Khamis, 3 Mac 2011

Red Warriors Terus Diperkasa Secara ARMY.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus maju selangkah ke hadapan dengan menubuhkan Akademi Red Warriors Al-Hambra (ARMY) dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan bola sepak di negeri tersebut.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, akademi tersebut akan diuruskan oleh bekas ketua jurulatih The Red Warriors musim lalu, B. Sathianathan yang akan bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) ARMY.Menurut beliau, buat permulaan Sathianathan ditugaskan untuk menyediakan perancangan bagi mewujudkan satu akademi bola sepak yang baik.

"Bulan ini, kita akan menyiapkan satu manual yang merupakan kurikulum kepada akademi tersebut. Manual ini akan di cetak dan bukukan, kerana kita mahu semua jurulatih mesti mengikut kurikulum yang jelas seperti ditetapkan oleh pihak akademi.

"Kita tidak mahu jurulatih mengikut kepandaian masing-masing. Jadi, tugas pertama Sathianathan ialah untuk menyiapkan modul, keduanya memilih jurulatih daripada kalangan bekas-bekas pemain Kelantan dan kita mahukan seramai 12 orang untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci kereta Proton Inspira kepada CEO ARMY, B. Sathianathan di The Red Warriors Station, Kota Bharu semalam.

Annuar memberitahu untuk permulaan seramai 240 peserta akan diambil menyertai akademi tersebut dan mereka akan bermula selewat-lewatnya sebelum April depan.

Katanya, sebanyak enam pusat latihan akan dibuka di seluruh Kelantan iaitu di Tumpat-Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang-Kuala Krai dan dua di Kota Bharu.

"Kesemua peserta akan dikenakan syarat-syarat kemasukan tertentu dan kita sedang menyediakan apakah bentuk kriteria serta undang-undang untuk peserta di enam akademi tersebut.

"Selepas sesi latihan dijalankan kita akan bentuk 12 pasukan iaitu enam di peringkat umur 12 dan 13 manakala enam lagi di peringkat 15 dan 16 tahun. Setiap pasukan akan didedahkan dalam satu kejohanan sesama mereka bagi menguji kebolehan masing-masing," ujarnya.

Tambahnya, peserta akademi tersebut akan diberikan latihan merangkumi aspek teknikal, kecergasan dan sebagainya mengikut garis panduan dan kurikulum sebenar permaianan bola sepak.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...