Selasa, 12 April 2011

Info@EPL : Carrick Masih Merendah Diri




MANCHESTER: Michael Carrick enggan terlalu yakin menyatakan Manchester United kini tinggal hanya selangkah saja untuk meraih tiket ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

United akan melayan kunjungan Chelsea di Old Trafford awal pagi esok dengan menyedari mereka perlu mengelakkan kekalahan dalam usaha melangkah ke separuh akhir di mana kemungkinan besar akan bertemu Schalke 04 pada saingan empat pasukan terbaik itu.


Ia adalah tugas yang jelas perlu dilaksanakan oleh pasukan yang tidak pernah tewas pada 11 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara dan hanya mencicirkan dua mata di Old Trafford iaitu ketika bertemu West Brom, Oktober tahun lalu.

Begitupun, Carrick berwaspada ulangan kemenangan 2-1 Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford tahun lalu mampu menyaksikan kelab itu melangkah ke saingan seterusnya.


“Kami tidak boleh menyatakan perlawanan ini sudah berakhir. Mungkin orang lain menganggap kami mempunyai keyakinan tinggi tapi saya serta rakan sepasukan tidak mahu terbawa-bawa dengan pandangan ini.


“Kami menghormati Chelsea. Hanya tahun lalu mereka menewaskan kami di Old Trafford pada saingan liga dan andai dapat mengulangi kejayaan sama kali ini, pasti kami akan tersingkir.

“Kami berada pada situasi terbaik tapi apabila berlangsung perlawanan Selasa ini (awal pagi esok), kami perlu membuktikan kemampuan sebenar,” katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...