Selasa, 12 April 2011

Info@LSM : Perlis Bersedia Hadapi Amukan Sabah Di Likas


BERIKAN fokus sepenuhnya terhadap permainan dan pada masa sama berusaha memberikan persembahan terbaik apabila turun menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Selain itu, paling penting jangan sesekali gentar dan terlalu menghormati lawan kerana ia boleh memberikan kesan kepada persembahan pasukan.


Demikian antara ingatan kapten Perlis, Azmizi Azmi terhadap rakan sepasukan yang disenaraikan menggalas tugas pada pertemuan di Kota Kinabalu itu.

“Kejayaan mengatasi Perak, 2-1 sudah pasti membangkitkan semangat Sabah untuk terus memburu kemenangan.


“Saya akui, kami berdepan laluan sukar untuk melakukan kejutan namun tetap percaya kelebihan tuan rumah bukan ukuran kekuatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...