"Siapa sangka kami boleh menewaskan sebuah pasukan yang cukup hebat pada musim ini tetapi kami telah buktikan dan inilah kekuatan sebenar yang ada pada T-Team.
"Kami bermain mengikut cara kami dan hasilnya, kami berjaya mencatat kemenangan," kata Yunus.
Malah, Yunus melahirkan rasa puas kerana berjaya menebus kekalahan kepada Kelantan selepas disingkirkan pasukan sama pada kempen Piala FA sebelum ini.
"Seperti yang saya kata sebelum ini, saingan Piala FA dengan Liga Super adalah berbeza.
"Apa yang penting, kami berjaya mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berturut-turut dan tiga mata yang dikutip malam ini (kelmarin) adalah tiga mata paling berharga buat T-Team," jelasnya lagi.
Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin, T-Team yang beraksi di hadapan 5,000 penyokong tempatan tampil dengan kelas tersendiri.
Empat gol yang dijaringkan tuan rumah itu, masing-masing disumbangkan Zairo Anuar Zailani, Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin dan Haris Safwan Kamal.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun masih ada sedikit kekurangan terutamanya dalam mengekalkan fokus sepanjang 90 minit permainan.
"Kita boleh lihat bagaimana pemain saya hilang tumpuan selepas mendahului tiga gol sehingga memberi laluan kepada pemain lawan menjaringkan dua gol dalam tempoh masa yang singkat.
"Masalah inilah yang paling saya takuti apabila pemain mula memberi ruang kepada lawan tanpa mahu memberi tekanan," ujarnya.
Di kem Kelantan, Datuk M.Karathu kini dalam proses mengenalpasti 'sindrom' yang dialami oleh anak didiknya. Kini The Red Warriors masih berduka selain terpaksa melepaskan kedudukan selaku pendahulu liga. Menjelang Aksi 9 April ini, jurulatih masih berteka-teki barisan 'terkuat' yang akan berdepan dengan Felda United di Kota Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan