Ramai yang bertanya pada aku, bagaimana nak bagi trafik blog tinggi. Ada jugak yang tanya, camne nak jadi top blogger. Jadi hari ini aku akan cantumkan pertanyaan tersebut dan membongkar bagaimana untuk mendapat kedua-duanya. Menarik bukan? Pertama sekali, tidak kisahla korang menggunakan platform apa untuk berblog, semua boleh cuba tips nie. Yang dah ada blog boleh cuba, yang baru nak buat blog lagi boleh cuba.
Jom kita layan tip-tip dibawah. Sumber datangnya dari perbincangan antara aku dan blogger-blogger yang sudah lama menulis blog. Inilah hasilnya.
1. Tukar Blog Kepada Blog Muat-Turun/Perkongsian
Disebabkan ramai rakyat Malaysia ni suka mendownload, apa kata korang buat blog download, tak kira la movie, mp3 mahupun software. Yang penting cara mendownload tue cepat dan pantas. Laman download pun mestilah boleh guna IDM, kalau tak website korang takkan popular. Satu lagi, korang perlulah cepat mengupload/cilok link lebih cepat dari laman-laman blog pesaing. Blog camni kalau korang pasang iklan memang laku.Kalau nak banyak trafik lagi, korang capture sendirik muvie, drama tue.
Blog macam nie untuk orang kaya sahaja. Kenapa? Ada potensi untuk disaman. Pastikan korang mempunyai minimum sejuta didalam akaun bank.
2. Tukar Blog Kepada Blog Gosip Artis
Selain dari blog download, orang Malaysia ni suka baca blog gosip. Lagi-lagi pasal artis. Nak dijadikan point nak borak-borak kat opis/kelas dan lain-lain. Bila dah bukak tue, mestila korang kena pantas mendapat maklumat. Takkan nak tunggu melodi baru nak update. Memang korang lagi lambat la dari melodi camtu. Banyak keuntungan yang korang dapat bila blog korang dah top, antaranya dapat pergi setiap anugerah yang ada kat Malaysia ni (Anugerah Hiburan je la), dapat tengok wayang awal dari orang lain/sebelum tarikh tayangan kat wayang, dapat masuk surat kabar, & dapat kenal/lepak/bergambar dengan artis yang korang nak.
Pastikan gosip yang korang nak cerita tue betul, kalau tak, free jerk dapat dosa sebab sebar cerita palsu. Artis sekarang pun dah pandai saman-saman. So, sebelum update, pastikan korang periksa balance akaun di bank.
3. Tukar Blog Kepada Blog Lucah (Download 3GP)
Ops, betul atau tidak, blog macam nie memang popular. Lagi-lagi bila Harian Metro dah buat iklan percuma kat paper diorang. Yang penting, video 3GP tue mestilah buatan Malaysia dan masih hot gitu. Kalau blog macam nie dapat tahan lama, tak tau lah aku.
Kalau aku jumpa site macam nie, jangan segan-segan nak report ye. Jangan share ngan kawan-kawan. Dosa tau subahat.
4. Ubah Banner/Header Blog
Gambar diatas hanyalah hiasan
Korang rasa korang cantik/comel? Tersenarai didalam GadisComel.com dah kira sebelah kaki la kot. Apa yang aku perasan, orang suka baca blog orang yang macam nie. Cantik, keje bagus, friendly dan lain-lain. Kalau agak-agak dah cukup syarat, pastikan kat blog korang banner/header ada gambar korang. (contoh format header/banner) Penarik trafik tue. Pastu update jerk apa-apa pun, pastikan korang letak minimum satu gambar korang. Tak kisah apa aksi pun. InsyaAllah berjaya.
Pastikan korang betul-betul cantik/comel. Jangan perasan cantik/comel udah la ye. Pastikan itu gambar korang sendiri.
5. Cari Pasal Dengan Blogger Yang Popular/Top/Ramai Haters
Pertama sekali, jangan cari pasal dengan aku plak ye. Aku tak popular dan jauh sekali top. Pi cari orang lain. Cara nie adalah amat berhasil, dan ia sudah terbukti. Nak tengok bukti? Carilah sendiri ye. Selain dari gosip-gosip artis, ada juga orang yang saja nak ambik tau pasal dunia blogger. So, cari mangsa, kaji kelemahan beliau, dan serang!!
Tak baik gaduh-gaduh ni.
6. Menjadi Spammer
Cara nie memang agak keji. Ini adalah langkah terakhir untuk mendapatkan trafik/menjadi top blogger. Dan cara ini juga adalah cara yang agak mudah jika nak dibandingkan dengan ke semua langkah diatas. Caranya, korang spam link entri korang kat ke semua kawan-kawan korang kat Facebook, Twitter dan Email. Paling malas, sehari sekali. Kalau rajin sangat, korang buat setiap jam.
Cara nie ada keburukkannya. Mungkin korang akan diban/dicaci. Dan mungkin juga akan kehilangan kawan. Khas untuk orang-orang yang kental dan berhati waja sahaja.
Jika korang tidak mampu berbuat demikian, tulislah entri dengan penih ikhlas tanpa memikirkan trafik, pangkat dan wang ringgit. InsyaAllah korang akan mendapat hasil yang korang tidak jangkakan. Hasilkanlah entri yang berkualiti, kreatif dan bukan berkuantiti banyak. Kerana tidak semesti kemaskini yang kerap, akan dapat meningkatkan trafik blog.
2 ulasan:
Hehe.. berjaya ke cara macam tu? Bahaya gak... kira cara licik nak dapatkan trafik la nie ek? hehee...
Dah pernah try ker? hehe... :)
pandangan dari Minda Insan. Terima kasih.
@Farid bin Asparhaha...cuba la dlu bro..sy blum cuba ag..
Catat Ulasan