Sabtu, 9 April 2011

Nizad Perlu Rebut Peluang!


Nama Nizad Ayub bukan asing lagi bagi arena bolasepak di negeri Kelantan. Pemain ini antara pemain muda yang cukup berpotensi dan mempunyai bakat yang tersendiri. Dengan memakai jersi nombor tujuh pastinya beliau dianggap ala Ronaldo terutama sekali sewaktu kelantan beraksi dalam saingan Liga Perdana 2008. Pemain ini kerap kali memanaskan bangku simpanan sejak beberapa musim dan beliau hanya akan turun beraksi apabila pemain utama direhatkan. Namun, jauh dari sudut hatinya pasti mengimpikan peluang beraksi 'full season' dengan pasukan The Red Warriors walaupun beliau sedar bahawa peluang untuknya bukanlah sebaik yang dimiliki Matyo mahupun Chanturu.

Jarang beraksi dalam perlawanan penting menyebabkan nama Nizad terus tenggelam di arena bolasepak Malaysia. Beliau juga tidak mendapat perhatian jurulatih bolasepak kebangsaan memandangkan beliau dilihat agak kurang menyerlah dalam pasukan. Namun, Nizad dilihat mula mempamerkan kebangkitan apabila beliau meledak gol pada aksi Piala FA lalu sewaktu The Red Warriors menewaskan Felda United dengan kemenangan 3-0.

Menjelang aksi Liga Super malam ini, Nizad mungkin akan diturunkan sebagai penyerang utama untuk bergandingan dengan S.Chanturu di hadapan. Oleh itu, Nizad perlu rebut peluang ini untuk 'memikat' Coach Karathu agar beliau dapat beraksi dalam kesebelasan utama pada perlawanan yang akan datang.

Ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk menyarung jersi kebangsaan atau tidak, ternyata beliau agak teruja dan beliau sangat bersyukur seandainya peluang itu diberikan kepadanya. Namun beliau akui buat masa ini, beliau masih mahu meningkatkan kualiti permainan beliau dan cuba menimba lebih banyak pengetahuan daripada rakan-rakan yang berpengalaman.

Musim ini, Nizad agak bertuah kerana Coach Karathu kerap kali menaruh kepercayaan kepada beliau untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan yang genting. Sekiranya beliau terus diberi peluang beraksi, tidak mustahil nama Nizad Ayub bakal tersenarai untuk menjalani latihan dengan skuad bolasepak kebangsaan. Setakat ini Nizad masih lagi kemarau jaringan dan kali terakhir beliau meledak adalah dalam saingan Piala FA. Setiap pemain yang bergelar 'penyerang' pasti akan kecewa seandainya mereka gagal memberi kemenangan dan gol kepada pasukan kerana posisi itu bertanggungjawab memberi 'pressure' kepada pihak lawan.

3 ulasan:

Firz Putra berkata...

Nizad benar-benar ingin beraksi full season musim ini....Anda rasa patutkah coach karathu memberi lebih banyak peluang kepada beliau agar beliau mempamerkan aksi sebenar?

Tanpa Nama berkata...

nizad patut beraksi mlm ni.kerna beliau merupakan pemain meningkat tika ni

mARt aPiEx berkata...

kita mesti bagi pluang kpada sesiapa sahaja..nama yang tidak femes tidak smestinya tidak hebat bukan?kdang kala yang low profile inilah yg kita cari2 selama ini..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...