Ahad, 17 April 2011

Kelantan Lain Macam, Matyo Semakin Terancam



Kedudukan Norshahrul Idlan Talaha kini semakin terancam dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super 2011 kali ini setelah pasukannya, Kelantan masih belum menemui rentak permainan setakat 12 perlawanan Liga Super setakat ini. Terbaru, beliau terpaksa berkongsi tempat selaku peledak terbanyak setakat 12 perlawanan apabila pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahya mula menunjukkan taringnya setelah berjaya menyamai rekod jaringan Norshahrul yang juga menjaringkan 7 gol.

Ternyata kemenangan Terengganu ke atas Felda United jumaat lalu memberi seribu makna kepada Abdul Hadi Yahya yang turut meletakkan Terengganu di persada Liga Super sementara waktu sebelum Selangor kembali merampas posisi tersebut semalam melalui kemenangan tipis 1-0 melalui jaringan Shafiq Rahim. Namun, Shafiq Rahim belum lagi mampu mencabar kedudukan teratas senarai peledak berbahaya Liga 'Malaya' memandangkan beliau baru sahaja menjaringkan dua gol.

Gandingan trio The Red Warriors seperti Nizad Ayub, S.Chanturu dan Danial Fadly Abdullah hanya menjaringkan tiga gol setakat ini sambil mereka berkongsi kedudukan dengan bekas Kapten Kelantan musim lalu, Indra Putra mahyuddin, Kapten Selangor, Amri Yahyah dan bekas penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad.

Berikut adalah senarai penuh penjaring terbanyak setakat 12 perlawanan Liga Super musim 2011 :



















Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...