Khamis, 31 Mac 2011

Boss Kelantan Punya Strategi Tersendiri.


KOTA BHARU- Boss Kelantan, Datuk M. Karathu kini sudah mempunyai taktikal yang terbaik dalam memastikan The Red Warriors terus melaungkan cabaran kepada pasukan-pasukan lain dalam kancah Liga Super yang akan bermula dengan Kelantan melayan kunjungan Harimau Muda A di Kota Bharu.

Menyedari anak didik Kim Swee akan turun beraksi dengan beberapa pemain yang berpengalaman terutama dalam aksi kelayakan sukan Olimpik, anak buah Datuk MK pastinya perlu lebih berhati-hati kerana jika tersilap langkah, segala kemungkinan akanberlaku.

Datuk MK jelas sekali sedar bahawa Kelantan mengalami krisis di bahagian benteng pertahanan sejak akhir ini. Ini dapat dilihat kerana sebelum ini Kelantan tewas 2-0 kepada pahang dan seri 2-2 dengan Felda United. Namun begitu,peningkatan mula dilihat pada pada perlawanan terakhir yang mana pemain pertahanan mula lebih fokus dan waspada dengan gerak geri pihak lawan.

Datuk MK sememangnya mengharapkan kemenangan di samping mendapat sokongan daripada Kapten pasukan, Piya. Menurut Datuk MK, kejayaan pasukan The Red Warriors musim ini adalah hasil keserasian para pemain dan sokongan hebat daripada majoriti 30,000 penyokong The Red Warriors yang sanggup hadir memberi sokongan walaupun kadang kala terpaksa berhujan.

Untuk aksi menentang Harimau Muda A, Datuk MK tidak menolak kemungkinan untuk menukar formasi sebelum ini kepada formasi 4-5-1. Perubahan taktikal bergantung sepenuhnya kepada keadaan pemain sama ada mereka boleh turun beraksi atau terpaksa rehat kerana mengalami kecederaan.

S.Chanturu dan Azwan Roya bakal menjadi antara 'meriam' The Red Warriors dalam memastikan Kelantan tidak ketandusan peluang untuk mencipta gol. Kecemerlangan Azwan Roya akhir-akhir ini sememangnya perlu diberi perhatian oleh pihak lawan andainya mereka tidak ingin menggigit jari.

Rizal Fahmi Rozid pula pastinya tidak sabar untuk beraksi kerana sebelum ini beliau mendapat pujian daripada jurulatih kebangsaan, K.Rajagobal setelah mempamerkan persembahan yang terbaik sepanjang aksi Liga Super dan Piala FA musim ini.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...