Khamis, 10 Julai 2014

Norfarhan Muhammad kembali bersama The Red Warriors musim 2015?

BEN10 kembali bersama The Red Warriors musim 2015?


Ternyata kehilangan Norfarhan Muhammad musim ini telah menimbulkan kepincangan di bahagian serangan The Red Warriors. Norfarhan yang lebih mesra dengan panggilan BEN10 dalam kalangan ribuan penyokong setia The Red Warriors turut menghadapi masalah untuk meledakkan jaringan bersama Sang Penyu, Terengganu FA di samping beliau juga dihantui dengan masalah kecederaan. 

Walau bagaimanapun, Farhan yang telah membuat membuat penampilan sebanyak 134 kali bersama The Red Warriors dilihat bakal pulang ke Kota Bharu untuk musim 2015. Beliau bakal kembali menyarung jersi nombor 10 The Red Warriors setelah desas desus bertiup kencang mengatakan bahawa Francis Forkey Doe bakal meninggalkan Kelantan FA pada akhir musim ini. Berita ini sudah pasti meyakinkan lagi berita tentang kepulangan pemain kelahiran Terengganu yang kini berusia 29 tahun.




Jika dilihat dan dibuat perbandingan antara musim 2013 dengan musim 2014, Ben10 jelas sekali lebih memberi impak kepada pasukan yang diwakili pada musim lalu dengan beliau berupaya menjulang Kelantan sebagai Juara Piala FA Malaysia musim 2013.  Untuk musim 2015, Kelantan dijangka membawa masuk sekurang-kurangnya 3 bekas pemain The Red Warriors, dan sudah pasti BEN10 antara calon terbaik untuk membarisi skuad The Red Warriors musim hadapan.





Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...