Selasa, 12 April 2011

Info@LSM : Perak Tak Rela Diratah Kelantan Di Laman Sendiri




Setelah rekod tanpa kalah mereka dirobek Sabah, Sabtu lalu, Perak tidak rela maruah mereka dicalar di gelanggang sendiri apabila turun bertemu Kelantan pada saingan Liga Super malam ini.

Justeru kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa (gambar) berharap rakan sepasukan akan bangkit untuk memastikan Seladang kekal kebal di hadapan penyokong sendiri ketika menerima kepulangan ketua jurulatih pasukan Cik Siti Wan Kembang, Datuk M Karathu ke negeri kelahirannya.


“Kekalahan di tangan Sabah cukup memeritkan dan kami tidak boleh biarkan Kelantan pula memalit arang di muka kami di kandang sendiri.

“Saya harap rakan sepasukan melupakan segera kekecewaan di Kota Kinabalu agar dapat fokus terhadap tugasan malam esok. “Yang berlalu biarkan berlalu. Yang penting setiap anggota pasukan bersedia menghadapi tugasan malam esok (ini), ”katanya.


Shahrulnizam sedar perlawanan ini pasti sengit dan menarik kerana menjadi tumpuan peminat kedua-dua pasukan.


“Saya jangkakan ramai yang akan hadir di stadium. Ia pasti satu perlawanan yang tidak mudah buat kedua-dua pasukan,” katanya.

Dia mengharapkan rakan sepasukan perlu mengelak melakukan kesilapan bertemu Kelantan yang pasti turun penuh bersemangat selepas meraikan kejayaan besar ke atas Harimau Muda A, Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...