Jumaat, 15 April 2011

Reaksi Orang Kuat Kelantan Berkenaan Isu 'Fans Perak'



Arena Bola hari ini akan memaparkan reaksi 'orang kuat' Kelantan terhadap tindakan 'berani' Sulaiman Ali Sulaiman yang menghina negeri Kelantan dan pemimpinnya. Apa kaitan bolasepak dengan pemimpin negeri? Itulah yang Arena Bola kesal dan berharap saudara Sulaiman Ali Sulaiman diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t.. Kontroversi yang dicetuskan saudara Sulaiman kini menjadi perbualan hangat di negeri Che Siti Wan Kembang..


Memang isu seperti ini jarang berlaku namun hakikatnya perkara ini cukup  memberi kemarahan kepada ribuan rakyat negeri Kelantan yang sememangnya terkenal dengan sikap 'pantang dicabar.' Arena Bola melalui rakan facebook kelmarin ternyata cukup terkilan terhadap apa yang terjadi meskipun sudah terdapat beberapa individu yang mewakili 'fans perak' tampil ke hadapan untuk memohon maaf. 

Jika dibandingkan dengan orang  bukan Melayu pun tahu menghormati adat dan Institusi Raja-Raja, tetapi sebagai seorang melayu, penghinaan sebegini melambangkan betapa rendahnya mentaliti dan akhlak seseorang individu. Jangankan Kelantan, penulis yakin rakyat mana-mana negeri sekalipun tidak dapat menerima penghinaan sebegini.


Arena Bola bukan  ingin mengapi-apikan perkara ini, namun ingin menasihatkan pencinta sukan, termasuk dari kalangan rakyat Kelantan sendiri, usah jadikan sukan sebagai platform untuk mencetus provokasi melampau, bergaduh, menghina sesama kita. Tidak salah memberi sokongan, tetapi biarlah secara bijak dan berhemah, biar apapun sebabnya. Jangan kerana mulut, badan binasa.

Untuk melihat reaksi 'orang kuat' Kelantan, Arena Bola berjaya mendapatkan pengurus The Red Warriors petang semalam dan inilah reaksi beliau, "saya tak faham kenapa orang kena bersumpah seranah tak tentu pasal dan membabitkan orang yang tak berkenaan dlm isu ini... jangan dilayan benda-benda ini kerana ianya dpt mencerminkan kebodohan diri seseorang itu sendiri...."

Seterusnya Arena Bola berjaya mendapat jawapan daripada Tan Sri Annuar Musa melalui wall facebook beliau dan ini kata beliau "SAYA HARAP kita orang Klate jangan jadi macam SULAIMAN ALI SULAIMAN..jaga adat Dan tutur kata walau di Fb...JANGAN MENGHINA ALSULTAN SEDEMIKIAN RUPA KERANA SETIAP SULTAN ADA RAKYATNYA DAN RAKYAT AKAN MEMBELA SULTANNYA..kita RAKYAT Kelantan tetap menyangjung DYMM ALSULTAN KITA...SULAIMAN HARUS MENARIK BALiK CATATANNYA DAN MEMOHON MAAF PD SULTAN DAN RAKYAT KELANTAN... "

Setelah mendengar penjelasan dua 'orang kuat' Kelantan, Arena Bola berharap para penyokong Kelantan bersabar dan tidak melakukan hal yang sama dengan Saudara Sulaiman. Ini kerana ianya tidak akan mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan kepada sekelilingnya. Yang Pastinya diharap Saudara Sulaiman tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat kelantan dan AL Sultan Kelantan.

Diharapkan semua ini akan selesai dan penyokong kedua-dua negeri kembali bersatu padu demi negara tercinta. Ingat! Kerana mulut , Badan Binasa!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...