Khamis, 21 April 2011

Fergie DiKritik Hebat




HERNANDEZ (kiri) dituduh berlakon selepas dikasari oleh Danny Simpson pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

LONDON - Alex Ferguson berang selepas Manchester United tidak dihadiahkan sepakan penalti ketika seri tanpa jaringan dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

Keputusan tersebut memberi peluang kepada Arsenal untuk kembali dalam perebutan gelaran liga musim ini.
Pengurus skuad The Red Devils itu menjelaskan, pasukan itu sepatutnya dihadiahkan penalti selepas Danny Simpson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti.
Sebaliknya, pengadil, Lee Probert menghukum Hernandez dengan kad kuning atas alasan sengaja menjatuhkan badan, sekali gus mencetuskan kemarahan Ferguson.
"Ia sepatutnya sepakan penalti," jelas Ferguson.
"Saya sendiri melihatnya dan jelas sekali ada sentuhan di antara mereka.
"Pengadil juga membuat keputusan yang teruk dengan melayangkan kad kuning kepada pemain. Jika dia enggan memberi penalti tidak mengapa tetapi kad kuning itu adalah satu keputusan yang memalukan."
Begitupun, Ferguson yang menjalani hukuman penggantungan di tempat penonton gembira dengan reaksi anak-anak buahnya yang tewas 0-1 kepada Manchester City pada separuh akhir Piala FA.
"Saya yakin kami semakin baik sekarang," kata Ferguson.
"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi masih belum cukup untuk menembusi gawang mereka." 
Sumber :- Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...