Selasa, 21 Disember 2010

Hilangnya Seorang Wira Berwibawa

Perpindahan Indra Putra Mahayudin secara mengejut telah mengecewakan banyak pihak. Perpindahan beliau ke T-team telah menyebabkan red warriors kehilangan pemain berpengalaman yang telah menjulang Kelantan ke Final tiga kali berturut-turut. Tindakan Indra berpindah ke T-Team benar-benar mencetuskan kontroversi sehingga ada yang mengatakan bahawa beliau ke T-Team kerana wang. Sebaliknya niat Indra adalah ingin mencipta kejayaan di luar Kelantan di samping beliau ingin mengumpul lebih banyak keyaan selepas ini.

Subra Di mana?

S.Subramaniam merupakan antara tonggak penting kepada Red Warriors musim ini. Namun begitu, kecederaan yang dialaminya memaksa beliau berehat sementara waktu. Subra memilih untuk kekal bersama TRW musim depan,2011. Subra akan bergandingan dengan pertahanan baru setelah Azizi berpindah ke T-Team. Semangat juang yang tinggi dan disiplin yang mantap menjadikan beliau antara pertahanan yang digeruni pada abad ini..

Khairul Fahmi Mampu Bergelar Penjaga Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2010

Kehebatan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan 'Apek' dalam kalangan para peminat tanahair menjadi perbualan terhangat bagi penyokong di Malaysia. kejayaan Apek menjulang Kelantan ke Final Piala Malaysia tahun ini jelas menunjukkan kekredibilitinya sebagai penjaga gawang pada abad ini. Beliau kini telah berjaya memikat paerhatian jurulatih kebangsaan,K.Rajagobal bagi Skuad Malaysia. kini, Apek beraksi dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 dan hanya memboloskan 1 gol dalam 4 perlawanan. Kekebalan Apek dibuktikan sewaktu 180 minit Separuh Akhir Piala AFF semasa Skuad negara menentang Vietnam. Syabas Apek!!

Jersi 2011 Red Warrios Masih Jadi Tanda Tanya Para Penyokong Setia Red Warriors

Jersi baru red warriors dijangka dikeluarkan pada awal januari tahun depan. Ini berikutan pengenalan pemain baru TRW akan diadakan pada tarikh tersebut. Ketiadaan kapten musim lalu, Indra dan rakan- rakan seperti Azizi dan Farhan telah mengejutkan ramai pihak. Namun begitu, jersi baru yang akan dikeluarkan diharap mampu meniupkan semangat kepada para barisan baru red warriors. Barisan baru termasuklah Azwan Roya, Khalid jamlus, Aziz , Wan Rohaimi dan ramai lagi.

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...