Selasa, 12 April 2011

Info@EPL : Benayoun Akui Peluang Chelsea Semakin Tipis




MANCHESTER: Yossi Benayoun (gambar) mengakui kempen Chelsea musim ini akan berakhir jika tersingkir pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester United, awal pagi esok.

Namun pemain tengah Israel itu berkata, beraksi di Old Trafford akan memberi inspirasi kepada Blues untuk melangkah ke pentas final di Wembley.


Chelsea perlu mengubah nasib mereka selepas tewas 0-1 pada suku akhir pertama untuk menghidupkan harapan mereka meraih sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini.

Sejarah menceritakan segala-galanya dengan United tidak pernah tewas pada saingan Liga Juara-Juara selepas memenangi perlawanan pertama di tempat lawan.


Selain daripada itu, hanya dua pasukan pernah bangkit pada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas pada pertemuan pertama di tempat sendiri.


Dengan Chelsea ketinggalan 11 mata di belakang United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Benayoun sedar kempen mereka akan berakhir awal pagi esok andai tumpas.

“Setiap orang tahu kami akan turun beraksi untuk menyelamatkan nasib kami musim ini. Peluang yang ada hanyalah untuk memenangi trofi dan satu-satunya peluang kami adalah menerusi trofi Liga Juara-Juara. Kami perlu melakukannya sebaik mungkin,” katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...