RAIH kemenangan di Kota Kinabalu, kemudian curi sekurang-kurangnya satu mata di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Itu misi jurulatih Selangor, K. Devan menjelang tiga aksi di tempat lawan secara berturut- turut yang perlu dihadapi pasukannya apabila memulakan saingan pusingan kedua Liga Super esok, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Selangor yang kini mendudu- ki tangga teratas dengan 29 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, Terengganu yang menghuni tangga kedua bakal turun menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.
Selepas itu, skuad Selangor akan terbang pula ke Kota Bharu untuk bertemu Kelantan pada Selasa depan disusuli pertembungan dengan Terengganu di Kuala Terengganu tiga hari kemudian.
"Pada aksi menentang Sabah, sasaran kami ialah untuk mengutip tiga mata penuh. Kami mahu memulakan saingan pusi- ngan kedua ini dengan langkah kanan.
"Tetapi pada perlawanan dengan Kelantan dan Terengganu, kami tidak boleh serahkan tiga mata penuh kepada pasu- kan lawan kerana kedua-dua mereka merupakan pencabar utama di tangga teratas.
"Kalau boleh, seri pun sudah memadai. Tetapi kalau boleh, kami mahu menang untuk melebarkan lagi jurang mata," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selangor hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 pada tiga aksi terakhir bertemu Felda United, Perak dan Sabah pada Selasa lalu tetapi bagi Devan, bukan pasukannya saja merasai kelesuan akibat jadual padat.
"Kita boleh nampak berdasarkan keputusan Selasa lalu, semua perlawanan menyaksikan margin gol yang sedikit ke- cuali Kelantan yang menewaskan Perlis 5-1.
"Jadi saya akan bawa semua pemain utama ke Kota Kinabalu kecuali Fadzli Saari yang cedera," jelas Devan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan