Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Ahad, 10 April 2011

The Red Warriors Terus 'Mengaum' Di Persada Liga






KELANTAN terhutang budi kepada jiran Pantai Timur mereka, T-Team yang menjinakkan pendahulu, Selangor 2-0 untuk membolehkan The Red Warriors kembali menerajui Liga Super apabila merakamkan kemenangan 6-0 ke atas Felda United, malam tadi.
Di Stadium Sultan Mohd IV, kira-kira 23,000 penyokong setia The Red Warriors memenuhi ruang stadium dengan serba merah. Tuan rumah mendahului pada minit ke-33 apabila rembatan Mohd Shakir Shaari dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol Mohd Faizal Rashid. Gol lain tuan rumah adalah sumbangan Norshahrul Idlan Talaha (minit ke-40), Mohd Nizad Ayub (m-65,71), Danial Fazly Abdullah (m-82) dan Mohd Azuan Solahudin (m-89).

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut The Red Warriors di Kota Bharu setelah sebelum ini menumbangkan Harimau Muda A 2-1 tempoh hari. Namun pesta gol malam tadi lebih manis lagi apabila Kelantan berjaya merampas kedudukan pendahulu yang sebelum ini cuba dirampas oleh Selangor. Selangor tewas 2-0 ditangan musuh tradisi Kelantan, T-Team. Ternyata Kelantan terhutang budi dengan musuh tradisinya itu kali ini.

Pemain muda harapan The Red Warriors, Nizad Ayub akhirnya menemui sentuhan gol apabila beliau bijak menggunakan peluang untuk meledak dua gol pada minit 65 dan minit 71. Para penyokong Kelantan nyata tidak menyangka The Red Warriors mampu berpesta gol malam tadi kerana lawannya,Felda United juga punya kehebatan tersendiri. Namun, layangan kad merah oleh pengadil kepada pemain Felda jelas sekali mengubah tempo perlawanan malam tadi.

Tahniah diucapkan kepada The Red Warriors kerana mampu mencatatkan kemenangan meskipun beraksi tanpa kelibat kapten pasukan, Piya yang kurang cergas untuk diturunkan..

1 ulasan :

Penyokong Fanatik Kijang emas berkata...

Tahniah The Red Warriors diatas kejayaan malam tadi....teruskan prestasi terbaik musim ini!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...