Rabu, 13 April 2011

Tan Sri Annuar : Perak Playing A Better Game Tonight




Pasti sukar untuk menelan kepahitan tewas malam tadi, namun semua mengakui akan kehebatan Perak yang cukup pantas mengatur gerak serta bijak menghidu peluang sehingga menjulang mereka malam tadi dengan kemenangan mutlak 4-0 di laman sendiri. Dalam kesibukan orang ramai memuji skuad seladang, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga jelas sekali tidak mampu menyembunyikan rasa terkilan dengan aksi malam tadi namun beliau tetap yakin Red Warriors mampu bangkit selepas ini.

Menerusi Facebook Tan Sri Annuar Musa, beliau amat berharap agar prestasi para pemainnya selepas ini akan lebih konsisten. Arena Bola berkesempatan melihat komen-komen para penyokong The Red Warriors di dinding Facebook TSAM. Antaranya ialah :





Diharap selepas ini para pemain mempertingkatkan mutu permainan di samping memperkukuhkan diri dari segi mentaliti. Ini kerana pemain Kelantan agak tertekan sehingga mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Apa-apa pun Tahniah Perak kerana mempamerkan aksi terbaik dan merancakkan perlawanan Liga Super minggu ini




Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...