Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Rabu, 27 April 2011

The Red Warriors Sapu Bersih Perlawanan 'El Clasico'

Kredit picture to: [Userun Useoff]
Janringan Norshahrul Idlan sudah cukup untuk memberikan
tiga mata berharga buat anak didik Datuk M. Karathu semalam.
 
Dramatik dan menarik! Itulah yang mampu diperkatakan tentang aksi semalam yang menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia, Kelantan dan Selangor.
 
kredit picture to:[Userun Useoff]
Inilah kesebelasan The Red Warriors pada perlawanan 'el clasico' yang
menyaksikan Kelantan lebih bernasib baik
 
Jelas sekali Kelantan lebih bernasib baik apabila berjaya menewaskan The Red Giants dengan kemenangan tipis 1-0. Ini bermakna The Red Warriors menyapu bersih pertemuan 'El Clasico' mereka dalam saingan Liga Super musim ini.
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Selangor juga menurunkan barisan kesebelasan yang cukup terbaik
yang menyaksikan mereka menurunkan kapten skuad kebangsaan,
Mohd Syafiq Rahim di samping Mohd Amri Yahyah
 
Ini kemenangan keempat The Red Warriors terhadap Selangor selepas kedua-dua pasukan sudah bertemu 11 kali.

kredit picture to: [Userun Useoff]
Pertemuan Kelantan-Selangor antara pertemuan yang cukup
lagenda dan penuh dengan kelas klasiknya yang tersendiri
dalam arena bolasepak Malaysia

Sebelum itu, sekalung tahniah diucapkan kepada puluhan ribu penyokong The Red Warriors kerana berjaya mengelakkan diri daripada membeli tiket daripada 'ulat tiket' yang dilihat cukup aktif semalam.. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyokong Selangor FA yang terdiri daripada Ultras yang sudi bertandang ke Kota Bharu..
Berbalik kepada aksi semalam, ternyata kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad keV memberi semangat baru kepada para pemain selain para penyokong juga turut bangga dengan kesudian baginda mencemar duli.
 
Kredit picture to: [Userun Useoff]
Nombor jersi yang dipakai Al-Sultan Kelantan membawa tuah
apabila Kelantan memperoleh jaringan pada minit ke5 perlawanan
 
 Berbekalkan sorakan padu kira-kira 30,000 penyokong setia The Red Warriors dan kehadiran Al Sultan Kelantan, Pahlawan Merah dilihat cukup tenang dan berjaya menyerap asakan pasukan pelawat yang diketuai kapten berpengalaman, Mohd Amri Yahyah.

Perlawanan malam tadi menyaksikan perlawanan peribadi antara dua kapten, Badri Radzi dan Amri Yahyah yang berkesudahan kapten pasukan tuan rumah lebih menyerlah berbanding kapten selangor itu
 
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kelibat dua kapten ini sememang memberi impak besar dalam
permainan yang penuh dramatik malam tadi.
Ternyata kapten The Red Warriors dilihat lebih cemerlang berbanding Amri Yahyah apabila Badri Radzi bijak melakukan hantaran tepat kepada penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha sebelum pemain itu mudah melakukan tandukan yang cantik untuk menewaskan penjaga gol The Red Giants, Saiful Amar Sudar pada minit ke4.
 
Kredit picture to: [userun useoff]
Gandingan kemas Danial Fadly dan S. Chanturu sering kali memaksa
pemain Selangor turun bertahan di kawasan sendiri
 
Berdasarkan statistik perlawanan, jelas sekali The Red Warriors lebih menguasai bola dan kerap mencipta peluang terbaik menerusi penggempur utama, Norshahrul Idlan Talaha.
 
Selangor yang diberi suntikan semangat oleh kira-kira 30 orang Ultras Selangor dilihat cuba memecah kebuntuan menerusi Kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah namun dinafikan kemas oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan.
 
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kehadiran penyokong Selangor ternyata menyerikan lagi
suasana perlawanan
 
Badri Radzi antara watak penting dalam menggerakkan serangan Kelantan namun, sayangnya apabila pergerakan beliau kerap 'dikunci' oleh pertahanan Selangor, Razman Roslan.
 
Kelantan bernasib baik apabila cubaan Amri Yahyah berjaya dinafikan tiang gol pada permulaan babak kedua.

 
Beberapa pertukaran pemain dilakukan pada babak kedua dengan menyaksikan Kelantan menurunkan Khalid Jamlus, Nizad Ayub,Khairan Ezuan Razali dan Izuan Solahuddin bagi mengimbangi perlawanan yang dilihat semakin memuncak dengan serangan bertali arus The Red Giants.

Selangor mempunyai beberapa peluang keemasan apabila mereka memperoleh banyak sepakan percuma namun, pengambil sepakan tersebut cukup mengecewakan para penyokong setia Selangor.
 
Kini Kelantan terus menghimpit Selangor dan Terengganu yang kini berada di tangga pertama dan kedua. Tahniah kepada Semua penyokong Red Warriors dan Selangor kerana memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan masing-masing.
 
Kredit picture to: Kelantan The Red Warriors 2011
Penyokong Kelantan dan selangor sebenarnya tidak
bersama asalkan mereka saling hormat-menghormati
antara satu sama lain
 
Semangat perpaduan yang cukup tinggi semalam antara penyokong Kelantan dan Selangor memang patut dicontohi kerana janganlah kerana bolasepak, kita berpecah belah..
 

kredit picture to: [userun useoff]
Penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar tertewas setelah
tandukan cantik Norshahrul Idlan gagal diselamatkan beliau.



Isnin, 25 April 2011

Sekilas El Clasico Edisi Pertama : Badri Radzi vs Amri Yahyah

Dua Kapten dari pasukan berbeza,Amri Yahyah(kiri)
dan Mohd Badri Radzi bakal menentukan nasib pasukan 
mereka pada pertemuan malam  esok.

Pasti  ramai peminat bolasepak di luar sana yang cukup berdebar menanti saat 90 minit yang bakal dilalui oleh pasukan kesayangan masing-masing. Pertembungan dua pasukan gergasi Malaysia ini sememangnya sudah tidak asing lagi dan pastinya ia menarik ramai penonton ke Stadium terutama sekali para penyokong setia The Red Warriors yang bakal menanti pasukan Red Giants yang akan bertandang ke Kota Bharu.

Nama Amri dan Badri sememangnya cukup
disegani dalam kancah Liga Malaysia sejak dulu lagi.

Namun dalam edisi kali ini akan lebih mengisarkan tentang dua watak penting yang akan mengatur strategi yang berkesan mengikut kebijaksanaan mereka. Siapa lagi kalau bukan Amri Yahyah(kapten Selangor FA) dan  Mohd Badri Radzi(Kapten Kelantan FA).

Badri Radzi(kanan) antara watak penting yang menaikkan
imej The Red Warriors di samping beliau turut menjulang
pasukannya itu sebagai kuasa baru bolasepak Malaysia.

Siapakah yang terhebat? Amri Yahya atau Badri Radzi? Jom kita lihat dulu serba sedikit kecemerlangan Badri  Radzi musim ini. Kapten Kelantan yang lebih dikenali dengan nama Piya ini memang cukup cemerlang musim ini. Antaranya, beliau berjaya memimpin The Red Warriors untuk bergelar Juara Piala Sumbangsih januari lalu dengan menamatkan 'badi' kekalahan di Shah Alam. Lebih menarik, Kelantan berjaya berada di persada Liga Super selama beberapa minggu sehingga menonjolkan pasukan The Red Warriors sebagai 'gelombang evolusi'  kepada arena bolasepak Malaysia.

Kredit picture to: Wawan Faiz
Badri Radzi ternyata cemerlang menggalas tugas sebagai Kapten
pasukan meskipun terdapat manis dan pahit dalam kariernya.

Berbanding musim  lalu, Badri ternyata sangat diperlukan  oleh pasukan memandangkan Kelantan ditinggalkan   kapten berwibawa, Indra Putra mahyuddin  akhir musim lalu. Namun, keberanian Badri memegang amanah selaku pemilik lilitan 'Kapten,' sememangnya cukup membanggakan. Namun begitu, pada akhir-akhir perlawanan Liga Super, fokus kapten The Red Warriors ini sedikit terjejas akibat kepenatan dan menyaksikan pasukannya sedikit terjatuh ke tangga ketiga dan keempat liga.

Demi The Red Warriors, Badri sanggup mengorbankan
kepentingan diri kerana rasa tanggungjawab beliau kepada pasukan
yang mengatasi segalanya.

Walaubagaimanapun, kebangkitan Badri pada dua perlawanan terakhir pusingan pertama ternyata memberi impak yang cukup besar untuk The Red  Warriors. Beliau yang direhatkan dua perlawanan sebelum itu,ternyata seakan-akan dahagakan jaringan sekaligus menyaksikan pemain berumur 30 tahun itu meledak  hatrik untuk menjulang Kelantan di Kangar dengan kemenangan 5-1.

Kredit picture to: [Userun Useoff]
Badri tetap bersabar meskipun sebelum ini prestasi beliau
sering dipertikaikan oleh para penyokong Kelantan.

Pada aksi terbaru di Kota Bharu tempoh hari, Badri sememangnya tidak mengecewakan puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors apabila beliau berjaya membimbing Kelantan dengan kemenangan 4-0 di samping beliau turut menyumbangkan satu gol pada malam itu. Menjelang aksi 26 April ini, Badri pasti ingin menebus kekecewaan sewaktu diikat 0-0 di Kota Bharu dalam saingan Liga Super musim lalu. Untuk rekod musim ini, Badri sudah menjaringkan 6 gol daripada 14 perlawanan Liga Super setakat ini.

Amri Yahyah perlu diawasi dengan baik oleh barisan
pertahanan Kelantan seandainya tidak ingin dikecewakan.

Kisah Amri Yahyah pasti tidak ada bezanya memandangkan semua sudah mengenali pemain berusia 30 tahun ini. Kejayaan  beliau menewaskan Edwin Van Der Sar dan Ben Foster merupakan antara  sejarah yang pasti dingati baik para peminat bolasepak tempatan  mahupun dirinya sendiri. Kecemerlangan Amri pada musim 2009 antara sebab mengapa Selangor menjadi antara pasukan yang cukup digeruni di Malaysia.

Rembatan pemain ini kadang kala tidak mampu
dijangka oleh penjaga gol memandangkan ledakan
beliau boleh mengelirukan pihak lawan.

Musim ini, Amri Yahyah telah menjaringkan 4 gol daripada 14 perlawanan Liga Super namun beliau masih mampu membawa The Red Giants ke persada liga dengan  kelebihan mata yang cukup selesa. Pada aksi terakhir di Sabah, Amri ternyata masih berbisa apabila meledakkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan dengan Sabah yang berkesudahan 2-1.

Pada pertemuan yang ke-11 bagi Kelantan dengan Selangor pastinya kecemerlangan dua kapten ini bakal menjadi tumpuan dan hanya kebijaksanaan dan kelincahan sahaja yang mampu untuk memastikan pasukan mana yang menjaringkan gol dan seterusnya mencapai kejayaan.

Ahad, 24 April 2011

El Clasico 26 April 2011: Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super

Pertembungan Kelantan dengan Selangor merupakan perlawanan 
yang cukup dinanti-nantikan oleh para peminat bolasepak Malaysia setiap tahun.

Jom Kita layan sikit pertemuan yang akan berlangsung minggu depan, 26 April 2011 di antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dengan Juara Liga Super 2010, Selangor..  Kelantan pada ketika  ini berada dalam  momentum  kemenangan yang cukup membanggakan  dengan menjaringkan 9 gol dalam  dua perlawanan terakhir mereka sebelum mereka bakal  menerima kunjungan Red Giants ke Kota Bharu..

Kredit picture to: [Userun Useoff] http://www.facebook.com/userunPhotography
Kombinasi antara Daudsu dan Norshahrul mula menampakkan
hasil yang cukup lumayan kepada The Red Warriors musim  ini.


Nak tahu rekod pertemuan mereka tak? ini kira macam El Classico juga nie..hehe...macam Real lawan Barca la katakan... Bagi Kelantan,  mereka dilihat agak kebal musim  ini di Kota Bharu dan selalunya pasukan lawan pasti pulang sedikit hampa...  Kalau pihak lawan bernasib baik, mereka akan pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata  sepertimana Sabah dan Terengganu sebelum ini..


Sat29/01/11SULSelangor0 - 2KelantanView eventsMore info
Fri15/10/10MACKelantan3 - 0SelangorMore info
Tue12/10/10MACSelangor0 - 0KelantanMore info
Sat10/07/10SULSelangor1 - 1KelantanView eventsMore info
Fri12/03/10SULKelantan0 - 0SelangorMore info
Sat25/04/09FACSelangorP 1 - 1 KelantanMore info
Sat11/04/09SULKelantan1 - 1SelangorView eventsMore info
Sat28/02/09SULSelangor3 - 0KelantanView eventsMore info
Tue15/07/08MACSelangor4 - 1KelantanMore info
Mon30/06/08MACKelantan5 - 2SelangorMore info


Sebanyak 10 pertemuan sebelum  ini, Kelantan hanya menang 3 perlawanan perlawanan iaitu 2 di Kota Bharu dan  satu di Shah Alam.  Selangor pula memenangi 2 perlawanan iaitu kedua-duanya di Shah Alam. 5 baki perlawanan lagi menyaksikan mereka hanya mampu seri baik di  Kota Bharu mahupun di Shah Alam.

Norshahrul Idlan Talaha bakal menjadi
sandaran utama Kelantan menjelang
pertemuan  dengan Selangor minggu depan

Jika dilihat pada prestasi semasa kedua-dua pasukan, Kelantan dilihat mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada Selangor meskipun Kelantan dilihat kurang konsisten sebelum ini.

Musim ini, Kelantan bakal mengulangi tahun lalu yang menyaksikan mereka bertemu 4 kali  dengan Selangor dan pastinya hanya kemenangan sahaja yang mampu memastikan Kelantan kembali mencipta sejarah dengan menumbangkan Gergasi Merah itu.

Kredit Picture to: [Userun Useoff] http://www.facebook.com/userunPhotography
Kapten Kelantan,Mohd Badri Radzi(kiri) dilihat semakin menjadi meskipun dirinya
kini sudah dimamah usia dan pada perlawanan penting nanti, beliau antara 'key player.'

Dengan kebangkitan prestasi Mohd Badri Radzi dan Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan mungkin tidak akan mengalami masalah yang serius untuk berdepan dengan musuh  ketatnya itu.

Ketajaman Norshahrul antara kunci kejayaan
The Red Warriors musim ini meskipun terpaksa
melepaskan tiga tonggak penting pada awal musim.

Norshahrul yang kini telah meledakkan 11 gol daripada 14 perlawanan pasti akan sentiasa dikawal oleh pihak lawan dan beliau pastinya tidak ingin lagi dirinya dikawal ketat seperti mana dikawal pertahanan T-Team tempoh hari.

Benarkah Stadium Sultan Muhammad KeIV stadium keramat Kelantan? ya,,memang betul. Bukan angkuh tetapi begitulah ceritanya musim ini.. Kelantan masih kekal kebal di kubu dengan bantuan sorakan 'wira merah' yang kuantitinya berpuluh-puluh ribu yang sanggup memenuhi setiap pelusuk ruang stadium semata-mata untuk menyokong The Red Warriors 'mereka'.

Kelibat Hardi Jaafar perlu diberi perhatian memandangkan
pemain ini merupakan antara pemain yang cukup berpengalaman
terutama sekali ketika bertemu Kelantan sebelum  ini.

Pemain Selangor seperti Hardi Jaafar pastinya akan menjadi senjata sulit K. Devan memandangkan pemain itu antara pemain senior yang cukup berkaliber dalam kem Red Giant itu. Kepakarannya melakukan rembatan dari jarak jauh pastinya memerlukan pengawasan terbaik oleh Khairul Fahmi seandainya Kelantan tidak mahu berputih mata.

Seorang lagi pemain Selangor yang juga merupakan Kapten skuad bolasepak Kebangsaan, Mohd Shafiq Rahim juga mempunyai kemahiran dan teknik permainan yang hampir sama  dengan Hardi. Namun, faktor usianya yang masih muda ternyata memberi kelebihan buatnya untuk melakukan yang terbaik berbanding Hardi.
Kebijaksanaan Shafiq Rahim menghidu peluang merupakan
senjata utama miliknya selain beliau memiliki larian yang cukup baik.

Benarkah Stadium Shah Alam Kebal? tidak  juga...  sebab Kelantan dan T-Team telah pun membuktikan bahawa Stadium SA tidak lagi sekebal era 90-an..  Apa-apa pun,  Kelantan perlu berhati-hati andainya ingin bergelar Juara tiga Piala Musim ini....Piala Sumbangsih sudah...Piala FA  ? masih Semi final...Liga Super  ? masih tangga ketiga...Piala malaysia  ? insyaAllah, kita cuba pertahankan.....Aminn...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...