Isnin, 18 April 2011

Sang Kijang Menu Baru Singa Utara


KREDIT TO : Muhammad Aiman(Suara  Sukan Anda)


Selepas membaham Sang Rusa, Sang Kijang pula menjadi sasaran Singa Utara untuk dijadikan sebagai menu makan malam, pada Selasa. Begitulah menariknya mungkin, cakap-cakap menjelang aksi Liga Super antara Perlis, yang bakal melayan kunjungan Kelantan di Stadium Utama, Kangar.

Anak buah Salim Tofel Mohd, baru sahaja merasai apa itu erti kemenangan selepas 12 perlawanan, ketika menundukkan Negeri Sembilan 3-2 Sabtu lalu, dan kini memasang impian besar mengejutkan Kelantan yang berada dalam prestasi tidak menentu.

Perlis, dengan hanya 7 mata, ketika ini di kedudukan tercorot 14 pasukan Liga Super, dan kemenangan ke atas Kelantan belum dapat mengubah kedudukan mereka namun Salim pastinya sedar inilah peluang untuk pasukannya menjelmakan kebangkitan, dengan meneruskan rentak kemenangan.

Peluang Perlis mungkin cerah andai berpandukan prestasi Kelantan yang hanya menang 2 daripada 6 perlawanan
 lalu, malah tewas kesemua tiga perlawanan terakhir di tempat lawan namun mereka juga perlu sedar betapa Kelantan pastinya akan cuba bangkit daripada prestasi lesu mereka, dengan cubaan untuk menamatkan pusingan pertama sekurang-kurangnya di kelompok tiga pasukan teratas.

Pemain muda yang diserap dari skuad Piala Presiden, Mohd Rizal Ghazali dijangka terus mendapat kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan, 
namun Salim berharap apa yang lebih penting, semangat juang dan 
komitmen tinggi ketika membenam Negeri Sembilan harus dikekalkan.

Andai berjaya mengutip tiga mata, ia pastinya akan menjadi tonik
 buat Perlis memulakan pusingan kedua dengan lebih yakin dan 
bermotivasi, yang mana penulis yakin bakal menambah rencah 
saingan musim ini.



Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...