Jumaat, 15 April 2011

Manchester City Ingin 'Pukul' United





Setelah tewas kepada Liverpool, kini Manchester City ingin melepaskan 'dendamnya' kepada musuh tradisi, Manchester United pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley awal pagi Ahad ini. City pasti berasa puas kerana kejayaan tersebut tidak hanya menamatkan kekecewaan pasukan itu sepanjang empat dekad lalu tetapi turut merencatkan impian United untuk meraih kejuaraan treble musim ini.

Begitupun sama ada City atau United, kedua-dua pasukan ini pasti akan tampil selaku pasukan pilihan untuk muncul juara Piala FA kerana lawan yang menanti mereka di final pada 14 Mei depan ialah Bolton Wanderers atau Stoke City.

United berada pada prestasi terbaik setelah menang tujuh aksi terakhir dalam semua kejohanan termasuk menewaskan Chelsea 2-1 pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Rabu lalu.

Biarpun United bakal turun tanpa Wayne Rooney yang menjalani penggantungan perlawanan terakhir, pemain veteran, Ryan Giggs, 37, kini pada prestasi cemerlang.

"Tahap keyakinan kami cukup tinggi dan ramai pemain utama yang sudah kembali pulih daripada kecederaan. Itulah yang kami mahukan pada peringkat ini.

"Oleh kerana jadual perlawanan yang padat ketika ini, pengurus perlu melakukan perancangan yang baik bagi memilih pemain. Tapi kami memiliki 20 pemain yang mampu mengisi kesebelasan utama," kata Giggs.

Tatkala United kehilangan Rooney, City turut berdepan tugas sukar apabila mereka bakal turun tanpa Carlos Tevez yang mengalami kecederaan hamstring ketika mereka tewas 0-3 kepada Liverpool awal pagi Selasa lalu.

Satu lagi aksi separuh akhir turut akan berlangsung di Wembley menemukan Bolton dan Stoke sehari selepas pertemuan City dan United itu. - Reuters

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...