Jumaat, 8 April 2011

The Red Warriors Masih Kebal Di Kota Bharu


Meskipun kini berada di tangga ketiga Liga Super Malaysia 2011, The Red Warriors sebenarnya harus berbangga kerana mereka menjadi antara pasukan 'terkebal' di gelanggang sendiri musim ini. Ternyata setiap lawan yang mengunjungi Stadium Sultan Muhammad KeIV pasti pulang dengan tangan kosong dan kadang kala ada yang bertuah membawa pulang sekurang-kurangya satu mata. Aksi yang melibatkan The Red Warrior musim ini di Kota Bharu masih lagi dianggap positif memandangkan Kelantan belum kalah di stadium keramat. Meskipun sebelum ini jurulatih Harimau Muda A menafikan stadium kelantan 'berhantu', skuad kendaliannya tetap tewas kepada sang juara pantai timur. Kelantan memenangi  tiga perlawanan dan seri sekali daripada empat kali beraksi di gelanggang sendiri setakat sembilan perlawanan liga Super musim ini.


Untuk perlawanan seterusnya pasti terarah untuk pertembungan buat kali ketiga dengan Felda United. Pasukan itu pernah mengikat Kelantan di Kota Bharu pada aksi Piala FA suku akhir namun dinafikan pada aksi kedua yang menyaksikan The Red Warriors 'mengamuk'dengan tiga gol untuk mara separuh akhir bertemu Selangor. Skuad Elavarasan pastinya tidak ingin lagi keciciran mata setelah sebelum ini mereka gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki.

Aksi terakhir yang menemukan dua pasukan itu adalah pada aksi timbal balik kedua Piala FA yang juga berlangsung di 'stadium berhantu' The Red Warriors. Secara statistiknya, Felda United lebih banyak mengasak dan mereka kerap melakukan kekasaran sehingga mencetuskan pergaduhan di tengah padang. NorShahrul dan S.Chanturu antara 'mangsa pukul'  yang terlibat dalam aksi yang penuh dengan dramatik itu.

Menjelang aksi esok, Kelantan mahu melupakan 'tragedi' kekalahan kepada T-Team , sebaliknya mereka ingin terus fokus dan 'maintain'dengan aksi terpuji dalam memastikan tiga mata penuh malam esok menjadi milik The Red Warriors. Diharap barisan pemain Kelantan mampu 'recover' segala aspek sama ada dari segi mental, fizikal, fitness dan sebagainya.

Diramalkan aksi pada malam esok mampu meramaikan lagi 'ummah' ke stadium memandangkan The Red Warriors 'wajib' menang seandainya mereka tidak mahu terus jatuh ke tangga terbawah.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...