Isnin, 11 April 2011

Danial Fadly Lambat 'Panas' ?


Benarkah anggapan yang mengatakan Pemain Attacking Midfielder The Red Warriors, Danial Fadly Abdullah lambat 'panas'? Itulah persoalannya kerana pemain yang bertubuh gempal ini kadang kala seolah-olah memerlukan masa untuk beraksi pada tahap sebenar. Jika dilihat kepada corak pemain ini jelas sekali tidak ubah seperti Hai-O yang sebelum ini juga kerap kali bergelut dengan prestasi pada awal musim. Namun, keistimewaan pemain ini ialah beliau mampu melakukan sentuhan 'magik' ala Messi dan kadang kala beliau hanya memerlukan satu sentuhan sahaja untuk menghasilkan gol. Hebat kan!

Pemain ini yang dipindahkan kelantan pada akhir musim 2010 jelas sekali agak gugup untuk bermain di hadapan ribuan peminat fanatik The Red Warriors. Namun selepas beberapa lama 'berkenalan' dengan peminat The Red Warriors, beliau kini tidak kekok untuk beraksi malah cukup bersemangat semasa beraksi kerana namanya sering dipuja penyokong Kelantan.

Jika diimbas kembali, Danial Fadly merupakan wira The Red Warriors sewaktu Kelantan bertemu dengan T-Team dalam aksi Piala FA pusingan pertama. Beliau patut diberi pujian apabila beliau tenang menyudahkan sepakan penalti The Red Warriors semasa penentuan sepakan penalti. Sejurus merembat gol terus ke jaring T-Team, Danial tidak lupa menghargai sokongan kira-kira 6,000 penyokong The Red Warriors yang hadir di Stadium kuala Terengganu.

Aksi hebat beliau diteruskan ketika Kelantan bertemu sekali lagi dengan T-Team untuk aksi Liga Super selasa lalu. Kemasukkan Danial pada babak kedua jelas membuahkan hasil apabila beliau berjaya melakukan dua jaringan meskipun sebelum kemasukkan beliau,Kelantan ketinggalan 3-0. Jelas sekali dengan adanya Danial Fadly Abdullah benar-benar memberi tuah kepada The Red Warriors.

Terbaru, beliau menjaringkan gol malam semalam apabila beliau berjaya menyempurnakan sepakan percuma dan rembatan cantik beliau berjaya memperdayakan penjaga gol Felda United. Kini misi Danial Fadly terarah untuk aksi 90 minit di Ipoh dan pastinya beliau akan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan nama beliau terpahat dalam sejarah bolasepak Kelantan sebagai penjulang kejuaraan musim ini..InsyaAllah..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DANIAL FADLY MASIH MAMPU MEMPAMERKAN KEPANTASAN BELIAU MESKIPUN USIANYA SEDIKIT SEBANYAK MENGHALANGNYA DARIPADA BERAKSI PADA TAHAP SEBENAR...APA2 PUN SYABAS LA..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...