Blog Ini Memaparkan Tentang Perkembangan Bolasepak Malaysia Khususnya Bagi Pasukan Kelantan FA The Red Warriors. Berita Terkini Dan Rumours Transfer Musim 2015 Turut Dimuatkan Dalam Blog Ini. "Be Part Of Champions Team"
Khamis, 14 April 2011
Info@LSM : 'Murid' hampakan 'Tok Guru'
GEMBIRA dan simpati.
Begitu perasaan pemangku jurulatih Kedah, Radhi Mat Din setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-0 yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah yang merupakan bekas tok gurunya pada saingan Liga Super di Paroi, kelmarin. Pertembungan anak murid dan tok guru itu menarik kerana mereka pernah bersama dalam skuad Kenari pada musim 2007 dan 2008 dengan Radhi merupakan penolong jurulatih manakala Azraai adalah ketua jurulatih yang menjulang Kedah sebagai juara treble.
Bagi Radhi, pertemuan itu adalah perlawanan biasa, namun penyokong bola sepak melihat sebaliknya sebagai pertembungan anak murid dan tok guru.
Katanya, beliau gembira kerana anak buahnya mampu mencatat kemenangan ke atas lawan yang merupakan antara pasukan terbaik yang dibarisi ramai pemain berpengalaman dan hebat dalam Liga Malaysia.
“Kedah berhati-hati dan waspada berdepan dengan Negeri Sembilan. Azraai sememangnya maklum dengan pemain Kedah kerana dia pernah membimbing pasukan ini.
“Apa yang penting, saya mengingatkan pemain agar tidak membenarkan gawang dibolosi pasukan lawan dan pemain berjaya melakukannya. Saya bersyukur kemenangan berpihak kepada Kedah,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar, semalam.
Jaringan kemenangan Kedah diraih menerusi Mohd. Azlan Ismail pada minit ke-61 dan Baddrol Bakhtiar melengkapkan kejayaan skuad Hijau Kuning pada minit ke-88.
Menurut Radhi, beliau simpati dengan Azraai dan Negeri Sembilan kerana beraksi dalam keadaan tempang tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan.
Katanya, keadaan itu amat memeritkan kepada mana-mana jurulatih yang terpaksa menyusun strategik terbaik untuk pasukan, namun ia tidak berpihak kepada Negeri Sembilan.
“Sekiranya Negeri Sembilan menurunkan kesebelasan utama mungkin keputusan perlawanan berbeza,'' katanya.
Negeri Sembilan tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama termasuk Idris Karim, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, Hairuddin Omar dan Norhafiz Zamani Misbah akibat kecederaan.
Apa pun ujar Radhi, beliau mengucapkan syabas kepada pemain kerana bijak memanfaatkan peluang di atas kehilangan ramai pemain utama lawan untuk meraih kemenangan.
Katanya, kemenangan ini memberi suntikan moral kepada pemain untuk terus mempamerkan aksi terbaik bagi kejayaan pasukan.
“Tahniah kerana pemain berjaya mengambil kesempatan di atas kelemahan lawan yang hilang beberapa tonggak. Namun perjuangan belum selesai dan pemain perlu terus memberi komitmen dan kesungguhan yang tinggi kepada pasukan,'' katanya.
Artikel ini dipetik daripada Kosmo!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...
-
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam ...
-
Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Daru...
-
Bolasepak malaysia sebenarnya tidak lengkap tanpa 'karenah' para penyokong setia The Red Warriors. Ini kerana sebelum Kelantan menj...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan