Blog Ini Memaparkan Tentang Perkembangan Bolasepak Malaysia Khususnya Bagi Pasukan Kelantan FA The Red Warriors. Berita Terkini Dan Rumours Transfer Musim 2015 Turut Dimuatkan Dalam Blog Ini. "Be Part Of Champions Team"
Rabu, 6 April 2011
T-Team Nyaris-Nyaris Diaibkan Oleh The Red Warriors.
Pasukan Terengganu T-Team bermandi peluh sebelum berjaya menewaskan Kelantan 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Walaubagaimanapun, ianya tidak memadai untuk membawa pasukan itu berada di 5 tangga teratas Liga Super. Meskipun Red Warriors tersungkur malam tadi, mereka masih lagi berada di tangga ketiga liga dengan kelebihan satu mata berpihak kepada Perak manakala Selangor naik ke tangga pertama dengan mengumpul 20 mata.
Separuh masa pertama, Kelantan ketinggalan apabila Zairo Anuar meledak pada minit ke 29 menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi. Berselang beberapa minit, bekas penyerang Red Warriors musim lalu, NorFarhan Muhamad merembat kencang terus ke gawang Kelantan pada minit-minit akhir separuh masa pertama sekaligus memberi keselesaan kepada tuan rumah.
Penyokong-penyokong The Red Warriors jelas sekali kecewa sehingga mereka 'membisu' memandangkan peluang untuk menang adalah tipis. Pada separuh masa kedua juga minit ke50, bekas kapten Red Warriors turut mencatat nama sebagai penjaring apabila beliau berjaya meletakkan T-Team dengan jaringan 3-0. Kelantan yang terdesak cuba melakukan percaturan baru dan hasilnya Danial Fadly Abdullah berjaya mendapatkan gol sulung skuad pelawat pada minit ke60. Para pemain Kelantan terus bersemangat untuk terus memburu gol dan hasilnya pada minit ke65, S.Chanturu muncul pembakar semangat Red Warriors apabila beliau berjaya menewaskan Syamsuri Mustaffa dan sekaligus merapatkan jurang gol dengan T-Team.
T-Team yang kembali mengatur gerakan cantik berjaya sekali lagi menewaskan penjaga gol kelantan pada minit ke80. Pastinya pada ketika itu moral pemain mula agak tertekan manakala penyokong Red Warriors pula bertindak meninggalkan stadium. Walau bagaimanapun, Kelantan dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan dan Danial berjaya menyudahkannya untuk melengkapkan gol ketiga Kelantan.
Untuk Aksi berikutnya, Kelantan bakal melayan kunjungan Felda United di Kota Bharu pada 9 April ini. Diharap Kelantan melupakan episod duka malam ini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...
-
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam ...
-
Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Daru...
-
Bolasepak malaysia sebenarnya tidak lengkap tanpa 'karenah' para penyokong setia The Red Warriors. Ini kerana sebelum Kelantan menj...
1 ulasan:
xdop gapo eh...kaloh so lip jah tuh...kito wat mula!!
Catat Ulasan