Perlawanan Clash of Titan Bagi Liga Super Malaysia minggu ini bakal menemukan empat pasukan iaitu Kelantan bertemu Perak manakala Kedah bertemu Negeri Sembilan. Pastinya hari ini dua venue perlawanan ini akan dipenuhi pencinta bolasepak tahahair baik golongan tua mahupun muda. Di Eropah, perlawanan Clash Of Titan merupakan perlawanan yang paling dinanti-nantikan para peminat bolasepak mereka. Mana tak nya kerana perlawanan itu bakal menemukan dua lawan yang cukup seimbang dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Jika di Malaysia, pertembungan antara Kelantan dan Selangor dianggap sebagai 'clash of titan' kerana dua team ini merupakan musuh tradisi antara satu sama lain dan mempunyai rekod masing-masing.
Namun AB hari ini ingin menyemukakan sama ada layakkah perlawanan antara Perak dengan Kelantan dilabel sebagai perlawanan tumpuan atau benarkah bolasepak negara kita syok sendiri? Bagi AB, Liga Malaysia ada segalanya. Namun cuma publisiti sahaja yang kurang mengakibatkan Liga M tidak sehebat Liga J mahupun Liga Korea. Jika dilihat Liga J, mereka kini mudah 'mempromosikan' pemain-pemain muda mereka ke luar negara dan tidak salahlah jika Honda dan beberapa pemain muda Jepun menyerlah di arena bolasepak antarabangsa. Itulah hakikat bolasepak...terutama di Malaysia.
Jika ditanya beberapa orang peminat bolasepak Kelantan mahupun pengkritik sukan, pastinya menjawab Liga
Malaysia bernasib baik kerana wujudnya 'penyokong fanatik' yang benar-benar setia kepada pasukan yang menghiasi ruang-ruang suram Liga M yang terus tersusut malu. Bukan AB hendak memuji penyokong Kelantan terlalu fanatik. AB tahun penyokong kelab lain pun ada yang fanatik tapi jumlah penyokong bolasepak yang benar-benar 'gila bola' bukanlah sedikit. Kiraannya cukup mudah! Jika anda perhatikan gambar stadium di bawah ini, mampukah anda mengagak bilangannya?
Terus terang ingin AB katakan bahawa perlawanan 'clash of titan' di Malaysia hanya wujud pada aksi Final sesuatu kejohanan tempatan! Contoh cukup mudah..Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih yang melibatkan aksi pada Final pasti akan menarik ramai penyokong namun jaminan jumlah penyokong ramai bagi
negeri lain agak sukar diuntuk diperkatakan...Ini kerana demam bolasepak Liga tempatan hanya lebih tertumpu di pantai timur sahaja.
Namun AB berharap bolasepak Malaysia akan Lebih baik dan sambutan daripada penyokong setia juga penting dalam memastikan hasrat negara menjadikan Liga M sebagai Liga bolasepak yang setanding dengan negara Asia lain pada tahun 2014 tercapai.
Kepada para penyokong sama ada Kelantan atau Perak, Jom penuhi stadium Ipoh malam ini. Menang atau kalah adalah adat perlawanan. AB doakan semoga kedua-dua pasukan mempamerkan kualiti permainan yang terbaik agar para penonton yang hadir tidak berasa hampa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan