Sabtu, 16 April 2011

Kelantan Ingin Pulih Maruah Tercalar, Sabah Ingin Balas Dendam Lama



Tumpuan peminat bolasepak di pantai timur pastinya terarah pada aksi yang menemukan dua bekas pasukan Liga Premier yang dahulunya merupakan antara musuh tradisi masing-masing. Sabah mahupun Kelantan pastinya tidak mahu menggigit jari memandangkan perlawanan Liga Super sudah menghampiri tirai pusingan pertama tidak lama lagi.



 Dua pasukan ini pastinya mempunyai misi yang berbeza namun Kelantan lebih optimis kerana mereka ingin mengubati luka selasa lalu. Sabah pula hanya mempunyai satu misi. Mereka ingin menjadi pasukan pertama musim ini yang cemerlang merobek 'rekod bersih' The Red Warriors di Kota Bharu.



Tugas getir menanti The Red Warriors malam ini di saat pertemuan yang akan menemukan The Red Warriors dengan musuh tradisi mereka sejak beraksi dalam kancah Liga Premier musim 2007 dan 2008, Sabah. Memang jika dilihat pada statistik, kedua-dua pasukan telah bertembung empat kali sebelum ini dan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada The Red Warriors sebanyak dua kali dan dua kali keputusan seri daripada empat pertemuan sebelum ini.


Sejak tahun 2007 hingga kini, Sabah masih kempunan untuk mengalahkan The Red Warriors baik di Likas mahupun di Kota Bharu. Adakah 'rekod bersih' Kelantan akan dihapuskan oleh Sabah?


Rekod Pertemuan Kelantan Dengan Sabah 



11/04/08
Sabah1 - 2KelantanMore info

11/01/08
Kelantan2 - 1SabahMore info

18/05/07
Kelantan1 - 1SabahMore info

19/01/07
Sabah1 - 1Kelantan

Jika dinilai pada rekod perlawanan lalu, Kelantan dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka beraksi di hadapan 'Lautan Merah' yang nisbah penyokong kira-kira 25,000 orang.


Namun, skuad The Red Warriors sedikit tempang kerana ayam tambatannya , Norshahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari terpaksa direhatkan kerana mereka telah mengumpul tiga kad kuning. Namun kem Kelantan kembali ceria apabila mereka dikhabarkan akan menurunkan Badri Radzi dan Ramzul Zahini.


Bagi ribuan penyokong The Red Warriors, kemenangan pada malam ini cukup penting sekali bagi memulihkan maruah pasukan yang sedikit tercalar gara-gara kesilapan lalu. Ianya bukan sahaja untuk membuktikan betapa mereka kembali bangkit malah mereka juga ingin memastikan Liga Super kembali diterajui The Red Warriors.


Barisan Kelantan mungkin akan mengalami sedikit perubahan berikutan prestasi kurang konsisten segelintir pemain. Tugas selaku Kapten akan kembali dipikul Mohd Badri Radzi yang sebelum ini sudah berehat dua perlawanan berturut-turut. Kecergasan beliau pada malam ini bakal memberi Kelantan kelebihan meskipun terpaksa melupakan khidmat Matyo dan Shakir.


Jurulatih Sabah, Mark Jones mengakui bahawa misi anak didiknya sedikit sukar malam ini namun, beliau yakin dalam bola bolasepak apa saja boleh berlaku.


“dalam bolasepak, kita tak boleh duga apa akan berlaku. Kelantan bukan pasukan mudah, mereka pasti akan bangkit, yang saya mahu komitmen 100% pemain, kalau dapat 1 mata dah cukup nasib baik, 3 mata adalah bonus..saya takkan pressure pemain saya..”, SMS daripada penolong pengurus Sabah, Mark Jones.

Ketika ini, Sabah di kedudukan ke-13 daripada 14 pasukan yang beraksi dalam Liga Super, dengan 10 mata - 4 mata dibezakan dari zon pertengahan liga dan 10 mata di belakang Kelantan yang ketika ini menghuni tangga keempat.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...