Namun gol tunggal minit ke-11 oleh Mohd Faiz Subri tidak cukup buat Perlis, yang kemudian terus dibolosi pada minit ke-43 menerusi Norshahrul sebelum kapten pasukan, Mohd Badri Radzi meledak hatrik pada babak kedua (m-46, 66 dan 78). Di Stadium KLFA Cheras, FELDA United kembali menemui rentak kemenangan selepas dua episod derita di tangan Kelantan dan Selangor, apabila membenam Kuala Lumpur 2-1 hasil jaringan Mohd Azrul Ahmad (m-6, 12). Gol tunggal Kuala Lumpur menerusi Mohd Syafiq Johari (m-42)
Di Stadium Perak, penghuni tangga kedua dan ketiga, Perak dan Terengganu sekadar seri 1-1 untuk mengekalkan kedudukan masing-masing di tangga liga. Mohd Shafiq Jamal membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit kelapan dan disamakan pelawat menerusi gol Abdul Hadi Yahya (m-59).
Di Stadium Sultan Ismail, T-Team sekadar seri 1-1 bertemu Johor FC selepas pemain pertahanan tuan rumah, Mohd Shahru Ezan Shamsudin menanduk masuk gol pembukaan minit ke-10, sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi Shahrizal Mohd Saad (m-48).
Di Stadium Darulmakmur, Kuantan perlawanan antara Pahang dan Negeri Sembilan juga berkesudahan dengan keputusan 1-1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan