Selasa, 12 April 2011

M. Karathu Bimbang 'Trauma' Tewas Di Tempat Lawan Berulang




Datuk M Karathu mahu anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang ketika membelasah felda United 6-0 bagi meneruskan misi menjuarai Liga Super musim ini terutamanya pada malam ini yang bakal menemukan mereka dengan Perak. Pastinya tugas sukar menanti anak didik M Karathu berdasarkan rekod bersih Perak di gelanggang sendiri. Coach Karathu antara individu yang melahirkan kebimbangan pada aksi malam ini kerana beliau bimbang kalau-kalau 'trauma' kalah di tempat lawan sejak akhir-akhir ini berulang lagi. Ini kerana The Red Warriors tewas dua aksi terakhir di tempat lawan iaitu Pahang dan T-Team.

Namun, disebalik kebimbangan, Coach M Karathu melahirkan rasa puas hati dengan permainan yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya, beliau berkata jika mereka dapat berbuat demikian, misi Red Wariors untuk menjuarai liga super itu akan menjadi kenyataan.Ini kerana The Red Warriors kini berada di persada Liga Super, dipisahkan dengan Selangor dengan perbezaan jaringan gol.
“Saya harap prestasi seperti ini dapat dikekalkan untuk menghadapi perlawanan menentang Perak dan Sabah selepas ini,” katanya. Pada perlawanan itu, semua pemain Kelantan menunjukkan mutu permainan cemerlang dan menguasai keseluruhan permainan sehingga tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat menembusi gawangnya.

Datuk M. Karathu sedar peluang untuk mencatat kemenangan pada malam ini agak seimbang memandangkan Perak yang juga merupakan pencabar Kelantan musim ini mempunyai rekod yang cukup baik di gelanggang sendiri. Namun beliau percaya anak didiknya akan bermain bermati-matian dalam misi memastikan peluang mereka mencipta sejarah dengan menjulang Piala Liga Super 2011 menjado satu kenyataan.

Dikhabarkan Ramzul Zahini Adenan yang sebelum ini mengalami kecederaan bakal diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus akan memberi tonik tambahan kepada The Red Warriors menundukkan Perak di Ipoh.

Andainya kemenangan mampu dicapai pada perlawanan malam ini, badi kalah di tempat lawan pastinya terhapus dan Kelantan bakal terselamat daripada 'sumpahan' itu.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...