Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Isnin, 11 April 2011

Nizad Ayub Tampil penuh Bergaya Julang The Red Warriors



Kejayaan penyerang muda The Red Warriors, Nizad Ayub menyumbangkan dua gol untuk The Red Warriors sabtu lalu jelas sekali bakal menjamin kedudukan beliau dalam senarai pemain kesebelasan The Red Warriors pada perlawanan yang akan datang.

 Beliau sendiri mungkin tidak menyangka akan kebolehan beliau melakukan aksi yang dianggap paling manis dalam kariernya. Mana tidaknya, kerana di samping beliau menjaringkan gol untuk The Red Warriors, status selaku pendahulu juga kembali diterajui Red Warriors.


Nizad cukup bernasib baik kerana beliau mencapai tahap prestasi sebenar pada saat yang cukup tepat. Hal ini demikian kerana pada ketika ini Kelantan kehilangan 'striker' lincah, Ramzul Zahini Adenan yang kini masih lagi dalam proses pemulihan setelah pemain itu mengalami kecederaan. Namun dikhabarkan Ramzul bakal diturunkan dalam aksi bertemu Perak di Ipoh.

Berbalik kepada cerita Nizad, beliau kini harus mengekalkan momentum terbaiknya kerana hanya dengan cara tersebut beliau mampu membuktikan kepada semua pihak bahawa beliau bukan 'anak emas' Kelantan seperti yang dianggap oleh segenap lapisan penyokong. Untuk memastikan beliau mampu mengetuk pintu skuad kebangsaan, Beliau perlu menanam tekad yang teguh agar impian beliau menjadi pemain bolasepak profesional menjadi Kenyataan. Jika tidak salah (Arena Bola)AB,Nizad sangat mengagumi kelincahan serta stylish pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini antara pemain terbaik dunia. Untuk mengikut jejak Ronaldo pastinya agak mustahil memandangkan Liga Malaysia hanya bersaing di peringkat Asia.

Namun ianya tidak mustahil andainya Nizad mampu menjulang Kelantan selaku Juara Piala FA musim ini. Ini kerana pemenang Piala FA bakal automatik beraksi dalam saingan Piala Asia(Kalau di Eropah, Liga Europa la). Seandainya Kelantan mampu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala Asia, tidak mustahil The Red Warriors akan layak ke Liga Juara-Juara Asia(kalau Eropah, Liga Juara-Juara Eropah ler). Namun, untuk ke Liga Juara-Juara, syaratnya ialah Kelantan perlu berada empat teratas dalam saingan liga domestik...So, imagine la ...

1 ulasan :

Penyokong Fanatik Kijang emas berkata...

Nizad kini telah menjaringkan 2 gol dalam saingan Liga Super dan kalau xsilap AB, Beliau juga telah menjaringkan 1 gol untuk Piala Fa...Sekalung tahniah buat Ijak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...