Memaparkan catatan dengan label Datuk M.Karathu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk M.Karathu. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2011

Pesanan Terakhir Coach K




KARATHU (tengah) menganggap pertemuan menentang Perlis malam ini sangat penting.

"JANGAN leka dibuai kejayaan lalu, sebaliknya berikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan."

Demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu kepada barisan pemain yang akan melayan kunjungan Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
Menurutnya, meskipun mencatatkan kemenangan besar ke atas Perlis pada Selala lalu, beliau tetap menganggap pertemuan itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya mahu pasukan itu berwaspada dengan kekuatan pemain muda skuad Singa Utara itu.
"Memang kita perlu mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan dan juga memberi tekanan kepada pasukan lawan.
"Namun harus diingat, kita jangan bagi ruang kepada mereka untuk bergerak bebas. Saya rasa gol pertama nanti mampu mengubah rentak permainan kita dalam perte- muan ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, ini merupakan pelu- ang terbaik buat Kelantan untuk mengutip tiga mata di Kota Bharu dalam usaha meneruskan tekanan ke atas pasukan teratas.
Karathu memberitahu, meskipun beraksi di laman sendiri, beliau mahu barisan pemain meneruskan rentak cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan lalu.
"Jadi, pertemuan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Mana-mana pemain yang diturunkan tidak boleh melakukan kesilapan. Saya mahu semua pemain memberikan komitmen terbaik.
"Dalam bola sepak, apabila kita mempunyai tiga peluang dalam satu masa dan salah satu daripadanya berjaya memperoleh gol, itu dikira sudah cukup baik," ujarnya.
Justeru, beliau mahu pemain tampil dengan lebih bernafsu ter- utama ketika berada di hadapan pintu gol lawan.
"Kita mencipta banyak peluang, namun dipersia-siakan. Saya tidak mahu situasi itu berulang. Selain kutipan mata, kadangkala jumlah jaringan gol juga boleh mempengaruhi kedudukan sesebuah pasukan untuk bergelar juara," katanya.
Ditanya mengenai percaturan taktikal bagi menghadapi Singa Utara malam ini, Karathu berkata, beliau sekali lagi bersedia untuk me- nurunkan barisan yang sama ketika aksi di Kangar minggu lalu.
"Semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali S. Chanturu. Keputusan sama ada dia diturunkan atau tidak hanya akan ditentu- kan esok (ini).
"Saya juga sedang memikirkan untuk merehatkan satu dua pemain sekiranya perlu bagi menghadapi perlawanan menentang Selangor pertengahan minggu depan.
"Kita tengok dulu keadaan macam mana, semuanya bergantung pada situasi semasa. Penting juga untuk kita merehatkan beberapa pemain bagi menghadapi perlawa- nan menentang Selangor yang kita nanti-nantikan selama ini," katanya.

Selasa, 19 April 2011

KARATHU PERTAHAN AKSI PEMAINNYA


Kredit to : KELANTAN FOOTBALL STORIES


KOTA BHARU – Keputusan seri tanpa jaringan pertemuan Kelantan menentang Sabah bukan sahaja mencetuskan kemarahan penyokong setia The Red Warriors malah mencetus tanda tanya disebalik prestasi kian merudum anak didik Datuk M Karathu ketika saingan Liga Super kini memasuki babak pertengahan liga.

Dalam perlawanan itu, Kelantan yang turun tanpa khidmat penjaring terbanyak, Norshahrul Idlan Talaha selain Mohd Shakir dan Mohd Daudsu gagal untuk mengutip tiga mata penting ditempat sendiri setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah.

Begitu pun, disebalik persembahan hambar pemainnya, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap mempertahankan aksi anak buahnya walaupun gagal memecahkan kebuntuan jaringan dalam perlawanan itu.

“Ketiadaan Norshahrul Idlan (Talaha) begitu dirasakan. Kita terpaksa menggunakan seorang penyerang, Mohd Nizab (Ayub) pada separuh masa pertama. Separuh masa saya membuat perubahan taktikal dengan meletakkan dua penyerang iaitu Mohd Nizab dan Muhammad Khalid Jamlus bagi menguatkan jentera serangan Kelantan,” katanya kepada pemberita sejurus perlawanan berakhir, malam semalam.

“Memang kita nampak pergerakan pemain sedikit bagus terutamanya pada separuh masa kedua. Walaupun kita tidak dapat memanfaatkan satu dua peluang yang diperolehi dengan menjaringkan gol tetapi saya tetap berpuas hati dengan komitmen pemain saya dalam perlawanan ini.

“Aksi pemain saya tidak terganggu walaupun pengadil terpaksa menghentikan perlawanan beberapa ketika. Memang pada ketika itu kita rancak menyerang tetapi anda dapat lihat bagaimana pemain Sabah lebih gemar bermain secara bertahan dan hanya menunggu peluang untuk melakukan serangan balas ke pintu gol kita. Kesudahannya kita menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan mereka,” katanya.

Ditanya adakah barisan pemain Kelantan beraksi dalam keadaan tertekan dalam pertemuan itu setelah dibelasah 4-0 oleh Perak dalam perlawanan terdahulu, Karathu mengakui mungkin anak didiknya masih lagi terbayang-bayang untuk melupakan ‘keputusan luar dugaan’ ekoran kekalahan itu tempohari.


“Saya akui, memang ada tekanan kepada para pemain untuk kembali memuncak dalam perlawanan ini. Bila kita tewas dengan jaringan besar, sudah pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan pemain kita. Tekanan merupakan satu perkara biasa dalam dunia bola sepak profesional.

Menurutnya, Kelantan akan berkunjung ke Kangar menentang Perlis pada perlawanan seterusnya dengan sedikit kelebihan setelah tiga tonggak utama bakal kembali berada didalam kesebelasan utama pemain.

“Jadual perlawanan agak ketat, kita akan bertolak ke Perlis esok (hari ini). Kembalinya ketiga-tiga pemain tonggak itu memberi kelegaan kepada saya. Saya berharap kita dapat mencuri tiga mata penuh biarpun beraksi ditempat lawan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Sabah, Mark Jones Sean berpuashati dengan persembahan pasukannya yang dapat mendapat mencuri satu mata dari Kelantan untuk dibawa pulang ke Kota Kinabalu.

“Saya fikir ini merupakan satu pertembungan yang sengit dan sememangnya kami datang ke sini dengan matlamat sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata dan saya gembira pemain Sabah dapat melakukannya,” katanya.

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...