Isnin, 25 April 2011

Sekilas El Clasico Edisi Pertama : Badri Radzi vs Amri Yahyah

Dua Kapten dari pasukan berbeza,Amri Yahyah(kiri)
dan Mohd Badri Radzi bakal menentukan nasib pasukan 
mereka pada pertemuan malam  esok.

Pasti  ramai peminat bolasepak di luar sana yang cukup berdebar menanti saat 90 minit yang bakal dilalui oleh pasukan kesayangan masing-masing. Pertembungan dua pasukan gergasi Malaysia ini sememangnya sudah tidak asing lagi dan pastinya ia menarik ramai penonton ke Stadium terutama sekali para penyokong setia The Red Warriors yang bakal menanti pasukan Red Giants yang akan bertandang ke Kota Bharu.

Nama Amri dan Badri sememangnya cukup
disegani dalam kancah Liga Malaysia sejak dulu lagi.

Namun dalam edisi kali ini akan lebih mengisarkan tentang dua watak penting yang akan mengatur strategi yang berkesan mengikut kebijaksanaan mereka. Siapa lagi kalau bukan Amri Yahyah(kapten Selangor FA) dan  Mohd Badri Radzi(Kapten Kelantan FA).

Badri Radzi(kanan) antara watak penting yang menaikkan
imej The Red Warriors di samping beliau turut menjulang
pasukannya itu sebagai kuasa baru bolasepak Malaysia.

Siapakah yang terhebat? Amri Yahya atau Badri Radzi? Jom kita lihat dulu serba sedikit kecemerlangan Badri  Radzi musim ini. Kapten Kelantan yang lebih dikenali dengan nama Piya ini memang cukup cemerlang musim ini. Antaranya, beliau berjaya memimpin The Red Warriors untuk bergelar Juara Piala Sumbangsih januari lalu dengan menamatkan 'badi' kekalahan di Shah Alam. Lebih menarik, Kelantan berjaya berada di persada Liga Super selama beberapa minggu sehingga menonjolkan pasukan The Red Warriors sebagai 'gelombang evolusi'  kepada arena bolasepak Malaysia.

Kredit picture to: Wawan Faiz
Badri Radzi ternyata cemerlang menggalas tugas sebagai Kapten
pasukan meskipun terdapat manis dan pahit dalam kariernya.

Berbanding musim  lalu, Badri ternyata sangat diperlukan  oleh pasukan memandangkan Kelantan ditinggalkan   kapten berwibawa, Indra Putra mahyuddin  akhir musim lalu. Namun, keberanian Badri memegang amanah selaku pemilik lilitan 'Kapten,' sememangnya cukup membanggakan. Namun begitu, pada akhir-akhir perlawanan Liga Super, fokus kapten The Red Warriors ini sedikit terjejas akibat kepenatan dan menyaksikan pasukannya sedikit terjatuh ke tangga ketiga dan keempat liga.

Demi The Red Warriors, Badri sanggup mengorbankan
kepentingan diri kerana rasa tanggungjawab beliau kepada pasukan
yang mengatasi segalanya.

Walaubagaimanapun, kebangkitan Badri pada dua perlawanan terakhir pusingan pertama ternyata memberi impak yang cukup besar untuk The Red  Warriors. Beliau yang direhatkan dua perlawanan sebelum itu,ternyata seakan-akan dahagakan jaringan sekaligus menyaksikan pemain berumur 30 tahun itu meledak  hatrik untuk menjulang Kelantan di Kangar dengan kemenangan 5-1.

Kredit picture to: [Userun Useoff]
Badri tetap bersabar meskipun sebelum ini prestasi beliau
sering dipertikaikan oleh para penyokong Kelantan.

Pada aksi terbaru di Kota Bharu tempoh hari, Badri sememangnya tidak mengecewakan puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors apabila beliau berjaya membimbing Kelantan dengan kemenangan 4-0 di samping beliau turut menyumbangkan satu gol pada malam itu. Menjelang aksi 26 April ini, Badri pasti ingin menebus kekecewaan sewaktu diikat 0-0 di Kota Bharu dalam saingan Liga Super musim lalu. Untuk rekod musim ini, Badri sudah menjaringkan 6 gol daripada 14 perlawanan Liga Super setakat ini.

Amri Yahyah perlu diawasi dengan baik oleh barisan
pertahanan Kelantan seandainya tidak ingin dikecewakan.

Kisah Amri Yahyah pasti tidak ada bezanya memandangkan semua sudah mengenali pemain berusia 30 tahun ini. Kejayaan  beliau menewaskan Edwin Van Der Sar dan Ben Foster merupakan antara  sejarah yang pasti dingati baik para peminat bolasepak tempatan  mahupun dirinya sendiri. Kecemerlangan Amri pada musim 2009 antara sebab mengapa Selangor menjadi antara pasukan yang cukup digeruni di Malaysia.

Rembatan pemain ini kadang kala tidak mampu
dijangka oleh penjaga gol memandangkan ledakan
beliau boleh mengelirukan pihak lawan.

Musim ini, Amri Yahyah telah menjaringkan 4 gol daripada 14 perlawanan Liga Super namun beliau masih mampu membawa The Red Giants ke persada liga dengan  kelebihan mata yang cukup selesa. Pada aksi terakhir di Sabah, Amri ternyata masih berbisa apabila meledakkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan dengan Sabah yang berkesudahan 2-1.

Pada pertemuan yang ke-11 bagi Kelantan dengan Selangor pastinya kecemerlangan dua kapten ini bakal menjadi tumpuan dan hanya kebijaksanaan dan kelincahan sahaja yang mampu untuk memastikan pasukan mana yang menjaringkan gol dan seterusnya mencapai kejayaan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...