Memaparkan catatan dengan label Bloggers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bloggers. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2011

[Tips] Langkah Meningkatkan Trafik Blog & Menjadi Top Blogger



PeriklananPeriklanan

Ramai yang bertanya pada aku, bagaimana nak bagi trafik blog tinggi. Ada jugak yang tanya, camne nak jadi top blogger. Jadi hari ini aku akan cantumkan pertanyaan tersebut dan membongkar bagaimana untuk mendapat kedua-duanya. Menarik bukan? Pertama sekali, tidak kisahla korang menggunakan platform apa untuk berblog, semua boleh cuba tips nie. Yang dah ada blog boleh cuba, yang baru nak buat blog lagi boleh cuba.
Jom kita layan tip-tip dibawah. Sumber datangnya dari perbincangan antara aku dan blogger-blogger yang sudah lama menulis blog. Inilah hasilnya.

1. Tukar Blog Kepada Blog Muat-Turun/Perkongsian

Disebabkan ramai rakyat Malaysia ni suka mendownload, apa kata korang buat blog download, tak kira la movie, mp3 mahupun software. Yang penting cara mendownload tue cepat dan pantas. Laman download pun mestilah boleh guna IDM, kalau tak website korang takkan popular. Satu lagi, korang perlulah cepat mengupload/cilok link lebih cepat dari laman-laman blog pesaing. Blog camni kalau korang pasang iklan memang laku.Kalau nak banyak trafik lagi, korang capture sendirik muvie, drama tue.
Blog macam nie untuk orang kaya sahaja. Kenapa? Ada potensi untuk disaman. Pastikan korang mempunyai minimum sejuta didalam akaun bank.

2. Tukar Blog Kepada Blog Gosip Artis

Selain dari blog download, orang Malaysia ni suka baca blog gosip. Lagi-lagi pasal artis. Nak dijadikan point nak borak-borak kat opis/kelas dan lain-lain. Bila dah bukak tue, mestila korang kena pantas mendapat maklumat. Takkan nak tunggu melodi baru nak update. Memang korang lagi lambat la dari melodi camtu. Banyak keuntungan yang korang dapat bila blog korang dah top, antaranya dapat pergi setiap anugerah yang ada kat Malaysia ni (Anugerah Hiburan je la), dapat tengok wayang awal dari orang lain/sebelum tarikh tayangan kat wayang, dapat masuk surat kabar, & dapat kenal/lepak/bergambar dengan artis yang korang nak.
Pastikan gosip yang korang nak cerita tue betul, kalau tak, free jerk dapat dosa sebab sebar cerita palsu. Artis sekarang pun dah pandai saman-saman. So, sebelum update, pastikan korang periksa balance akaun di bank.

3. Tukar Blog Kepada Blog Lucah (Download 3GP)

Ops, betul atau tidak, blog macam nie memang popular. Lagi-lagi bila Harian Metro dah buat iklan percuma kat paper diorang. Yang penting, video 3GP tue mestilah buatan Malaysia dan masih hot gitu. Kalau blog macam nie dapat tahan lama, tak tau lah aku.
Kalau aku jumpa site macam nie, jangan segan-segan nak report ye. Jangan share ngan kawan-kawan. Dosa tau subahat. :tongue:

4. Ubah Banner/Header Blog

Gambar diatas hanyalah hiasan
Korang rasa korang cantik/comel? Tersenarai didalam GadisComel.com dah kira sebelah kaki la kot. Apa yang aku perasan, orang suka baca blog orang yang macam nie. Cantik, keje bagus, friendly dan lain-lain. Kalau agak-agak dah cukup syarat, pastikan kat blog korang banner/header ada gambar korang. (contoh format header/banner) Penarik trafik tue. Pastu update jerk apa-apa pun, pastikan korang letak minimum satu gambar korang. Tak kisah apa aksi pun. InsyaAllah berjaya.
Pastikan korang betul-betul cantik/comel. Jangan perasan cantik/comel udah la ye. Pastikan itu gambar korang sendiri. :sad:

5. Cari Pasal Dengan Blogger Yang Popular/Top/Ramai Haters

Pertama sekali, jangan cari pasal dengan aku plak ye. Aku tak popular dan jauh sekali top. Pi cari orang lain. Cara nie adalah amat berhasil, dan ia sudah terbukti. Nak tengok bukti? Carilah sendiri ye. Selain dari gosip-gosip artis, ada juga orang yang saja nak ambik tau pasal dunia blogger. So, cari mangsa, kaji kelemahan beliau, dan serang!! :devil:
Tak baik gaduh-gaduh ni. :beaten:

6. Menjadi Spammer

Cara nie memang agak keji. Ini adalah langkah terakhir untuk mendapatkan trafik/menjadi top blogger. Dan cara ini juga adalah cara yang agak mudah jika nak dibandingkan dengan ke semua langkah diatas. Caranya, korang spam link entri korang kat ke semua kawan-kawan korang kat Facebook, Twitter dan Email. Paling malas, sehari sekali. Kalau rajin sangat, korang buat setiap jam.
Cara nie ada keburukkannya. Mungkin korang akan diban/dicaci. Dan mungkin juga akan kehilangan kawan. Khas untuk orang-orang yang kental dan berhati waja sahaja.
Jika korang tidak mampu berbuat demikian, tulislah entri dengan penih ikhlas tanpa memikirkan trafik, pangkat dan wang ringgit. InsyaAllah korang akan mendapat hasil yang korang tidak jangkakan. Hasilkanlah entri yang berkualiti, kreatif dan bukan berkuantiti banyak. Kerana tidak semesti kemaskini yang kerap, akan dapat meningkatkan trafik blog.

5 Tips Meningkatkan Trafik Blog Untuk Newbie!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dua tiga hari tak update blog rasa macam dah lama je tak update kan tapi belum mampu tewaskan Scromix yang tak update blog sebulan lebih, keh3. Fuhh... bising gila bunyi muzik Tomoi kat semak belakang rumah aku, maklumlah ada gelanggang Tomoi kat situ. Nanti kalau sempat, aku snap2 sikit gambar kat sana tapi entah boleh ke tidak sebab tok guru dia garang woo, nanti tak pasal2 kena buah Ting Nhong Pradu atas dahi. Sebenarnya Pamypozi and the gang yang jadi jurukamera'nya, guna kamera handphone... siottt je!

Ok stop pasal Tomoi, tips meningkatkan trafik blog untuk newbie, sebelum korang teruskan baca entri ni pastikan korang bukan otai blogger, baru start blogging dan belum cukup setahun sebab jika korang otai mesti korang meluat dengan aku sebab bagi tips tingkatkan trafik padahal trafik blog aku tak tinggi mana pun. Aku cuma share je, aku tahu ramai yang lebih hebat daripada aku so diam je ye. Tips ni khas untuk Farid aka Yiedpozi, blogger yang baru je blogging dan trafik tak sampai 20UV sehari.

1. Share artikel di Facebook dan Twitter.
Rasanya semua ada akaun FB dengan Twitter kan, kalau takde sila create sekarang. Dah ada akaun FB dengan Twitter, add rakan2 dan follow rakan2 blogger yang di Twitter dengan harapan diorang follow balik, hehe. Setiap kali update blog, rajinkanlah diri tu share dengan rakan2 FB dan followers Twitter korang tu ye.

2. Submit entri di Stumble Upon, Digg, RD dan lain2 Blog Directory.
Hah ni dia web yang aku selalu guna untuk tingkatkan trafik blog aku, boleh tahan la jugak web2 kat atas ni. (Puji RD je, wakaka). Submit je kat atas tu, tak payahlah join program Tingkatkan Trafik yang entah apa2, contoh Traffic Digger tu.

3. Ping blog di Pingler, Gengblogger, Petaling Street.
Ketiga-tiga web kat atas ni, Gengblogger paling berkesan untuk tingkatkan blog korang, ada lagi ke blogger yang tak join Gengblogger?, rasanya 90% pembaca blog ni semua member GB kan. Kalau korang tak join lagi, cepat2 join ye. Melimpah trafik datang blog korang jika korang pandai pilih tajuk dan entri korang menarik. Manalah tahu dapat pembaca setia daripada GB, betul tak?

4. Blogwalking minimal 20 buah blog.
Yang ni tak payah detail la kan tapi nak blogwalking kena ada gayanya dan pantang larangnya, korang jangan post ayat2 seperti i follow u, u follow me back k, confirm korang diludah kahak online kat muka nanti. Baca tips blogwalking dari blog Mushmello yang purple ni, memang terbaik!.

5. Selalu komen blog rakan2 terutama blog popular.
Komen???, sejauh mana ia boleh tingkatkan trafik blog korang?. Try tanya top commentators kat blog2 popular. Apa imbuhan yang diorang dapat bila komen blog2 popular tersebut?, mestilah diorang dapat trafik free kan, nak best lagi dapat Pagerank jika blog tersebut dofollow, kan3. So komenlah secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Terima kasih bro!

101 Website Ping Blog : Cara Tingkatkan Trafik Sehingga Jammed!


Salam 1 Malaysia.

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, di sini aku ingin berkongsi info yang aku dapat bagi meningkatkan trafik ke blog anda semua. Entry ini merupakan sambungan entry yang bertajuk UV Luar Biasa

Pernahkah anda mendengar Ping Blog? Mungkin anda semua sudah tahu tetapi bagi newbie, kemungkinan tidak pernah mendengarnya.

Baiklah tanpa berceloteh panjang, di sini aku senaraikan website ping blog yang boleh anda cuba.






























Read more: 101 Website Ping Blog : Cara Tingkatkan Trafik Sehingga Jammed | FIZ @ MR.BELOVED http://www.afizuddin.co.cc/2010/08/101-website-ping-blog-cara-tingkatkan_01.html#ixzz1JxIfEfgM

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...