Khamis, 7 April 2011

Stadium The Red Warriors Akan Ditransformasikan : Realiti Atau Fantasi?


"Stadium Kelantan akan dinaiktaraf tidak lama lagi"
Itulah ungkapan yang sering didengari oleh para penyokong Red Warriors dari tahun ke tahun. Bagi sesiapa yang mendengarnya pasti akan berasa stress dan bengang kerana janji hanya tinggal janji semata-mata. Edisi blog LPFKE.com pada hari ini adalah untuk memberitahu sedikit sebanyak tentang perancangan 'membarukan' Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Selain itu juga edisi ini juga akan membawa anda semua menyelami 'alam fantasi' yang mungkin menjadi 'realiti' dan ianya sebenarnya tidaklah terlalu mustahil.



(Keadaan padang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semakin baik)


Bermula januari 2011, Pengurusan KAFA telah mula memperkenalkan satu 'cara' baru yang mana ianya telah lama diamalkan di negara-negara Eropah iaitu rumput stadium menggunakan 'bahan yang berkualiti' yang mana ianya hampir sama dengan kualiti rumput stadium negara Eropah. Mulai tahun ini kondisi padang dijaga sepenuhnya oleh staff 'khas.' Setiap hari keadaan padang akan dikawal selia dengan rapi di samping mendapat kerjasama daripada Kelab Golf. Hal ini demikian kerana rumput yang kini digunakan dibawah 'advise' kelab golf itu. Oleh sebab itu tidak hairan la terdapat beberapa pemain bolasepak Liga tempatan yang memuji kualiti padang Stadium Red Warriors.



(Papan 'score board' Stadium Sultan Muhammad ke-IV agak ketinggalan zaman)



(Papan 'Score board' elektronik yang bakal digunakan oleh Kelantan mungkin secanggih 'score board' dalam gambar ini)

Kelantan juga bakal menggantikan papan 'Score Board manual' stadium yang kini dilihat agak ketinggalan zaman jika hendak dibandingkan dengan stadium-stadium pasukan lain. Dijangka KAFA mungkin akan membelanjakan hampir 2 atau 3 juta untuk menukar 'score board' sedia ada kepada yang lebih canggih. Antara ciri-ciri 'score board' baru itu adalah selain menayangkan masa dan jumlah gol, ianya mampu menayangkan 'replay' sewaktu perlawanan berlangsung seperti mana 'score board' yang digunakan di England. Score board yang akan dibeli juga akan dikaji sama ada 'kalis cuaca' atau tidak memandangkan pantai timur mengalami cuaca yang kurang menentu terutamanya pada musim tengkujuh.




(Bilik persalinan stadium juga mungkin akan diubahsuai mengikut trend terkini dan memberi keselesaan kepada pemain)



(Ruang bilik persalinan yang terhad dan sempit telah menyukarkan para pemain untuk 'prepare' sebelum sesuatu kejohanan)


Selain daripada itu, berkemungkinan besar beberapa fasilitas lain dalam stadium juga akan dinaiktaraf. Antaranya ialah perubahan bilik persalinan para pemain The Red Warriors. Sebelum ini ruangan untuk para pemain Kelantan agak 'limit' sehingga menyukarkan mereka untuk prepare dalam sesuatu 'game.' Jika benar bilik persalinan TRW dinaiktaraf, pastinya Kelantan bakal sebaris dengan pasukan-pasukan elit lain yang mempunyai fasilitas stadium yang terjamin.




Tempat duduk 'bench' para pemain dan jurulatih juga mungkin akan mengalami transformasi kepada tempat duduk yang lebih baik seperti yang dipunyai Real Madrid dan Barcelona. Jika itu terjadi, status Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pasti akan berubah dan ia bakal dikenali bukan sahaja dalam negara malah di luar negara. Selain itu juga, seandainya begini keadaan yang bakal berlaku di Kelantan, tidak mustahil juga perlawanan antarabangsa yang melibatkan skuad bolasepak kebangsaan diadakan di sini.




(Kelihatan ruang stadium dibanjiri 'lautan Merah' setiap kali TRW beraksi)


Sebelum terlupa, Stadium Kelantan juga mungkin bakal menambah kapasiti sedia ada yang sebelum ini hanya mampu memuatkan seramai 30,000 orang penyokong. Kemungkinan besar kapasiti akan diupgrade lagi sehingga kapasiti 50,000 orang mampu menyaksikan bolasepak di dalam stadium. Sebelum ini, para penyokong yang tidak dapat masuk ke dalam stadium hanya mampu melihat skrin gergasi di pekarangan stadium.

Menurut beberapa blog yang Admin blog ini kaji, terdapat satu gambar yang dikhabarkan sebagai Stadium 'baru' kelantan sempena SUKMA yang akan menjelma tidak lama lagi ke negeri Kelantan.



(Gambar inilah yang disifatkan 'stadium baru' Kelantan yang dikatakan bakal dibina di kawasan Tunjong.)



Setelah mengetahui segalanya, adakah anda percaya Kelantan mampu mara semaju itu? Mampukah Kelantan memiliki keselesaan yang cukup hebat itu jika dibandingkan dengan keadaan masa kini? Jawapannya adalah Ya! Kelantan mampu lakukannya seandainya pihak pengurusan KAFA, Kerajaan Negeri, NGO dan para penyokong setia Red Warriors sanggup 'bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'....Semoga sempena 'Liga Malaysia Maju 2014, The Red Warriors juga turut mampu mencipta sejarah tersendiri....

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...