Ulasan Ringkas: Perlawanan malam tadi menyaksikan sang kijang kurang cergas mengatur strategi merobek kubu sang badak yang di kawal baik Syed Adney bekas pemain yang fobia dengan sorakan keramat Kelantan. Bermain untuk pasukan lawan, Syed Adney dilihat lebih tenang dan berkeyakinan mengekang niat pemain Kelantan memperolehi gol.
Barisan pemain pertahanan Kelantan bertindak baik bagi 90 minit perlawanan ini, namun pemain tengah tiada keserasian dan kesepakatan yang baik dalam mengatur serangan. Strategi permainan nampak kurang kemas, Nizad Ayub tidak menunjukkan kesediaan sebagai penggempur utama.
Separuh masa pertama dan kedua tiada jaringan dilakukan oleh kedua pasukan. Kelantan melakukan 3 pertukaran pemain iaitu memasukkan Solehin Kanasian menggantikan S Chanturu, Khalid Jamlus menggantikan Wan Rohaimi dan Izuan Solehuddin menggantikan Nizad Ayub. Namun keputusan kekal tanpa jaringan. Perlawanan juga dihentikan 5 minit setelah Syed Adney memprotes kepada pengadil setelah mukanya dipancari laser oleh penyokong Kelantan. Di akhir babak perlawanan ketua jurulatiha Gary Phillips diberikan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil yang dirasakan memihak kepada Kelantan.
Rata-rata penyokong Kelantan risau dengan prestasi semasa Kelantan yang dilihat makin hambar persembahan mereka. Kehadiran penyokong malam tadi juga agak merosot jika dibandingkan perlawanan sebelum ini. Harapan peminat kepada Datuk M Karathu mengenalpasti segala pemasalahan dan bertindak tegas kepada pemain yang kurang berdaya maju sebelum bermulanya saingan kedua Liga Super dan separuh akhir Piala Malaysia.
Perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Perlis selasa ini dan perlawanan pertama pusingan kedua menentang Selangor sabtu depan boleh dijadikan ukuran kebangkitan serta peningkatan prestasi para pemain, sekiranya keputusan semakin hambar keputusan drastik harus diambil oleh Tan Sri Annuar Musa bagi mengembalikan imej bolasepak Kelantan.
Ada segelintir peminat tidak kisah berhabisan duit demi menyatakan sokongan kepada pasukan tanpa mengira keputusan dan ada juga golongan yang berkira setiap wang yang dihabiskan dengan harapan sekurangnya mereka terhibur dengan aksi perlawanan yang menarik meskipun mendapat 1 mata.
Petikan daripada Facebook Tan Sri Annuar Musa
"Alhamdulillah..perbincangan hari ke hati dgn pegawai Dan Pemain..SEMUA BERIKRAR AKAN BANGKIT LEBIH KUAT MULAI GAME AKAN DATANG..sepakat utk perbaiki kelemahan diri Dan pasukan..PEMAIN DAN PEGAWAI bersetuju utk mengamal kid discipline lebih ketat Dan fokus..PENGURUS pasukan Akan lebih hands-on Dan coach lebih aggressive Dan creatif terutama Hal tectical.SATHIANATHAN DAN KARATHU BARGABUNG MENYUSUN TACTICAL"
Terima kasih kerana terus bersama The Red Warriors, teruskan memberi sokongan anda kepada pasukan yang sememangnya memerlukan sokongan moral semua penyokong. Hanya doa dan laungan suara sahaja yang mampu disumbangkan peminat The Red Warriors, kini tugas perlu digalas sepenuh hati para pemain bagi meneruskan kegemilangan The Red Warriors. Gomo Kelate Gomo..
Petikan daripada Facebook Tan Sri Annuar Musa
"Atas nasihat Dan pandangan Kelab penyokong Dan rakan Fb cadangan menyumbang RM2 utk tiket next game TIDAK DI TERUSKAN..Terima Kaseh atas nasihat SUPAYA KITA BERI PELUANG PASUKAN PENUHI IKRAR DAN AZAM MEREKA..Kita TAK mau Trw tertekan KERANA KITA TAU MEREKA AKAN BANGKIT LEBIH GAGAH....set kita TAK Akan pecah...walau senang atau susah..MENANG atau kalah..GOMO TETAP GOMO"
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Kredit to Partner : THE RED WARRIORS.COM
2 ulasan:
huhu.. kes kene pancaran laser pon dah mula berleluasa dalam Liga M ke??
@kyo_9hahaha...betul tu,memang dah berleluasa pn.. ni semua AFF punya pasal..hehehe..
Catat Ulasan