The Red Warriors kembali lega apabila penyerang prolifiknya, Norshahrul Idlan Talaha dapat diturunkan pada malam ini selepas pemain itu dipaksa berehat akibat memungut tiga kad kuning tempoh hari. Kini dengan sekembalinya Norshahrul di posisi kegemarannya, Kelantan dilihat mempunyai sedikit kelebihan untuk memberikan saingan yang sengit kepada pasukan tuan rumah,Perlis.
Ketiadaan Norshahrul pada perlawanan tempoh hari ternyata memberi impak kepada sebahagian besar persembahan pasukan The Red Warriors yang memaksa Red Warriors berkongsi satu mata dengan Sabah.
Namun, dengan kembalinya Norshahrul dan juga rakan-rakan lain yang mengalami penggantungan dan kecederaan seperti Shakir dan Badri Radzi,pastinya Kelantan dilihat tidak bermasalah untuk menjana pergerakan terbaik pada malam ini.
Pada ketika ini Norshahrul berada pada prestasi yang cukup memuaskan meskipun pemain itu gagal meledakkan gol dalam beberapa perlawanan yang lepas. Mungkin dengan percaturan formasi 4-5-1 oleh jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu sedikit menjejaskan beliau untuk meledak gol untuk pasukan.
Jika difikirkan secara logik, formasi 4-5-1 pastinya memaksa seseorang penyerang 'kerja lebih' berbanding pemain lain terutama sekali apabila hanya seorang striker diletakkan di hadapan. Oleh sebab itulah ramai penyokong Kelantan mula resah dan tidak senang dengan taktikal tersebut. Sebenarnya ada lebih baiknya jika Kelantan mengekalkan taktikal B. Sathianathan yang menekankan basic formation 4-4-2.
Setakat 12 perlawanan liga Super, Norshahrul masih lagi mendahului senarai penjaring terbanyak dengan menjaringkan 7 gol setakat ini.Beliau pastinya ingin bangkit pada malam ini dan tidak mustahil seandainya beliau mampu melakukan 'magik' dalam perlawanan bertemu Perlis. Kelantan akui bahawa Perlis kini mula mempamerkan peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Kemenangan Perlis ke atas Juara Piala FA 2010,Negeri Sembilan tempoh hari sudah cukup menggambarkan betapa Perlis mula memandang 'serius' dan mereka kini mula menunjukkan taring mereka.
Malam ini, dengan kembalinya dua pemain tengah Red Warriors, Shakir Shaari dan Badri Radzi dalam pasukan sedikit sebanyak mampu membantu Norshahrul untuk menghasilkan jaringan.. Biar pun jaringkan satu gol, asalkan jaringan tersebut mampu menjulang tiga mata ke Kota Bharu.
SELAMAT MAJU JAYA THE RED WARRIORS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan