Super dengan jumlah jaringan 6 gol.
Nama : NorShahrul Idlan Talaha
Nickname : Matyo
Posisi : Penyerang
Kejayaan Terkini : Juara Bolasepak Sukan SEA Laos 2009 [Malaysia]
                             Naib Juara Liga Super 2010  [Kelantan]
                             Juara Piala Malaysia 2010     [Kelantan]
                             Juara Piala AFF Suzuki 2010 [Malaysia]
                             Juara Piala Sumbangsih 2011 [Kelantan]
Kejayaan mengumpul jaringan sedemikian turut dibantu oleh kemenangan perlawanan semalam sewatu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan dengan 3 gol tanpa balas. Mat Yo menyumbangkan 2 gol melalui 2 gol yang cukup bergaya sehingga menewaskan penjaga gol kedua skuad Kebangsaan, Farizal Marlias yang kini beraksi bersama skuad Jang.


Musim lalu mat yo merupakan Pemain Paling Bernilai(MVP)Kebangsaan serta Penyerang Terbaik Kebangsaan selaras dengan kejayaan beliau menjulang Kelantan musim lalu selaku Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia.


Musim 2011 pula diceriakan dengan kejayaan matyo menjulang Kelantan selaku Juara Piala Sumbangsih buat pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan serta beliau menjadi kunci kepada kekalahan Selangor pada perlawanan itu. Sebelum ini, Kelantan tidak pernah mampu menewaskan Selangor di Shah Alam.

KEBANGKITAN The Red Warriors!! RUSA mangsa AWAL?

PERLAWANAN LIGA SUPER KE ENAM(1 MAC 2011)
                                        KELANTAN            3---------0           NEGERI SEMBILAN

Kelantan akhirnya boleh menarik nafas lega buat seketika apabila TRW berjaya membelasah Juara Piala FA tahun lalu, Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Kejayaan ini mengukuhkan Kelantan di tangga pertama Liga Super setelah mengharungi 6 perlawanan.

Stadium Sultan Muhammad ke4 dipenuhi oleh kira-kira 30,000 penyokong setia The Red Warriors dengan berlatarbelakangkan warna merah sehingga lautan merah itu 'menenggelamkan' para pemain Negeri Sembilan di atas padang. Jelas sekali sokongan para penyokong Kelantan sangat memberangsangkan sehingga ada yang sanggup duduk berlantaikan rumput.

Babak pertama berlangsung dengan cukup sengit dan jelas sekali pasukan Negeri Sembilan terlebih dahulu melakukan gerakan menyerang sehingga sering kali mencemaskan barisan pertahanan The Red Warriors yang diketuai oleh S.Subramaniam. Kelincahan Hairuddin Omar kerap kali berjaya memperdaya barisan pertahanan TRW namun pemain TRW bertindak cepat menutup ruang.

Kapten The Red Warriors agak kurang menjadi pada babak pertama apabila beliau kerap kali melakukan kesilapan semasa menghantar bola kepada rakan. Norshahrul dan ramzul pula agak berhati-hati pada babak pertama setelah kerap kali berada dalam kedudukan offside.

Penguasaan bola pada masa pertama jelas sekali menjadi milik negeri sembilan dengan beberapa aksi berbahaya di depan pintu gol Kelantan yang sering memaksa penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan badan.

Namun, separuh masa kedua mengubah segalanya apabila S.Chanturu meledak gol pertama tuan rumah dengan satu tandukan cantik setelah menerima umpanan daripada rakan. Gol itu menaikkan semangat pemain dan penyokong The Red Warriors yang sebelum ini agak tertekan dengan aksi hambar separuh masa pertama.

Beberapa pemain Negeri Sembilan pula dicemari dengan kad kuning serta beberapa insiden kekasaran.
Kelantan terpaksa mengeluarkan ramzul dan memasukkan Khalid jamlus untuk meneruskan asakan.

Pada minit ke67, Norshahrul muncul wira apabila meledak gol kedua The Red Warriors dengan melakukan satu rembatan yang mudah terus menerjah jaring Negeri Sembilan yang dikawal oleh Farizal Marlias.

Kemudian, Kelantan melakukan pertukaran dengan memasukkan danial fadly untuk menggantikan Azwan Roya.

Jelas sekali percaturan melalai pertukaran pemain berhasil menambahkan jaringan gol The Red Warriors.
Selepas itu, pada minit ke78, Norshahrul sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol ketiga Kelantan serta gol keenam peribadinya musim ini. Gol kedua Mat Yo dalam perlawanan ini jelas sekali mendapat pujian hebat daripada ribuan penyokong setia TRW.

Akhirnya pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dan Kelantan berjaya mengekalkan rekod kebal di gelanggang sendiri..

TAHNIAH TRW!!SYABAS KAFA DAN PARA PENYOKONG!!

Kelantan Gembira..Negeri Sembilan Berduka..


Terdapat sebahagian sahaja video yang sempat dirakam kerana 3 video jaringan gol-gol tidak dapat dibuka kerana masalah format aplikasi..harap maaf.. semoga video-video yang ada ini mampu memberi anda kepuasan dan merasai kehangatan malam pertemuan Kelantan dengan Negeri Sembilan..

video yang selanjutnya.....saya upload kemudian...

Selasa, 1 Mac 2011

Liga Super 2011 :Jom Penuhi Stadium Keramat Sang Pahlawan Merah Malam Ini..


Marilah sama-sama kita memeriahkan malam ini dengan menghadirkan diri ke Stadium Sultan Mohammad ke4 bagi memberi sokongan padu kepada pasukan sama ada penyokong Kelantan mahupun penyokong Negeri Sembilan.

Yang pastinya permainan yang menarik perlu disajikan oleh 22 orang pemain di atas padang agar penyokong yang hadir tidak berasa bosan dan bertindak pulang dengan hampa.

Tiket perlawanan pada malam ini sudah hampir habis dijual kepada para penyokong sejak pagi tadi. Diharap para penyokong yang tidak berkesempatan memasuki Stadium tidak berasa terkilan dan bertindak diluar batasan.

Dikhabarkan lebih kurang 15 orang penyokong Negeri Sembilan bakal menghadirkan diri bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka. Ini satu perkara yang positif kerana sebelum ini agak jarang sekali penyokong dari luar ingin ke Kota Bharu.

Tiket yang dikeluarkan pada perlawanan ini dilaporkan hanya berjumlah 22,000 keping tiket sahaja. Oleh itu, siapa cepat, dia la dapat..

GOMO KELATE GOMO!!!KITO GOMO NAGORI!!

Apex Kawal Di Gawang Kelantan, Piya Kawal Di Gawang Negeri Sembilan.


Tugas penting bakal digalas oleh para pemain The Red Warriors menjelang perlawanan hidup dan mati pasukan dalam misi untuk mengekalkan dominasi di persada Liga Super.

Penjaga gol Kelantan bakal menjadi individu yang paling sibuk malam ini bagi mematahkan serangan Skuad hobin jang hobin yang bakal diketuai oleh Zaquan Adha Abdul Razak. Pastinya Negeri Sembilan tidak mahu hanya pulang dengan tangan kosong setelah 3 perlawanan terakhir menyaksikan mereka hanya memperoleh satu kemenangan dan dua tewas.

Kejayaan Apex mempertahankan gawangnya daripada dibocori musim ini menjadikan beliau antara penjaga gol kebangsaan yang paling menyerlah pada musim ini. Namun begitu, beliau tidak mahu mendabik dada sebaliknya beliau akan cuba kekalkan momentum kecemerlangan seperti mana yang ditonjolkan pada musim lalu.

Kapten The Red Warriors, Piya pula mempunyai misi tersendiri untuk menjulang Kelantan pada malam ini. Beliau ingin mengambil pengajaran dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau sewaktu bertemu Kedah baru-baru ini. Piya berazam untuk menyempurnakan segala peluang yang ada pada malam ini dan tidak lagi akan bertindak secara gopoh sehingga merugikan diri sendiri dan pasukan Kelantan.

Beliau menyedari bahawa beraksi di Darul Aman tempoh hari agak memberi tekanan kepada beliau terutama sekali beraksi di hadapan ribuan penyokong Sang Kenari. Selain itu, kecemerlangan benteng pertahanan Kedah juga menjadi faktor piya sukar mendapat ketenangan semasa menyempurnakan peluang-peluang keemasan.

Sebagai kapten, piya akan berusaha lebih keras pada malam ini dalam memastikan Skuad Kijang mengaut tiga mata berharga dan seterusnya kekal di persada liga.

GOMO KELATE GOMO!!


Red Warriors Wajib Menang Malam Ini.



KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali perlu mengatasi Negeri Sembilan malam ini jika berhasrat untuk terus menghuni tangga teratas Liga Super ketika tekanan yang diberikan oleh Perak semakin memuncak.

Hakikat tersebut disedari oleh ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu yang mengakui bahawa para pemainnya mula merasai tekanan untuk terus memacu persada liga yang kini terpaksa berkongsi mata dengan Perak.


Namun, Kelantan tetap menerajui liga dengan kelebihan jaringan.
Menurutnya, biarpun kelebihan dilihat berpihak kepada Kelantan ketika aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Kota Bharu, namun aksi menentang Negeri Sembilan yang berjaya mencatat kemenangan Sabtu lalu adalah tugas yang sukar.

"Mereka mempunyai jentera serangan yang cukup efektif dengan kombinasi empat penggempur utama iaitu Zaquan (Adha), Ahmad Fakhri (Shaarani), Hairuddin (Omar) dan Kuna (S. Kunalan) dan saya mahu semua pemain perta- hanan Kelantan bersedia.
"Kita juga sedang mempersiapkan penggempur kita untuk memastikan peluang yang terhidang disudahkan sebaik mungkin.

"Kita tidak boleh leka kerana kita boleh kehilangan mata," kata- nya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau agak terkilan dengan aksi pasukannya ketika menentang Kedah kerana The Red Warriors sepatutnya berjaya mengutip mata penuh, namun ketum- pulan jentera hadapan memusnahkan impian tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, beliau berpuas hati dengan corak permainan pasukannya kerana kerap mengancam Kedah melalui serangan pantas, dan bahagian tengah juga bertindak cemerlang untuk membuka peluang menjaringkan gol tetapi dihampakan penyudah yang lemah.

"Apabila pemain lain sudah bersedia membuat serangan, sepatut- nya pemain penyerang perlu cepat mencari kedudukan yang sesuai dan bijak untuk melakukan penyudah tetapi apabila itu tidak berlaku ia menyebabkan gerakan anda berakhir dengan kekecewaan.

"Bola sepak hari ini menuntut kepantasan dan kebijaksanaan. Anda tidak perlu memegang bola terlalu lama ketika berada di dalam kotak penalti."Jika ada peluang seperti itu, pemain perlu bijak menyudahkannya," ujarnya.
Mengulas men
genai kesebelasan yang akan diturunkan menen- tang Negeri Sembilan malam ini, Karathu berkata:
"Kita akan turunkan kesebelasan yang terbaik dan semua pemain saya bebas daripada kecederaan termasuk Zairul Fitree (Ishak) dan S. Chanturu yang sudah pulih daripada kecederaan otot ketika menentang Kedah.
"Ramzul (Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan (Talaha) akan terus mengemudi bahagian hadapan dan kedua-dua pemain ini mempunyai kepantasan untuk merobek gawang Negeri Sembilan."

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...