Isnin, 11 April 2011

Piya Kini Kembali Pulih


Setelah diberi cuti pelepasan daripada jurulatih The Red Warriors semalam, Piya kini dilihat semakin cergas namun beliau kini hanya melakukan latihan ringan sahaja. Jelas sekali kepenatan beraksi dalam pertembungan dengan T-Team selasa lalu benar-benar memeri kesan kepada kapten The Red Warriors ini.Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya apabila berjaya meneruskan kemaraan dalam kancah liga terutamanya pada aksi semalam yang menyaksikan The Red Warriors turun tanpa khidmat beliau.Selain itu, beliau jelas sekali kagum dengan aksi mantap pasukannya setaraf dengan gelaran The Red Warriors sebagai kuasa bolasepak baru Malaya.

Piya setakat ini sudah menjaringkan dua gol daripada sembilan perlawanan yang dilalui beliau. Beliau sedar akan prestasi beliau yang ada pasang surutnya dan kadang kala Piya mengakui beliau agak terkilan seandainya gagal membantu The Red Warriors mencatatkan kemenangan. Ini kerana beliau yang memakai lilitan 'KAPTEN' perlu bertanggungjawab terhadap menang dan kalah pasukan Kelantan. Kematangan Shakir mengawal perlawanan semalam jelas sekali melegakan Piya yang cukup bimbang akan pergerakan di bahagian tengah tanpanya. Namun Kelantan bernasib baik apabila semua pemain seakan-akan 'baru bangun dari tidur' dan terus 'mengamuk' habis-habisan.

Jaringan Enam gol tanpa balas telah mencipta sejarah baru dalam arena bolasepak Kelantan kerana ini merupakan kali pertama mereka mampu menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Super setelah dua musim beraksi dalam liga kompetitif negara.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...