Selasa, 12 April 2011

Info@LSM : Pahang Idam Tiga Mata Di Laman Sendiri




Meskipun beliau menyedari skuad kendaliannya masih dibelenggu masalah ketumpulan serangan, Dollah Salleh mahu pemainnya memberi sepenuh tumpuan apabila bertemu Johor FC di Stadium Darulmakmur, malam ini.

Dollah berkata, masalah itu tidak harus dijadikan alasan Pahang tidak mampu meraih tiga mata kerana komitmen dan kerjasama berpasukan tumpuan utama.


Menurutnya, kejayaan mengikat Kuala Lumpur sudah cukup memberi petanda semua pemain perlu menunjukkan peningkatan selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Pada perlawanan esok, saya harap mereka lebih bijak mengawal permainan biarpun tanpa dua penyerang utama yang belum sembuh daripada kecederaan.


“Ketiadaan R Surendran dan Mohd Faizol Hussin memang dirasai tetapi saya perlu lebih tenang untuk memastikan kemenangan memihak kepada kami.


“Tiada yang mustahil jika persembahan meyakinkan ketika seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur Sabtu lalu dikekalkan kerana ia pasti memberi kelebihan kepada kami,” katanya semalam.

Namun, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan berharap pemain yang akan diturunkan berhati-hati jika mahu meraih tiga mata berharga itu.


Menurutnya, ini kerana Johor FC akan berjuang berhabis-habisan untuk mencatatkan kemenangan kerana turut berkongsi 11 mata bersama Pahang.

“Saya harap peluang dimiliki tidak dipersiakan dan pada masa sama, mereka tidak melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...