Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Sabtu, 23 April 2011

Kemenangan Besar Bukti Kelantan Masih Berbisa



Siapa kata Kelantan sudah hilang bisanya?  hehehe....Alhamdulillah...Kelantan menang lagi kali ini..Kali ini The Red Warriors berpesta gol di Kota Bharu dengan dibantu dengan sorakan lebih 15,ooo 'lautan merah' yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad keIV semalam. Ternyata kemenangan 5-1 di Kangar kini  berterusan apabila The Red Warriors mempamerkan rentak cemerlang untuk membelasah Perlis 4-0 dalam aksi Liga Super pusingan kedua yang baru  sahaja membuka tirainya semalam.

kredit picture to: Kelantan TRW 2011
Papan skorboard menunjukkan kelantan menang mutlak 4-0
dan kelihatan penyokong sangat gembira sekali.


Beraksi di hadapan lebih 15,000 peminat setia, tuan rumah memulakan asakan awal dan berpeluang memecah kebuntuan pada minit ke-6 menerusi penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha namun rembatan beliau hanya mampu melawati palang.

Pada minit ke-26, Norshahrul sekali lagi tampil dengan peluang terbaik untuk menjraingkan gol, namun sepakannya berjaya dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol pihak lawan, Mohd. Amirul Rosli di gawang gol Perlis.

Berselang beberapa  minit, Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan jaringan menerusi pemain muda, Mohd Izuan Salehuddin apabila sepakan lencungnya gagal diselamatkan oleh Mohd. Amirul Rosli, sekaligus Kelantan mendahului separuh masa pertama.  Keputusan 1-0 berlanjutan hingga tamat separuh masa  pertama.
kredit picture to: Kelantan TRW 2011
Stadium Sultan Muhammad keIV kembali dihangatkan dengan
sorakan padu The Red Warrios

Bersambung babak kedua, kelantan terus agresif  dan cukup bernafsu untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-51, Norshahrul Idlan Talaha menceriakan peminat setia The Red Warriors untuk gol kedua tuan rumah.

Pemain gantian Mohd. Nizab Ayub membalas kepercayaan yang diberikan oleh m.Karathu apabila meledak gol ketiga Kelantan. Kini pemain ini mengumpul 4 gol koleksi peribadinya musim ini.
(kredit picture to: Wawan Faiz)
Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi kini kembali menemui sentuhan 
ajaibnya setalah sebelum ini menghampakan para peminat setianya.

Beberapa minit kemudian,Kapten pasukan Mohd. Badri Radzhi menutup malam gemilang tuan rumah menerusi gol keempat pada minit ke-73. Ternyata 2  gol awal telah menaikkan semangat The  Red Warriors dan mereka terus memburu gol berikutnya.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan merampas kedudukan kedua liga daripada Terengganu, namun jirannya itu berkelebihan satu perlawanan.

2 ulasan :

peja berkata...

pembetulan : kelantan menang 5-1 ke atas perlis di kangar, bkn 5-0 seperti yang tertulis di atas

Matt Ferdaz berkata...

terima kasih kerna sudi membantu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...