Khamis, 31 Mac 2011

Gandingan Berbahaya The Red Warriors Diperlukan Semula.


KOTA BHARU-Kelantan pastinya amat mengharapkan keserasian gandingan muda yang selama ini telah banyak membantu skuad The Red Warriors dalam beberapa perlawanan. Matyo seringkali mengatur serangan bersama rakan baiknya Ramzul dan Nizad untuk memperdayakan kubu pertahanan pihak lawan.

Kematangan yang mula dipamerkan oleh Nizad dalam beberapa perlawanan Liga dan Piala FA perlu diberi pujian oleh para penyokong TRW. Hal ini demikian kerana beliau kerap kali diberi peluang untuk beraksi bersama skuad Trw berbanding musim-musim lalu. Kepercayaan yang diberikan oleh Datuk M.Karathu jelas sekali memberi satu keyakinan kepada Nizad untuk berada pada prestasi yang sebenar. Nizad menjaringkan 1 gol pada aksi terakhirnya iaitu sewaktu menewaskan Felda United dalam aksi Piala FA Suku Akhir.

Seandainya diberi peluang, Nizad pastinya akan menggegarkan jaring lawan pada aksi menentang Harimau Muda A nanti. Semestinya gandingan Nizad ,Ramzul dan Matyo kini mendapat pujian semua pihak.

Kecederaan yang dialami Ramzul pula langsung tidak menjejaskan semangat beliau untuk terus berjuang memastikan Kelantan berada pada posisi terbaik. Persefahaman yang baik sebelum ini mula menampakkan hasil dan pastinya para penyokong amat menagih aksi daripada beliau.

Matyo pula mula mendapat perhatian semua pemain pertahanan lawan setelah kerap kali menjadi peledak di samping mencipta banyak peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol. Aksi cemerlang pada perlawanan terakhir iaitu Piala FA sewaktu menentang Felda United akan dijadikan panduan sebagai kayu pengukur kejayaan bagi menentang Harimau Muda A nanti.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...